Sep 29, 2010

.habis, nak suruh menipu?

Selamat siang semua.

Dikoyakkan kertas yang aku bagi pada dia depan mata aku.

"Tapi Doktor....", kata aku dengan suara sayu sambil mata bersinar-sinar mengharapkan simpati.

#zrupppppp (flashback)

28 September 2010, Pukul 6 pagi.

Kombinasi yang baik. Tilam yang boleh berubah mengikut kontur badan jenama Sultan palsu, bantal bulu itik yang empuk dan kenyal, bantal busuk yang baru dicipta tahun ni hasil dari penat lelah memerah keringat menitiskan peluh, taik hidung, kentut, dan air liur basi ke atas bantal tersebut, selimut yang tebal dan berangin, nyamuk yang ambil cuti bersalin, dan hujan lebat.

Ya, hujan lebat menitis membasahi bumi, serta angin yang sepoi-sepoi bahasa mengalunkan lagunya terus ke kamar tempat aku beradu.

Alarm pukul 7.50 berbunyi. Dalam mamai-mamai aku berfikir dalam otak, ada kelas pukul 830.

Aku tarik selimut sampai ke hidung, dan tekan "Turn off" alarm terus. Sejuk-sejuk macam ni mana boleh tolak nikmat dia. Kalau pergi kelas pun mandi macam orang Cina nak buat apa, baik sambung tidur.

Ditambah dengan tidur yang nyenyak bermimpikan Bree Olson (ya Afiqsiddhartha, tak perlu ritual Moksha untuk bermimpikan Bree Olson), memang kombinasi yang tak ada tolok bandingnya.


Pukul 12, aku terbangun sebab ada pesanan ringkas yang masuk dalam Rozana.

"Weh, Doktor Zakiah nak jumpa, kau dah banyak ponteng. Mati kau."

Terus on laptop, dan print out surat rasmi yang menyatakan aku tak hadir kelas sebab overslept. Memang saja aku sediakan awal-awal, senang bila-bila masa nak guna terus print out. Hanya perlu tukar tarikh dan nama Lecturer saja.

Pukul 1230, aku dah ada dekat kampus berkat dari kebiasaaan diri untuk mandi kambing. Mandi lama-lama pun beberapa jam lepas tu busuk jugak, rugi bayar bil air saja.

"Doktor, ni surat saya.", sambil aku serahkan kertas surat rasmi tak rasmi sangat ke tangan dia.

Doktor Zakiah baca dengan teliti.

"Ah kamu, overslept bukan alasan untuk kamu tak datang kelas!", dikoyakkan kertas yang aku bagi pada dia depan mata aku.

"Tapi Doktor....", kata aku dengan suara sayu sambil mata bersinar-sinar mengharapkan simpati.

Doktor Zakiah menjegilkan matanya sambil menahan kemarahan.

"Habis Doktor nak suruh saya menipu?"






Jadi penghabisannya aku terpaksa cari Medical Certificate rakan-rakan untuk diedit supaya nampak macam aku yang sakit.

Nak buat macam mana, dah lecturer sendiri suruh menipu. Sekarang jawab, berkat ke tak berkat belajar main tipu-tipu macam ni?






24 journeyed together:

Mr. Schomey™ said...

ada mc lebih tak? aku kritikal gak ni

J. Abdullah said...

kahkahkah!

woi bil air pun lokek ke? murah gila kot!

|arieza| said...

entah.. tiada berkat. huhuhu

siggplus said...

blogspot macam bangang malam ni. otakketat mana ada aku delete komen kau.

oranglidi said...

kalu lectrer suh menipu tak apa la tu..

wannurfazrini said...

alasan mcm tu mana leh terima. kan dah kene koyak! pasdan muka. kahkahkah!

AyuE SurihanyOt said...

takpe la dah cikgu tu suruh menipu...pandai la dia jawab kat sana nanti..

Bukan Gadis Comel said...

kalau ko tak ikut apa lecturer tu cakap, derhaka pulak kan. =P

Encik aMin said...

ape susah, jumpe je doktor n pura2 sakit perut/pening.... konpem dapat babe... :)

black_mel said...

haha...salah doktor lak..yg ko x dtg tu apsal..haha..

frwls said...

tapi kau memang overslept kan?


AIK????

Huda Luna said...

hahah doktor tu lg sanggup student tipu kot dari ckp jujur

Fiq said...

lect tak le trima kenyataan kan.

sadis.

IKRAM said...

Hahaha :D

Last post:
malu tak baca entry lama kamu?

Shazwani said...
This comment has been removed by the author.
LUMUT said...

hahaha..

btul jugak tuh..

ckp betul mesti kene marah punye..hehe

lea said...

abes...dr zahidah trime ke MC tu?

Catherine- said...

weihh,...kadang jujur sgt org pun menyampah!ehehe....

deus X machina said...

Menipu amalan bersama sejak turun temurun

little ain said...

HAHAHAHA cool yang amay bagi surat overslept.

Berd said...

Kenapa tak letak simbol 'love' dalam surat tu?

Apit said...

student uitm cmni r..malas...

black_mel rite!

hiro said...

gua ade P.A siap2 lam kelas..

dh mesej pun dh siap2 save..


Babi, lu tandatangan dekat aku..
surya sebatang lepas.

Is said...

osmate aku ada jual mc. rase malas nak gi keje beli jer kat dia.