Kelmarin aku bantai sambal udang petai. Lama tak balik ipoh tiba-tiba teringin nak makan masakan stail mak-mak. Jadi aku pergi ke kedai favourite yang masak makanan macam mak-mak. Tak, bukan kedai wanita yang masak sebagai bisnes keluarga. Pondan yang masak pun bukan. Yang aku maksudkan kedai abe pattani. Walaupun kedai penuh lipas, tapi sedap, tu yang penting. Kebersihan tolak tepi.
Kalau waktu makan, aku mesti minum sekurang-kurangnya 2 gelas air. Rakus, tapi aku ikut saranan kerajaan yang menggesa setiap umat manusia kena minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
Oleh kerana minum banyak sangat, masa dalam perjalanan balik pundi kencing dah tak dapat menampung kapasiti air yang banyak. Dia siap ugut sebelum dia tumpahkan secara sengaja dan memalukan aku, baik aku pergi ke tandas cepat.
Aku kepit helmet darth vader dengan jari. Dengan harapan mudah-mudahan tak ada setitis pun yang keluar tanpa izin. Aku pesan dekat dia supaya jangan banyak bergerak. Penglihatan pun aku cuba kecilkan sekecil mungkin supaya tak terereksi bila terjumpa gadis-gadis comel yang seksi lalu lalang.
Sampai rumah aku terus berlari ke tandas. Tak sempat nak bukak seluar, pintu pun tutup sekerat saja, aku terus lorotkan seluar ke paras separuh pinggang guna sebelah tangan. Sebelah tangan lagi masih mengepit helmet darth vader. Aku pesan dekat dia "Sabar itu separuh dari iman". Dia mengangguk tanda setuju.
Bila dah agak-agak aim cantik punya dalam mangkuk tandas, aku lepaskan genggaman erat di helmet darth vader secara perlahan-lahan. Lega, segala usaha untuk tak dibahan budak rumah sebab kencing dalam seluar berbaloi. Helaan nafas panjang aku lepaskan disulam dengan bunyi air kencing menitis. Tak ada sekat-sekat langsung. Puas. Aku belai-belai manja helmet darth vader tanda terima kasih.
Lepas flush aku terima satu call, dari abang aku.
"Woi, kot ye pun nak kencing, handphone tu tak payah la bawak masuk jamban."
Talian diputuskan cara kasar.
Aku tengok skrin Rozana ada 1 dialled number dari aku ke abang aku, sama masa dengan waktu aku lorot seluar ke paras separuh pinggang. Aku syak dia dengar semuanya.
Macam mana aku nak tutup kemaluan sebegini rupa?