Jan 5, 2011

.barang rare ni bro

Selamat siang semua.

Macam biasa lepas kembali ke sekolah, lepas tulis karangan yang bermula dengan "Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan keluarga saya telah.....", mesti ada sesi beramas mesra antara classmates balik.

Jadi banyak la isu yang dibincangkan, dari isu Saya Gay, Saya Okay, aksi angkat Anugerah Skrin secara berkemban/nyaris bogel hingga ke Malaysia menang Piala AFF Suzuki. Senang cerita semua isu semasa lah, termasuk isu fesyen.

Kawan aku yang sorang ni cakap, dia tak layan brand murah-murah, tak layan Padini, tak layan Giordano, tak layan segala benda fesyen yang berharga rm100 ke bawah. Senang cerita, semua brand fesyen untuk golongan marhaen macam aku ni.

"Tak rare bro, mana cool kalau pakai masuk Zouk. Orang kampung je pakai tu semua."

Dia layan Louis Vuitton, layan Massimo Dutti, Raoul dan segala macam lagi kedai pakaian yang rare dan dengar saja dah buat diri rasa hina, rasa macam fakir miskin. Rasa macam nak jadi gigolo.

Tapi aku tau, dia berfesyen pun guna duit mak bapak jugak. Mak bapak susah payah kerja makan gaji dekat kampung, susah payah banting tulang untuk bagi anak senang lenang, kau boleh pergi bantai beli pakaian mahal-mahal. Tapi itu hak kau la. Cuma satu saja masalah aku dengan kau, beli mahal-mahal baju semua, buku nota rm3.50 sebuku pun tak mampu nak beli. Kertas A4 jenama Indah Kiat pun kau nak pow aku. Minum teh ais pun mintak aku bayar.

Jadi tanpa segan silu, aku menjawab kenyataan "Aku layan benda rare saja bro" tadi dengan "Kalau kau ni jenis sukakan barang rare, kau cuba cari perempuan ada bulu ketiak panjang 13cm, dan bertetek 0.5. Benda rare tu bro."

Tenang dan sinikal, sambil mendabik dada tunjuk baju aku berjenama Giordano yang kolar dah koyak dan lusuh.


28 journeyed together:

syahid said...

1st

syahid said...

keh keh keh

little ain said...

bapak la die nak pakai mahal2. brand slave seh.

Mr feckry said...

orang kate ikan kering kat mid valley murah

tidak dikehendaki said...

mak bapak dia mampu bagi duit untuk beli Louis Vuitton? kaya tul mak bapak kampung dia.

Neyra Shazeyra said...

perhhh

fezaL Mohd said...

dia hebat , sume dia menang .

Unknown said...

pakai barang rare konon.
kalau nak beli kertas A4 pun tak mampu memang batakk siot lah tu. Dah la rare guna duit mak bapak. langsung tak malu.

Ariffin Janal said...

kah kah kah. sangat bersahaja. betul2 rare !

Bidadari said...

bulu ketiak 13cm memang rare! eh. ke memang ade? lol

lini hasnan said...

erk? haha, mantap py sound la bro~

Anonymous said...

itu baru rare! lol

afrohead said...

giordano tu pun kira brand mahal jugak la pada aku. sebab aku tak mampu pakai. hehe

Aslina said...

ahhh... bundle sudah... lagi branded dari yang dier bangga2kan tu... tapi jenis jual ikut kilo...

baju sekilo 5 hengget. rare tak rare??

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

peh..tak layan barang biasa? beli mahal mahal pun rosak jugak nanti.. keh keh

oh... awek berbulu ketiak panjang.. itu mmg rare.. keh keh

lumut said...

apesal part bertetk 0.5 tu aku cm x faham?syes x faham...

explen sikit sigg..kalau bleh buat 1 entry...

amacam?ini ilmu ni aku nak tau.hehe

Nurul Ayu said...

kaya..aku pakai bju bundle kat pasar malam yg harga seringgit tu ja...

green said...

plain giordano shirt = cool.
sekali aku beli 3 helai. baru bape hinggit.

noorafzan said...

terbaikkk!

Yuki Yusuf said...

haha..padan muka beliau..you the man Sigg..serious..you the man!!

PointBlankShot said...

hahaha gua setuju bro. terbaikkkk!

PuanPepel said...

~lumut da luahkan isi hati aku~

Huda Luna said...

errr org pun tak paham kat part tetek T___T

Husna Lana said...

kena berfikiran jauhh btol kalau nk pahamkan mksd dia ni. haduii

Wan Gerrard said...

hehe terbaik la bro..sangat rare tu~

Verdict said...

0.5? kate hudson in 10 days how to loose a guy.

MOMMY CGG said...

WEH...

terkebil aku baca..
aku yg tak paham..

huhu

Loqy said...

tambah rare kalau pempuan tu ada pedang 8 inci. haha!