Sep 24, 2010

.makanan eksotik

Selamat siang semua.

Malam semalam, perut aku secara tiba-tiba menghantar isyarat kecemasan dekat medula oblongata aku dan terus ke otak. Ini bukan isu sakit perut, sebab kalau perut dia bukan kecemasan. Ye, ini fakta, aku berak 5x sehari purata.

Lapar.

Aku pandang jam, pukul 4 pagi. Aku syak budak rumah aku ni ada sorok-sorok makanan, jadi aku cuba korek-korek almari diorang untuk cari mana-mana yang boleh disumbat dalam perut.

Yang ada serbuk kerepek yang diorang bantai malam sebelum tu. Celaka betul, bukan nak simpan sikit.

Perut aku dah keriuk keriuk bunyi, lapar sangat. Tak boleh jadi, aku kena jugak pegi makan.

Lepas siap pakai sweater, baju 2 lapis, panties 3 lapis, sehelai Lebreeze night wing dan sekeping kertas yang ada ayat-ayat Koran untuk pendinding. Lepas raya hantu makin meliar dekat Shah Alam ni. Polis nak tembak belakang tengkuk pun ramai. Jadi kena berhati-hati.

Alang-alang dah keluar malam, kedai semua tutup, baik aku pergi makan makanan yang rare sikit. Jadi dalam fikiran aku terbayangkan makan Burger King dekat tepi Stadium Shah Alam. Lapar punya pasal sanggup.

Jadi aku curi-curi pakai motor member aku. Bukan taknak mintak, tapi malas nak kacau dia tidur. Kesian. Kalau dia jenis macam aku yang insomnia ni tak apa la, jenis tido tak ada timing.

Aku start motor pun pelan-pelan. Kalau boleh nak pekup eksos dengan bantal taknak bagi bunyi. Lepas panas enjin secara tak ikhlas, aku memulakan perjalanan.

Sejuk, sebab keliling pokok. Mulut aku terkumat kamit baca ayat Qursi tunggang langgang sambil mata meliar cari kalau-kalau ada lembaga putih. Makin kuat aku baca lepas lalu pokok kemboja, bau macam dekat kubur.

Lepas saja kawasan yang agak gothic tu, hati terus rasa lega. Fikiran memang dah melayang nak makan makanan exotic, Burger King. Perjalanan jauh, jadi aku cuba hiburkan hati dengan berkaraoke atas motor.

Habis lagu bermula dari Maher Zain sampai ke Anuar Zain, Ariel AF Menatap Punggungmu sampailah ke lagu Babi Justin Bibir aku balun nyanyi, nak hilang bosan punya hal.

Masa tengah nak masuk chorus lagu Babi, aku jadi terlebih excited pulak sampai menyanyi kuat-kuat. Aku siap angkat Visor helmet ke atas supaya dapat hirup udara segar sambil menganga nyanyi kuat-kuat.



Itu ialah tindakan kurang bijak ya adik-adik. Kita perlu ingat yang waktu malam adalah waktu paling ideal untuk kumbang-kumbang, siput babi, kunang-kunang serta kelip-kelip untuk meliar terbang masuk ke dalam mulut.


Sampai Burger King, tutup. Aku terlupa dia tutup pukul 3.


Tapi tak apa lah, at least aku ada jugak makan makanan exotic kan? Lalu aku start balik motor, sebelum pulas minyak, aku sempat sendawa kekenyangan makan kunang-kunang.

Celaka, lepas ni aku takkan nyanyi atas motor lagi.

20 journeyed together:

Huda Luna said...

sedap nya! dah macam timon and pumbaa dalam lion king. heheh

kiba said...

lagu papi justin pipir tu memang tob kan sigg. hee hee

J. Abdullah said...

lu tak nak masuk fear factor ke? eh fear factor ade lagi ke sekarang?

afiqsiddhartha said...

kunang-kunang? Lucah betul kau ni. Kau ingat tak ada budak upsr baca blog kau?

greenhall said...

dasyat. sipot babi pun terbang. haha

jangan lupa samak lu punya mulot.





lu beruban gak ke?





salam eid.

Kyuubi_85 said...

hahaha... kan dah kena,, haha

AyuE SurihanyOt said...

ok la tu..kunang2 je pon..tak mati haiahhh...

ZaCk AzRiN said...

hahahhaa....sabar2....sanggup erk kuar g cri makanan....hehehe...insomnia tol...

raina said...

aku syak hang telan ramai tu pasai blh sendawa! Sedap? Ada rasa mcm mee sedap?

eiffel said...

raina :: gyahahahaaha..soklan bernas..

gwa ingin gk bertnya..apakah rasa kunang2 tuh???manis2..masam2...hahahahhaa

noor afzan said...

sampai kekenyangan tu.
bape ekor gamaknya hang telan kunang-kunang tu gamaknya.
haiihhh~

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

waahuuuu.. apa rasa... mie pernah melalak nyanyi dalam bilik air.. sekali nyamuk masuk tekak.. giler tersedak sampai nak muntah.. dekat nak sejam la bertarung nyawa.. bukan nyawa mie.. nyawa nyamuk tuh.. giler degil////

katilpatah said...

nasib baik lu x nyanyi lagu lady gagap...

frwls said...

bak kata Mila AF dalam iklan mee sedap,

"nyata lebih sedappp"

Catherine- said...

laaaa.....patot dah xde kunang2 hinggap di hidong boifren aku lagikk....ko dah telan semuanya..

Berd said...

gua dengar kunang-kunang baik untuk kuatkan kemaluan. nanti lu try dekat bontot mofasad. betul ke tidak.

geeds said...

sumber protein baru? haha.

otak ketat said...

semoga pemikiran kau lebih "terang" lepas tertelan si kunang-kunang. amin.

Encik Tikus said...

PADAN MUKA LU

lea said...

erkkk..kunang kunang
sedap ker?
manis x? :P