Jan 24, 2011

.cougar town

Selamat siang semua.

Dah dekat-dekat nak habis belajar ni, sesi pembelajaran dan pengajaran aku dah menjerumus ke arah yang detail lagi. Kebanyakan subjek yang diajar semua lecturer berpangkat Dr, Prof, Ir, Sr dan Datin. Ya, Datin pun ada.

Macam kelas High Performance Concrete tadi, lecturer aku berpangkat Prof dan Dr. Hebat mana tu aku kurang pasti, tapi kalau bab menganjing kami anak-anak mentah yang baru nak rosakkan otak dengan formula-formula engineering dan teknik-teknik terima rasuah ni memang dia cukup hebat.

Dah nak masuk 5 tahun belajar civil, tapi bila dengan dia macam baru belajar Civil 101. Macam baru belajar benda basic. Perasaan jilaka tu cukup tinggi.

Kalau ada yang pesen jiwa tak kental, boleh panjat menara s&t dan terjun.

No doubt, ilmu dia memang tinggi. Kalau dah sampai menteri pengajian tinggi nak buat buku engineering kena rujuk dia dulu, kau faham-faham saja lah.

Ilmu ibu-ibu pun cukup tinggi. Mengajar dengan garang untuk kami faham. Bukan setakat ajar, faham tak faham belakang kira. Senang cerita semua benda dia ajar memang in details lah.

Belajar ikut stail orang Jepun. What, why, who kena selalu ada dalam otak.

Tapi ilmu menganjing Prof Dr ni paling hebat antara semua ilmu dia.

Masa sedang buat concrete mix design tadi, ada classmates aku yang konon nak jarum halus Prof Dr dengan tanya soalan macam-macam. Buat kemaih kata orang utara.

Budak tu duduk seberang dengan row meja aku. Maka Prof Dr pun pergi dekat dia untuk jawab soalan dia. Prof Dr sekarang menghadap budak tu, sambil tonggeng sikit dan bontot menghala pada kami. Cuba bayangkan. Aummm tak?

Sebelum aku cerita detail, aku nak ingatkan Prof Dr ialah wanita lewat 40an yang obesiti (tipikal tubuh badan wanita melayu lepas kahwin) dan mempunyai susuk tubuh badan yang takkan membuatkan nafsu gelora remaja macam kami ni bernafsu. Sekarang masih aummm lagi tak?

Aku sedang sibuk buat Design Mix, secara tiba-tiba Prof Dr toleh pada aku, dan berkata,

"Ha, awak ni jangan nak tengok bontot nenek tua macam saya ni pulak. Tau lah badan saya menarik". Tepat pada aku.

Serta merta aku letak pen, dan minta kebenaran untuk ke tandas,

dan muntah.

Esok demam mungkin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jan 23, 2011

.bunga-bunga bertaburan

Selamat siang semua.

#masukkan lagu Bila Cinta Didusta

Waktu kita bersama-sama di bawah sinaran lampu neon dulu, abang ingat lagi cinta yang bersemi di dalam dalam hati dulu. Di mana kita bercengkerama bagai donia ni kita yang punya.

Tiada siapa yang dapat mengubah rasa cinta abang dekat ayang.

Kita berjanji sehidup semati, till death do us part.

Masih ingat waktu ayang menggigil kesejukan dek hujan yang jatuh laju membasahi segenap pelusuk tubuh ayang, dan abang datang umpama hero menyelubungi ayang dengan tubuh badan yang kurus-kurus bermuscle ni?

Walaupun kakak menghalang, tapi abang tetap setia, kita masih kental dibuai asmara melayari bahtera cinta yang seakan takkan pudar untuk selamanya.

Abang tau, abang hanyalah manusia biasa. Golongan marhaen macam abang ni dipandang hina. Dicaci dicerca. Kakak cakap, kita mana sama taraf. Pipit sama enggang mana mungkin terbang beriringan?

Tapi abang dah cuba yang terbaek, abang dah berikan yang terbaek, tapi masih tak mampu menggembirakan ayang.

Kenapa ayang tinggalkan abang? Ayang lupa kisah cinta kita dulu? Ayang lupa janji setia kita dulu? Ayang lupa kehangatan cinta kita dulu?


Abang redha ayang, abang redha. Abang lepaskan ayang walaupun dengan hati yang berat. Dengan penyesalan yang tak terhingga. Abang ampunkan salah silap ayang selama ini.


Selamat pengantin baru Ayu Raudhah Che Wan. Semoga cepat masuk Mari Menari dan diruntun pelbagai masalah.

*asah parang laju-laju*


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jan 21, 2011

.dendang perantau


Selamat siang semua.

Masa aku tulis entry ni, segala rasa sedih memang menusuk jiwa habis. Rindunya kampung halaman. Di telinga aku terngian-ngiang bunyi burung berkicauan, kesejukan telaga waktu subuh, dan bau masakan ibu waktu tengah hari. Bunyi tawa anak kecil mandi sungai, senyuman manis mereka bergembira di kampung. Ah, rindunya!

Anak-anak sedang tidur nyenyak di bilik. Acap kali mereka ajukan soalan "Ayah, bila kita nak balik kampung?" dengan muka penuh harapan tinggi menggunung. Sayu rasanya bila terpaksa menjawab "Belum masanya, ayah sibuk sekarang ni". Anak paling bongsu teresak-esak menangis mahukan pelukan nenek dia. Manja sangat mereka dengan neneknya. Nak apa, semua dapat. Nak buah apa, nenek akan kaitkan untuk mereka. Kecuali buah zakar dan buah dada lah, itu sudah pasti.

Bau lemang serta merta memenuhi segenap lohong hidung. Kalau di kampung, lemang memang tak payah beli tepi jalan. Semua masak sendiri di rumah. Ibu akan sediakan semua bahan-bahan, yang lelaki tugasnya tunggu sampai masak. Lemang rebus? Persetankan! Terlalu urban sangat bagi aku.

Bukan taknak balik, tapi keadaan tak mengizinkan. Sibuk dengan kerja yang bertimbun dekat kotak kecil ruang bekerja itu. Nak mintak cuti, macam tak berbaloi. Aku pasti kalau aku mintak cuti, mesti bila balik nanti kerja akan bertambah. Biasalah awal tahun, ditambah dengan kerja swasta yang dipenuhi dengan kroni-kroni, waktu-waktu awal tahun ni memang sibuk sekali. Bini terabai di rumah, nafkah batin dan zahir pun kadang-kadang lupa.

Maafkan abang, sayang.

Tambah sayu bila ibu telefon dari kampung, sanggup pergi pinjam telefon rumah ketua kampung, untuk tanya aku dengan cucu-cucunya balik ke tidak kali ni? Aku hanya diam kelu seribu bahasa. Mahu saja aku jawab ringkas, "Tak dapat balik ibu, kerja banyak", tapi mengenangkan akan tergurisnya hati dia bila mendengar jawapan seperti itu, aku cuba tipu dengan kata isteri tak sihat. Saya tahu ibu kecewa, tapi ibu cuba tak tunjukkan.

Boleh dengar titisan air mata dan suara yang tersekat-sekat ibu masa tu. Saya mintak ampun bu, dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Ibu pernah berpesan, keluarga itu lebih penting dari segalanya.

Saya bersumpah bu, tahun depan saya akan pastikan raya kita lebih bermakna. Saya akan pastikan saya akan balik sekeluarga mengucup tangan ibu. Saya peluk ibu, rasalah hangatnya rasa kasih sayang saya terhadap ibu.

Minta maaf lagi sekali pada semua.

Saya tujukan lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf dari Sudirman sebagai pengubat duka lara kepada sesiapa yang membaca warkah ini.


Selamat Menyambut Thaipusam. Maaf Zahir dan Batin.

Pecah kelapa pecah gelas, sudah baca harap balas.

Jan 13, 2011

.surat tak rasmi untuk pasangan semalam

Selamat siang semua.

Ke hadapan pasangan merpati dua sejoli yang berada di dataran Shah Alam semalam.

Apa khabar anda berdua di sana? Saya harap anda berdua sihat sejahtera hendaknya dan sihat wal afiat. Saya harap semalam anda tidak terkantoi dengan pencegah maksiat dan tidak sedang bersiap-siap untuk kahwin paksa malam ni. Dan saya berharap anda pihak lelaki tidak pancut dalam semalam, nanti susah pulak 8-9 bulan nanti terpaksa susah payah cari port nak flush baby.

Seperti yang awak tak sedia maklum, segala aksi yang anda, merpati dua sejoli, buat di dataran semalam saya telah lihat dengan mata kasar saya. Apa yang awak lakukan saya nampak, cuma saya tak sempat nak jerit. Terpaku kagum sebenarnya.

Tapi saya memang kagum dengan apa yang anda lakukan, anda berdua memang berani. Berdiri di belakang billboard di atas dataran sambil berpelukan macam seratus tahun tak dapat batang memang sesuatu yang mengagumkan. Ingat senang nak ada keberanian macam tu? Saya dengan rasa rendah diri dan hormat yang tiada galang gantinya, tunduk hormat kepada anda berdua.

Andai kata billboard itu tiba-tiba ditiup angin dan jatuh, akan terserlahlah anda berdua yang sedang berpelukan di situ. Ibarat pemenang perlumbaan F1, anda berdua akan berdiri di atas podium dan dirai oleh semua orang yang berada di dataran semalam.

Saya harap, anda akan buat lagi perangai cantik macam tu di tempat yang sama. Dan saya juga harap secara tiba-tiba halilintar yang kuat menyambar anda berdua yang sedang asyik dibuai nafsu serakah. Ameen. Macam tu, baru la anda berdua akan disemadikan di dalam lahad yang sama, berpelukan. Dan ibu bapa anda berdua merpati sejoli menangis dan bergaduh menyalahkan sesama sendiri.

Segala reply terhadap surat ini dari pihak anda berdua merpati sejoli amatlah saya hargai dan akhir kata dari saya, terima kasih kerana bagi saya free show semalam. Nak tengok Rock The World pun kena bayar tahu?



Yang kaki skodeng,

Siggplus Al-#Serbanistas

Oh ya, sebelum saya lupa, kalau ya pun mahu beromen di khalayak ramai, mungkin patut bukak tudung dulu kot?

Jan 8, 2011

.kepala jimbit kau

Selamat siang semua.

Aku tak faham kenapa orang dengki kata aku suruh orang follow blog aku. Seriously aku tak faham.

Aku tak pernah suruh orang follow blog aku. Aku berani kerat kote kalau ada, sebab aku yakin sangat aku tak pernah lagi sepanjang berblogging ni aku suruh orang follow. Aku letak button follow dekat sidebar kanan tu pun sebab Hudaluna yang suruh, senang orang nak tau updates terbaru blog aku katanya.

Come on lah, aku langsung tak mengamalkan prinsip 'u follow i, i follow u balik'. Aku rasa prinsip tu sangat bodoh, sebodoh orang kata yang awek Khairul Fahmi tu tak lawa. Biarlah dia tak lawa ke apa, bukan kau mak bapak Khairul Fahmi pun nak tentukan dia boleh kahwin dengan sapa.

Aku pernah kena marah dengan sorang follower ni, kata sebab aku tak follow blog dia balik. Peduli apa aku? Kalau aku rasa blog kau tak best, aku takkan follow. Dah warna warni segala macam widget ada, dengan penuh lagu-lagu #indogs cintan cintun, cukup kacau aku nak layan youjizz sambil berblogging tahu? Lagipun kalau aku follow kau pun kau akan jadi bahan entri aku secara tak langsung.

Jadi pada sapa-sapa yang rasa aku pernah suruh kau follow blog aku, sila datang tuntut kote aku sekarang jugak. Sediakan pisau yang cukup tajam dan tirus, sebab kalau nak potong objek yang sebesar pemeluk balak ni memang memerlukan badan yang kuat dan teknik memotong yang tinggi.

Buat sup torpedo, memang sedap makan waktu sejuk-sejuk macam ni. Bubuh sikit cili potong, perghhhhh.

Jan 5, 2011

.barang rare ni bro

Selamat siang semua.

Macam biasa lepas kembali ke sekolah, lepas tulis karangan yang bermula dengan "Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan keluarga saya telah.....", mesti ada sesi beramas mesra antara classmates balik.

Jadi banyak la isu yang dibincangkan, dari isu Saya Gay, Saya Okay, aksi angkat Anugerah Skrin secara berkemban/nyaris bogel hingga ke Malaysia menang Piala AFF Suzuki. Senang cerita semua isu semasa lah, termasuk isu fesyen.

Kawan aku yang sorang ni cakap, dia tak layan brand murah-murah, tak layan Padini, tak layan Giordano, tak layan segala benda fesyen yang berharga rm100 ke bawah. Senang cerita, semua brand fesyen untuk golongan marhaen macam aku ni.

"Tak rare bro, mana cool kalau pakai masuk Zouk. Orang kampung je pakai tu semua."

Dia layan Louis Vuitton, layan Massimo Dutti, Raoul dan segala macam lagi kedai pakaian yang rare dan dengar saja dah buat diri rasa hina, rasa macam fakir miskin. Rasa macam nak jadi gigolo.

Tapi aku tau, dia berfesyen pun guna duit mak bapak jugak. Mak bapak susah payah kerja makan gaji dekat kampung, susah payah banting tulang untuk bagi anak senang lenang, kau boleh pergi bantai beli pakaian mahal-mahal. Tapi itu hak kau la. Cuma satu saja masalah aku dengan kau, beli mahal-mahal baju semua, buku nota rm3.50 sebuku pun tak mampu nak beli. Kertas A4 jenama Indah Kiat pun kau nak pow aku. Minum teh ais pun mintak aku bayar.

Jadi tanpa segan silu, aku menjawab kenyataan "Aku layan benda rare saja bro" tadi dengan "Kalau kau ni jenis sukakan barang rare, kau cuba cari perempuan ada bulu ketiak panjang 13cm, dan bertetek 0.5. Benda rare tu bro."

Tenang dan sinikal, sambil mendabik dada tunjuk baju aku berjenama Giordano yang kolar dah koyak dan lusuh.


Jan 4, 2011

.perkara yang buat Joni jadi tak keruan

Selamat siang semua.

Ya, sekarang Joni sudah ada kekasih baru. Tak elok biarkan binatang tak ada pasangan lama-lama, manusia pun ada nafsu serakah, inikan pulak binatang. Kalau Jeni yang dulu jenis Salt and Pepper, kali ni warna baru pulak, Cinnamon.

Joni tak bagi upload gambar banyak, jeles katanya.

Setelah dibincang secara serius, kami namakan bini baru Joni sebagai Juli. Taknak lari dari nama yang mulakan dengan J. Buat masa ni segala aktiviti hubungan terlarang mengawan mereka terpaksa aku sekat sebab Juli kalau dikira dengan laymen's term, dia masih bawah umur.

Juli boleh jaga dara lama sikit, Joni pun tak kena sebat. Win-win situation.

Oleh kerana sekarang Joni tidak lagi menduda, so pada sesapa yang dah lama pasang angan-angan nak mintak nombor fon atau nak add BBM contact dia sila batalkan niat kau tu sekarang.


.sokerleaks

Selamat siang semua.


Selepas Blogohol dan Akulinglung, aku sekarang berkolaborasi lagi, kali ni di SokerLeaks. Blog berbahasa Melayu yang membincangkan isu bolasepak di serata pelusuk dunia, baik dalam negara atau luar negara.

Berbekalkan motto "Rahsia Bolasepak Kini Di Jari Anda", dan disulam dengan logo yang seakan-akan air dari ejakulasi yang meleleh ke atas bola akibat dari terbanyak minum air soya, memang sesuai sangat kalau aku berkolaborasi dengan diorang ni. Kena gaya orang kata.

Bak titisan air puncak syahwat ke atas bola.

SokerLeaks juga akan dipenuhi dengan gosip-gosip liar WAGs serta skandal-skandal terbaru para pemain bolasepak. Pedulikan skandal John Terry dengan Vanessa Perroncel yang hangat diperkatakan dulu, atau Ashley Cole dengan pelacur-pelacur hodohnya (seriously aku rasa bini dia dah memang tahap mencapai ejakulasi bila tangan dia sentuh paha kau), thats old news brah.

Kenapa aku sebut nama-nama pemain Chelsea saja dan bukan nama pemain kelab-kelab murahan lain? They aren't called Chelsex for nothing ok?

Tolong jangan samakan kami dengan Sokernet, kerana kami jauh lebih kanyaq dari mereka. Kami salut mereka sebagai idola kami, tapi kami akan cuba yang terbaik untuk saingi mereka. Aku guarantee, di sana kau akan menjumpai kepuasan maksima. Sila buang novel-novel mengarut Kamasutra atau Permata Yang Hilang kau dan terus ke SokerLeaks.

Oh ya, aku menulis di sana untuk kem Liverpool. Kalau kau sokong Liverpool juga, mari kita berpiket untuk menjatuhkan Roy Hodgson. Dia tu babi.


Ya Nun Waw Alif


Jan 3, 2011

.नया साल मुबारक हो

Selamat siang semua.

2011. Aku mulakan tahun baru untuk dekat ni dengan demam panas.

Orang kata, tahun baru, azam kena baru. Ok aku tak ada azam tahun baru pun. Setiap tahun aku takkan berazam apa-apa, sebab aku rasa azam tahun baru adalah sesuatu yang overrated. Sejujurnya, berapa kali kau buat azam, dan azam kau tu tercapai?

Kalau kau kata kau pernah buat azam, dan azam kau tu tercapai, baiklah aku mengaku salah.

Sekarang aku nak berazam demi menghormati kejayaan kau.

Azam aku lepas tulis entri ni nak bakar rokok, masuk jamban dan berak. Aku harap azam aku ni tercapai.

Selamat tahun baru!