Sep 3, 2010

.kalah blackberry

Selamat siang semua.


Apa barang Blackberry Storm 2/Nokia E5/iPhone 4/HTC Galaxy, ini baru namanya teknologi.

Aku namakan dia Rozana.

Sekejap-sekejap masa tengah taip sms boleh terpadam sendiri. Skrin calar macam baru lepas Perang Badar, kalau nak tengok di waktu terang benderang kena letak dalam plastik hitam baru nampak tengah taip apa.

Bateri tahan sejam setengah on standby.

Asal badan bergegar sebab terkentut, skrin akan turut bergetar sama, lampu jadi liplap tak keruan dan seterusnya terpadam.

Getah tu sebagai penguat ikatan kasih sayang waktu aktiviti mengecaj handphone. Kalau ikatan kasih sayang tu tak utuh, handphone tak boleh charge. Kenapa 2 getah dipakai? Itu la namanya teknologi. Kalau satu mana cukup.

Bateri dalam Rozana diselit dengan sejenis logam titanium 24 karat atau dengan kata nama lain kertas berlipat. Ini untuk menguatkan ikatan silaturrahim antara bateri dengan handphone. Terlebih lipat sikit, handphone padam.

Kalau ada pesanan ringkas masuk, proses dari nak tekan 'read' sampai ke paparan pesanan ringkas tu saja ambil masa 2 minit.
Kulat-kulat dekat kawasan sekitar keypad tu memang custom made. One of a kind dalam dunia ni.

Cakap kadang-kadang boleh jadi sangkut-sangkut, dan kalau keadaan cuaca tak mengizinkan boleh jadi sampai tak dengar langsung. Ini bahaya terutama bila bercakap dengan orang tua, boleh kena cop kurang ajar.



Teknologi sehebat Rozana sekarang ni memang susah cari sekarang. Memang sangat rare, kata one of a kind saja dalam dunia ni kan?

Ada sapa-sapa nak beli? Aku nak let go dengan harga berpatutan. Steve Job ada hantar proposal nak beli buat masuk muzium Apple, tapi aku tolak. Aku nak tolak dekat kawan-kawan. Aku dengan kawan-kawan mana ada berkira sangat.


Post Scriptum : Aku nak Blackberry. Serius ni.



33 journeyed together:

Neyra Shazeyra said...

TERBAIK! hahahahah klasik

Encik aMin said...

wah.... tahniah... ko buat aku bersyukur dgn tepon aku.. :p

cimöt said...

ahakzz..offer msuk muzium..sungguh antik lew en..

tp abg aq slaloo ckp,kalo barang jahanam xbley gune kasi baling kat anjing ja biaq mampoih..haha..tp aq xpnah praktis ag..

Pieja said...

bli blackberry versi CSL. :D

Razman said...

kalau kau baling anjing, anjing baling balik kat kepala kau. serius.

noorafzan.blogspot.com said...

one of a kind tuuu...
saya pun nak let go jugalah henset 'white'berry ku=)

Mieza vs Rory said...

hahahaa...komen si Razman cam lahanat...tpi aku stuju...hauhauhauahuahua

zainalalieff said...

blackberry dah murah. beli ah.

Huda Luna said...

org pun nk blackberry xpn sony terbaru ape tah nama dia


hp kite mmg senasib

MOFASAD said...

Apa barang Blackberry Storm 2/Nokia E5/iPhone 4/HTC Galaxy,

pigidahhhh

tahhiikkkkkkkkkkk


mana i - phone? takde selit pon?
hahhaha

Aizuddin Jaafar said...

Aku nak strawberry.

Mcjust said...

dah bape tahun ni umur rozana? :D

Mindbreaking said...

hahaha....buat jenama sendiri lar wei....

Nurul Ayu said...

kau nak jual gak ke???
orang pikir 150 juta kali dowh nak amik...

PuanPepel said...

komen aku sama ngan razman :)

black_mel said...

hahaha...mmg kalah la blackberry kalau banding kekurangan..hehe..

wannurfazrini said...

laa kata hp ni lg hebat dr bb, tayah beli dah . haha

nn said...

aku nak blackberry jugak. sekarang guna fon handed down from bapak aku. lense camera pun dah kelabu -_-

Aslina said...

letak kat mudah.com la wey. rare!!

hahaha...

Mimi Saidi said...

weh, sumpah kelakar dowh!

Nurul Huda Rahim said...

blackberry sesuai utk mereka yg berwajah kacak ja la. kalau stended kau, blueberry oke kot.

.::WaNiE::. said...

adeh sakit perut menahan gelak ok


hahaha

emak. bukan penari tiang said...

ada lebih baik hang sedeqah jaa kat sapa-sapa yang memerlukan..

nak pi juai ka trade in cari tokey kedai hp tuh terajang hang saja..

gila bodo ada hati nak juai...

wahahahah..

deus X machina said...

3315 dah r, tak padan dengan siswa, selera nak tinggi

Anonymous said...

epik ah hp kau sigg!
kepam sumore!
heheh

Kuwe said...

ni bukan masalah rare ke tak rare.
ni masalah lu tak reti jaga.

kiba said...

aku nak blackberry :(

fd said...

rozana kau boleh jadi member zabedah aku lah.

Alexia Aqram said...

beli public phone sebijik nak?

Just.wanie said...

blackberry 8520 tak sampai seribu pun . menguntungkan !

hdyh said...

tipikal budak budak skrg nk pakai blackberry.

AJ said...

rozana?cantik namanya?teringin nak pakai blackberry tapi blom ada rezeki lagi

Anonymous said...

lu tak sesuai dengan BB. gaya je lebih, duit nipis tak boleh jugak. lu siswa siswa lagi. kehkehkeh!