Sep 18, 2010

.entri separuh jijik

Selamat siang semua.

Semalam, lepas makan tengahari kelam kabut kakak aku bukak laptop. Biasanya lepas makan dia mesti amek bantal untuk mula tanam lemak, tapi kali ni berbeza betul.

Sampaikan buah potong kegemaran dia pun tinggal tak berusik atas meja. Aku dah nampak air mata aku bergenang sikit-sikit kecewa dengan perangai kakak aku. Kalau kelam kabut macam ni aku agak dia nak baca berita online, sebab selalu dia buat macam tu sejak-sejak kes Sosilawati ni. Gosip hangat, sapa tak suka kan?

Biarlah dia, aku malas nak amek port. Jadi aku teruskan rutin aku macam biasa lepas makan - berak.

Tengah sedap seketul dua jatuh gugur ke lantai toilet bowl, kakak aku ketuk pintu. Potong stim betul.

"Cepat keluar, orang ada nak tanya kamu satu benda ni"

Aku diamkan saja sambil berdehem sinis. Tak elok bercakap dalam jamban. Aku pun tak faham kenapa tak elok.

Panas jugak aku waktu-waktu gembira aku melakukan hobi aku tercalar dengan gangguan macam ni punya rupa. Halfway pulak tu. Macam mana rakan-rakan najis yang lain ni nak ikut rakan-rakan dia yang dah keluar sebelumnya?

#masukkan bunyi jamban flush

Dalam hati yang panas, aku lilit towel dekat pinggang. Sematkan rapi-rapi takut terlorot depan Opah Timah, tak pasal-pasal dia mintak pisang sambil tunjuk kelangkang aku pulak. Satu hal lain.

Lepas pastikan ikatan towel dekat pinggang kemas, aku terus pergi dapatkan kakak aku. Saja aku malas nak tukar seluar terus, sebab nak sambung perjuangan yang belum selesai.

Aku tengok dia tengah sedap setting baring terkangkang sambil laptop letak atas perut. Sama macam aku, inilah dikatakan adik beradik.

"Ha nak apa?", saja aku tanya dengan nada marah sambil cekak pinggang. Kena diajar supaya jangan kacau aku berak.

"Ni macam mana ni? Cuba kamu tengok kejap."

Disuakan screen laptop dekat aku. Opah Timah dah jeling-jeling sambil makan rempeyek. Aku syak dia nak tunjuk gambar abu Sosilawati, tapi bukan. Benda lain, tapi cukup familiar dekat aku.

"Tah, mana la orang tau macam mana. Orang mana reti pasal benda-benda ni", tegas aku sambil berlalu pergi.

"Tanak tolong cakap jela, jangan la marah-marah", getus kakak aku dengan nada sinis.

Opah Timah masih jeling-jeling sambil makan rempeyek.





Sambil berjalan menuju ke jamban semula, dalam hati aku cakap, "Mati aku. Macam mana kakak aku boleh buat blog ni?"





Kalau aku private blog lepas ni, kau faham-faham saja la.

22 journeyed together:

Huda Luna said...

aiseyman angah dh ade
then acik pulak!

alamakkkk

Hellioz said...

abes la lu lepas ni
gyahahahaha~

afiqsiddhartha said...

baru 5 minit, awek kome dah post komen.

chentaMAYA said...

aahahaha! ces! ;p

J. Love said...

lu nak private blog, make sure invite gua. kalau tak, abeslah lu gua bersekutu dengan rage anonymous, pastu rage kat lu.

eyemeroll said...

Pantang betul kalau orang rapat-rapat tahu blog sendiri.

Habislah ko kantoi nanti...keh3x.

*cimOt* said...

aq pon xsuke org terapat taw..aq lbeh senang ngn ntahsapasapantah..invite aw kalo private..sekeh ko kang..dush dush..

hamzah ian said...

kah kah kah..

raina said...

jangan lupa invite aku..aku sumpah hang berak sembelit!

senandung semalam said...

hahhahahha...
ssh skit la ble adk beradik pun ade blog...
hhehehe

Apit said...

include ak skali dlm klaw hg private blog..ak follower dr jauh ja..hehe..

noor afzan said...

aiseyhman..

ala..senyap2 suda..
bukan dia tahupun.
kah kah!

miss dilla said...

kakak kau nak pantau kau la tu.
hahahaha(gelak jahat)
tapi kalau private,
jangan lupe invite aku.

MyaLya said...

mak aih.. jgn lor private. aku ske blog ko ni..

AyuE SurihanyOt said...

tlg invite aku ok..

otak ketat said...

lepas ni kau ajak opah timah plak buat blog. boleh korg apdate sambil duduk sebelah-sebelah. style apa. satu keluarga apdate blog secara berjemaah. haha.

wong ah ian said...

BOooooooo........

Encik Tikus said...

ape kes cite taik2 nie ?

gulagulahacks said...

padan muka lu. kah kah.

hamzah ian said...

kah kah kah.. skali lg gua dtg

mier@merr said...

hahaha.... kalau opah timah yg buat blog lg naya...

Kuwe said...

kehkeh. sapa suruh jadi femes.