Selamat siang semua.
Akibat dari jadual kelas bersama Encik Samson hari ni dari pukul 6.00 petang - 10.00 malam, segala usaha nak dekatkan diri ke Tuhan semuanya berlaku secara berjemaah. Even kelas 4 jam, tanggungjawab menghadap Ilahi mana boleh tinggal. Tuntut ilmu tuntut ilmu jugak.
Kalau ada yang jenis duduk depan pintu surau cakap pumpangpumpang sambil hisap rokok tu cerita lain, biarkan dosa dia tanggung sendiri.
Encik Samson ni memang hormat waktu solat betul, bila azan saja mesti postpone kelas sampai semua dah solat Maghrib. Tapi yang pelik, dia tak pernah jadi imam, dan aku langsung tak pernah dia jejak kaki dekat surau tu, walaupun sekali. Dia pergi menyorok mana entah, biarkan dosa dia tanggung sendiri.
Yang jenis taknak berjemaah pun ada. Dah elok semua berjemaah sekali 3 saf, dia boleh syok layan solat sendiri dekat tengah-tengah. Come on lah, apa salahnya berjemaah sekali.
Yang jenis lelaki buat-buat period pun ada. Asal maghrib, menyorok dalam jamban. Memang menepati ciri-ciri saitan betul. Biarkan dosa dia tanggung sendiri.
Yang jenis lembut macam sotong rendam 4 jam gatal nak cuba solat dekat surau wanita pun ada. Biarkan dosa dia tanggung sendiri.
Lepas solat berjemaah berimamkan kawan Osamah Bean Laden, selesai saja doa dan zikir yang berlarutan selama beberapa minit, aku toleh ke kanan aku. Di sudut kanan ada sorang kawan aku ni, muka muram, sedih, dan macam sikit lagi nak tumpah air mata.
Aku mengengsot pergi dekat dia dengan stail malas nak bangun, sambil tanya, "Kau kenapa sedih semacam? First time solat ke apa?"
Sinis.
"Bukan, dari lepas solat tadi aku try, tak dapat-dapat jugak wifi uitm ni. Yang ada uitmsalamstaff, uitmsalamguest je, tak ada pun uitmsalamstudent. Padahal Router dekat sebelah pintu ni je kan?" sambil belek-belek handphone Nokia E72 beli time raya.
Pelan-pelan aku azan dekat telinga dia dengan sepenuh hati.
28 journeyed together:
itu lawak. Haha.
mesti dia nak update status twitter: dah habis solat jemaah d^_^b
azan kat telinga dia lain kali pakai mic. kuat kuat. pergh.
biarrrr. dosa dorgg . ayat baik punyaaa . hahha
gua xsolat isya lg ne...
ish ingtkn sedih insaf
nice one
hurm...my first visit..hu3
interesting...spread dakwah in simple way
salam ukhwah
masa time foundie dulu aku sangat pelik. surau bahgian lelaki sgt penuh after isya' prayers - time solat jemaah satu saf pon tak penuh. aku punya la nk positipkan minda..mungkin depa nk qiam ramai2. alih2 depa online sbb surau ada wifi rupanya.
ceh.
der..jangan azan. mengucap pelan2 kat telinge dye. laju2 kang dye ingat lagu rap plak!
hahahahaha itu mmg kurang ajar.
hahaha..biarkan dosa dia tanggung sendiri..terbaek!.
adoilah...
kasi jerit zikir panjang sikit kat die
ni esti nak gtaw ko dah rajin g surau :P
damm...kau patut check yg mana syiah dan yang mana sunnah la dalam surau tu
ah, baru semalam aku cakap dengan member aku budak uitm shah alam pasai betapa ngokngeknya server internet sana..huhu..
g surau semata2 nk dpt line wifi???
-.-'
moga terbuka pintu hatinya...
Dia rindu nak ym ngn mak dia tu...ko cube pikir positif sikit..
Biarkan dosa dia tanggung sendiri.
haha .
solat jgn x solat
teknologi~
Ahahahahah! Lawaklah kau ni.
hahahahahaha azan kuat2 bagi sedar. kahkahkah lawak laaa
soalan kau ya sinis tu serius kelakar siuut.
hahahah!
hahahaha..ko azan betol ke tak tuh?nati budak tuh xbetul jgk smp bila bila.
hampeh, sempat lagi nak layan internet.
eloklah ditarbiyahkan lagi.
Alang2 dah bersolat..kenalah habaq kat twitter ye dak
ari jumaat..jom.
gebang kat twitter?
bukan blog ke? haha.
Post a Comment