Oct 27, 2008

.kampung kah aku?

Selamat siang semua.

Ramai orang panggil aku orang kampung walaupun aku duduk di Ipoh. Betul, aku memang orang kampung. Lihat sahaja kad pengenalan aku. Tertulis Kampung Seri Kinta. Aku tak kesah orang panggil aku orang kampung, kerana aku memang kampung.

Kenapa?

Sebab aku suka mainan orang kampung. Kalau mereka sezaman aku suka keluar ke shopping mall, aku lebih senang di rumah main aci duduk, aci nyorok dan seangkatan dengannya. Aku juara aci duduk tau.

Aku suka makanan kampung. Sua la dekat aku pizza ke McD ke, kalau di depan mata aku ada ikan curut goreng, sambal belacan, jantung pisang, gulai lemak dan ikan masin, aku tolak tepi pizza dan McD. Jiwa aku lebih sesuai dengan makanan kampung dari makanan bandar.

Aku masih kekok di bandar-bandar besar. Terutama Kuala Lumpur. Bukan takut sesat, sebab mereka jauh lebih membangun dan lebih berfesyen dari aku. Bagi aku, KL tak lah menarik sangat. Sebagai seorang yang sukakan nature, KL tu jauh dari memori aku untuk consider untuk vacation.

Di shopping mall, butik-butik mahal akan cuba aku jauhi untuk jengah ke dalam. Tak ada duit, orang miskin. Nak masuk pun takut-takut. Bila tengok baju-baju di dalam, paling penting aku tengok tag harga dia. Mahal, aku letak balik, walaupun baju tu cantik sangat. Setau aku tak pernah aku beli baju t-shirt harga lebih rm30. Kebanyakannya bundle dan sale saja.

Orang bandar suka ke kelab malam. Aku pernah ke kelab, sekali. Seumur hidup aku. Dan aku tak suka. Itupun sebab aku tak ada choice lain. Ingatkan ke pulau untuk lepak-lepak main arked atau tidur di Gurney Drive, tapi mereka ke kelab. Patut la pakai smart. Tapi aku duduk tepi saja lihat gelagat mereka. Kelakar aku tengok orang Melayu ke kelab. Macam tak ingat dunia. Ye lah, nak masuk bukan senang kan. Orang Melayu kalau dapat buat benda yang haram, suka.

Aku jakun. Kejutan budaya. Tapi aku masih boleh control. Kalau aku tak boleh control, aku pasti akan jadi seperti The Opportunist.

8 journeyed together:

Ck said...
This comment has been removed by the author.
Ck said...

tak de kg......tak de bandar.

siggplus said...

er,ape maksud dengan hidup kne ada pendirian,tak perlu nk mengaku kita org kg?
aku tak faham..
dan aku sedikit ada bau sinisan

Unknown said...

lor...takde pon istilah kampung ke tak kg..gedik je sume tuh..abaikann

Anasir said...

kampong la kauuu...

hahahaha...

aku pon tak suka pizza ngan mcD gak..

*ko pernah tengok citer mr os : orang kampong otak kimia

siggplus said...

hanafana : ada istilah kampung, cuba in a good way, dan bila ia jadi in a bad way, aku jadi geram..

mereka macam lupa asal usul mereka

anasir : kau pon kampung lah!haha..dan la beskal geli2..aku bukan tak suka, tapi diberi pilihan,aku pilih makanan kampung..heh

mesti lah pernah..cerita os,orang kampung teman..

siggplus said...

haha macam entry baru dah..panjangnye type..
neway thanx 4 ur comment..
yup i am 100% agree with u..
aku lagipon xkesah pon orang panggil aku kampung, and i am proud of it..
antara mandi sungai dengan sunway lagoon, lagi bes mandi sungai..
sebab boleh bogel..hahaha

Anonymous said...

aci duduk tu maen ape ..