Aug 27, 2009

.4

Selamat siang semua.

Semalam adalah hari aku kurang produktif. Aku bangun dengan sangat malas untuk pergi kelas, tapi memandangkan kalau aku dah habiskan kuota untuk ponteng kelas subjek itu, aku terpaksa gagahkan diri untuk ke kelas walaupun aku tak larat sangat untuk ke kelas.

Jadi aku ke kelas dengan mata sembam akibat semalam aku qada tidur kelmarin dan malam sebelum kelmarin. Punya sedap tidur sampai aku tak bangun sahur. Di kelas mata berair, merah macam mata ultraman ketika tenaga dia nak berlawan hampir habis. Aku tulis apa pun aku tak tau. Yang pasti setiap kali aku tulis, I doze off dan woke up realizing I had scribbled my whole notebook with long lines.


Kalau bukan bulan puasa takpe la sangat. Ada nikotina untuk membuat aku kembali segar. Ini tak.

Mamat di depan aku dah macam buntu otak. Buat latihan tak masuk-masuk. Kesian, baik dia tidur macam aku.

Untuk hilangkan mengantuk aku ambil gambar. Maaf bukan gambar syok sendiri aku gambar 60 darjah ke atas. Aku bukan jenis macam tu. Segar sikit lepas tu. Teruskan jugak bertahan untuk tidak doze off lagi, namun tak berjaya. Nasib baik lecturer cool je. Aku dengar dia ada perli aku tadi, tapi mungkin masa tu aku dah sedap layan tidur sampai tak dengar apa dia cakap.

Abang buaya sedang sibuk mencucuk lubang bontot cik projektor.

Habis kelas tu ada presentasi untuk Ethnic Studies. Apa aku cakap pun aku tak tau. Mungkin gibberish. Muka sekor-sekor blur bila time aku present. Cmhrm.

Nasib baik hari ni aku tak ada kelas petang. Jadi aku manfaatkan sepenuhnya dengan sambung qada tidur. Sampai pukul 6 aku tidur. Sedar-sedar terus kelam kabut nak beli makan sebab awan dah gelap macam nak kiamat. Aku end up beli bihun sup dan air sahaja.
Jadi dari mana datang pahala puasa? Ha itu yang kita tak tau tu.

Selamat bersahur sekejap lagi.

2 journeyed together:

addyaholix said...

pemalas!

Ainee Cumi said...

abeshh kalau u tdo sapa layan joni?