Oct 3, 2010

.tips menjadi hos rumah terbuka

Selamat siang semua.


Kesilapan satu : "Korang semua makan la, jangan kisahkan pakcik ni"

Akibat : Semua makanan habis dilahap dalam masa tak sampai 10 minit. Licin sampai tak payah basuh pinggan. Pakcik tuan rumah hanya sempat minum teh tarik sechewen saja.


Kesilapan dua : "Rumah pakcik ni ada mempelam epal, kalau nak ambil la"

Akibat : 3 biji mempelam epal selamat masuk dalam perut tanpa segan silu.


Kesilapan tiga : Kuih raya yang masih diseal dengan kemas jangan dibiarkan bertaburan atas meja.

Akibat : 2 balang kuih raya belum bukak dah selamat masuk dalam perut tanpa segan silu.


Kesilapan empat : "Aku tak sangka korang macam ni, aku ingt korang malu-malu taknak makan."

Akibat : Kebarangkalian untuk tak dijemput rumah terbuka tahun depan sangatlah tinggi, hampir 99.9%.


Kesilapan kelima : "Ni ada udang masak apa entah dah siap kupas kulit"

Akibat : Licin dari dalam pinggan hidang dalam masa tak sampai seminit.



Kesimpulan : Pastikan makanan mencukupi, jangan ingat mahasiswa semua jenis segan, dan jangan ceritakan pasal buah-buahan tempatan yang ada ditanam di sekeliling rumah.



Nazri, kalau kau baca ni, aku nak mintak maaf sebab makan 2 pinggan nasi, 4 cedok rendang daging, 3 ketul ketupat Illuminati, 2 cawan air Ribena, 2 cawan air teh tarik, sepinggan mee, sepotong ikan tongkol masak cuka, 1 biji mempelam epal, 5 ketul udang masak apa entah, dan sebatang rokok Winston Light.

Aku selalu makan tak serakus ni, tapi kalau dah seharian berlapar, ikan sebesar tong dram pun aku boleh telan sekali suap.


28 journeyed together:

Huda Luna said...

perut macam tong sampah =.="

tapi last2 membazir je g berak

hiro said...

kesilapan 6.
Si janda bagitahu yg dia lupa nak pakai coli.

Akibat: Jadi mangsa rogol di pagi raya..

keh2.

fitriah said...

tuan rumah telah membuat satu kesilapan yang besar dengan menjemput anda.

mcjust.lol said...

hahaah ketupat illuminati tu yg takleh blah tu!

*cimOt* said...

taktik ko la en..siap berlapar coz nak melantak selantaknyer..

Encik Tikus said...

perut macam perut beruang.

J. Abdullah said...

lu jaga jaga sikit. mentang mentang badan kurus, kene kencing manis kang baru tau.

DuniakuAbstrak said...

kesimpulannya jgn jemput tetamu perut naga mcm ko

haha

eka said...

mau sechewen ? hehee . .

afiqsiddhartha said...

aku kalau datang rumah orang, nafsu kuda tak boleh dibendung.

AyuE SurihanyOt said...

mcm mana nak bg berak lepas makan haa?????


aku makan tak berak2 tension ahh...mana la aku tak gemok...dem it

ishiko said...

bnyak punye tips...

MOFASAD said...

satu kereta 5 orang

dua kereta 10 orang

mana tak habis cepat



kuh kuh kuh!

Cik Agogo said...

hahahh...

aku pun wat open house semalam... mujur la geng2 student yg datang cuma kawan2 aku yg 3 orang je...

tapi memang aku tak nafikan geng2 mahasiswa memang makan banyak gile lebih2 lagi tension sebab dah dekat nak exam sekarang...

patut la haritu jamuan raya staff2 senyap2 dorang wat kat dewan tanpe war2kan dekat student...

takut makanan diperabiskan la tuh...

Cik Agogo said...
This comment has been removed by the author.
wannurfazrini said...

kau bg tips kat org tp kau yg buat ? ahahaha DASYAT !

Mr feckry said...

makan je bebanyak..lagi banyak makan, lagi banyak pahala tuan rumah dapat

oranglidi said...

biasa lah tu. kesilapan boleh berlaku dimana saja.. dikota atau dibandar raya.

Bukan Gadis Comel said...

hahaha.
boleh pulak ko mintak maaf lepas mentekedarah.
'eat first, ask question later'

cik helena said...

tank apa tu?hahaaha

Mawar said...

Warghahahaa...

lu mmg kaki santak la bro!

deus X machina said...

pandai bagi tips tips pulak sekarang

kiba said...

kalau restoran ceria buat open gua rasa tak jadi macam ni. ye dak

Berd said...

makan bernafsukan syaitan.

Catherine- said...

ahhhh bukan selalu kan kaan kaaannnn....:)

Catherine- said...

ahhhh bukan selalu kan kaan kaaannnn....:)

noor afzan said...

pergh..betul punya lapar.

|arieza| said...

pastu sure berak 28 ketul kuar dalam masa sesaat :P