Oct 17, 2010

.pergi tak kembali

Selamat siang semua.

Aku sekarang ni banyak dengar desas desus yang di alam blogosfera ni ada kucar kacir sikit. Maksud aku, seluruh blogosfera. Banyak tuduhan meliar yang dilemparkan, tapi aku harap tu hanya gosip semata-mata.

Hampir semua orang update pasal benda ni. Kecoh satu dunia. Kalau kau bukak google pun ada satu macam bug dekat website dia. Mungkin crawler semua pening kepala nak crawl mana satu sebab isu ni baru saja dibangkitkan, dan nampaknya tak ada ura-ura nak menyusut.

Evan William pengasas blogspot yang menjual Pyra Labs dekat Google pun sekarang diambil kerja balik bagi mengatasi isu berbangkit ni. Aku pun tak pasti, tapi ada dengar gosip liar yang menyatakan bahawa Steve Jobs dengan Bill Gates nak berganding bahu dan menggembeling tenaga bagi mencari penyelesaian masalah yang meruncing dalam alam maya ni.

Ada yang hampir nak delete blog pasal isu ni, tapi aku berharap sangat-sangat kau tak delete blog. Come on, takkan kerana isu macam ni terus nak delete blog. Aku nak nasihatkan jangan takut dengan benda-benda macam ni, sebab ia macam perkara biasa dalam dunia blogspot.

Jadi, di sini aku nak mengucapkan selamat tinggal pada mofasad yang ingin pencen awal dalam dunia blogspot dan seterusnya berpindah ke .com.

Selamat pergi ke atas, doakan kejayaan kami di bawah ni.

Terbanglah mofasad, terbang tinggi-tinggi sampai menggapai awan, menuju cita-cita yang diimpikan. Jangan lupakan kami dan tolong jangan terbang rendah lagi. Pipit sama Enggang, mana mungkin terbang seiring. Kami takkan lupa jasa baik anda terhadap blogspot satu ketika dulu.

Sebagai penutup kata, aku nak dendangkan sepotong lagu dipetik dari Akademi Fantatsia iaitu Menuju Puncak, lengkap dengan koreografi tarian oleh Cikgu Linda Jasmine, dengan air mata yang menitis hingga ke bahu.

5!, 6! , 7!, 8!

Pasti berjaya di Akademi Fantatsia......


24 journeyed together:

bukan penggoda said...

apesal smpai dua?

part yg len, 5, 6, 7, 8 je kot.

frodo said...

wakakakkakaka celake!!!
paritt blahhh arr
5 6 7 100!!

AMENG said...

KAH.KAH.KAH.
bagus.

Anonymous said...

sampai gua posts. sedih sungguh abam sigg. sabar sigg. kita cari pengganti.

MOFASAD said...

*menangis

Mofasad.com said...

kah kah kah

Samy Vellu said...

mopasad pakai dot com banyak bagus,
sudah la tarak tol selama 5 tahun,

PuanPepel said...

hahaha...mofasad.com dah??

Che Det said...

Pasai apa marah dia pakai dot com
biaq pi la

Anwar Ibrahim said...

Mofasad kenapa u pakai dot com
pakai la ky jelly

Jef Hadi said...

dia sell out ke?

hahahahaha.

Amir Syahir said...

hmmm.

violetless said...

aku sedih..kehilangan lagi sorang blogger blogspot gedik.

Ariffin Janal said...

kejadah?

reen_sofee said...

haha
sedap ko lahar die!
:)

reen_sofee said...

haha
sedap ko lahar die!
:)

Mcjust said...

kaw kaw nah, untuk mofasad.

siap ada lagu af, sila berasa terharu.

kahkah

Nurul Ayu said...

beruntung mofasad dpt member macam lu kan..


go blogspot!

Verdict said...

ermm..

LUMUT said...

woah..

aku dah kembali ke blogsfera..

haha
smoga berjaya kpd mofasad

Unknown said...

mofasad.com belum ada lg kan...bakal jerk kan...tuh nama pepoyo tuh msti si mofasad punya kje..hahahahahaa

Kay- said...

ookkkk :)

parit mmg gedix!

Ainee Cumi said...

Tak perlu nak tempek sampai 2 ehh azmie. Ahahahahha!

Apa apa pun aku ketinggalan ni, apa yang ko cuba sampaikan ni??

Neyra Shazeyra said...

kenapa dua post ahhaa