Aug 16, 2009

.mari beli

Selamat siang semua.

Tadi aku cari second hand camera di http//mudah.com.my. Aku jumpa ini.


Tak nampak? Click untuk besarkan. Sila baca yang aku dah bold dengan brush warna merah tu. Pandai mamat ni berniaga, dah siap online lagi. Kata zaman IT kan. Dunia tanpa sempadan. Dulu tutup dengan tirai je gerai-gerai diorang.

Click sikit apa isi kandungan dia.


Siap ada gambar sample, macam dalam menu dekat kedai je. Mana tak terliur orang tengok, siap ayam dua ketul lagi. Dengan pinggan-pinggan ke dia bagi sekali? Katanya untuk orang-orang uzur dengan kanak-kanak yang tak boleh puasa. Apa jadah? Pakcik-pakcik dengan abang-abang letih kerja waktu tengah hari walaupun tak kerja sangat je yang cari menatang ni dalam internet.

Er, orang-orang uzur dengan kanak-kanak tak boleh puasa boleh ambil nombor dia save dalam handphone. Mana la tau kut-kut sesak. Abang Ayie ni memang pandai betul berniaga.

Aku tetap salute mamat ni sebab dia business minded. Sebab dia push forward iklan sebelum bulan puasa lagi.

Hebat hebat.

Abang ada jual ayam penyet tak? Saya nak sebungkus. Air teh ais, kurang manis tau.

1 journeyed together:

Huda Luna said...

ayooo!


u jgn ponteng posa thn ni..
klu x..

i kerat2 u pnye okeh?
hahaha



pose thn lps dh gnti ke?