Aug 16, 2009

.tips tips

Selamat siang semua.

Aku dah bertahun bawak kereta atas highway. So ada la beberapa tips mengelak dari kena saman sebab speeding atas highway.

1. Kalau kau nampak kereta dari arah bertentangan flash kau banyak-banyak kali, jangan kau perasan dia suka kat kau. Itu bermakna ada roadblock, atau speed trap di depan. Kemungkinan besar juga dia baru lepas kena saman di situ.

2. Kalau kau tengok ada banyak kereta depan kau, tapi semua ikut lorong kiri, dan yang memecut di lorong kanan hanya BMW, Mercedes AMG, dan kereta-kereta ber-1.8cc ke atas, sila jangan ingat jalan tu hanya kau yang punya. Sila slowkan kenderaan. Terutama jalan tu kau tak familiar.

3. Kalau di highway, mesti ada overhead ramp kan? Slow down di situ. Kemungkinan besar di bawah jejambat tu ada si misai berbaju putih sedang skodeng mangsa terbaru dia.

4. Kenal pasti kawasan yang selalu ada speed trap. So far yang aku tau, highway Ipoh-Penang, di Taiping, Juru, dan Bukit Gantang. Sila slow down di kawasan-kawasan tersebut. Jangan risau, di kawasan bukit dah dekat nak sampai Ipoh tu, ada jugak speed trap, tapi tu patung sahaja. Tak ada kerja pak polisi nak duduk atas bukit tu melainkan dia nak rasa terbang ditiup angin lintang.

5. Be on alert bila nampak bangunan kosong dan ada lubang di celah-celah bangunan. Di situ dia akan sua kepala kote kamera dia untuk rakam nombor plet kereta kau.

6. Kalau kena saman, dah tak kena dah kan dalam masa 24 jam? Memang, tapi bukan untuk speeding. Jangan kau gatal-gatal speeding jugak lepas kena saman kali pertama tu. Kemungkinan kena saman speeding untuk kali kedua dalam masa terdekat adalah sangat tinggi.

7. Beli device yang boleh detect kamera speed trap tu. Serius, sangat berguna. Kawan aku guna, tak pernah benda tu miss detect kamera tu.

8. Pandu kereta bawah 110km/j. Aku berani potong kote kalau kau kena saman speeding jugak.

Melainkan kau suka kena saman atau mak bapak kau tak kesah bayar saman kau, sila abaikan pesanan ini.

1 journeyed together:

Ainee Cumi said...

alah buat apa nak speed??kan lebih menjimatkan minyak kalau bawak slow n steady je