Sep 28, 2010

.trankuiliti

Selamat siang semua.

Aku rasa, semua orang perlukan ketenangan, or some would like to call them, their happy place. Semua orang ada tempat untuk dapatkan ketenangan. Ada yang suka mencari ketenangan dengan belanja kawan-kawan makan, ada yang suka menjerit kuat-kuat sampai nak pecah anak tekak sambil kaki setengah tenggelam dalam sawah padi (cerita lain), ada jugak suka splurge dengan menjadi shopaholic, dan ada yang suka mencari ketenangan dengan beribadah sepenuh hati.

Untuk aku pulak, aku dapat ketenangan bila ada dalam tandas. Tandas, atau secara spesifiknya dalam jamban. Bila aku duduk dalam lubang berbentuk bujur tu, sambil hisap rokok, dan menggunakan muscle untuk menekan-nekan perut, aku rasa sangat tenang. Umpama dunia ana yang punya.

Ada orang suka pelik bila aku cakap pasal berak. Ada orang mula buat-buat muka jijik bila aku cakap pasal berak. Aku nak tanya, kenapa jijik?

Kau semua tak berak ke nak jijik-jijik? Taboo sangat ke kalau cakap pasal berak? Tak sopan ke?

Oh ya, ada aku cakap yang aku langsung tak percaya benda-benda taboo? Sorry to say lah, aku memang tak percaya petua-petua orang dulu-dulu. Jadah apa masa nak kahwin buang baju tido atas bumbung untuk elak hujan masa kenduri? Macam bodoh.

Berak mungkin salah satu sebab kenapa badan aku tak naik-naik. Ye lah, kalau sehari berak 5x, macam mana badan nak dapat nutrien yang secukupnya? Tapi biarlah, itu passion aku. Aku dapat rasa trankuiliti yang teramat masa berak.

Cuma satu saja yang boleh mengganggu kitaran trankuiliti aku. Semalam aku tak tahan sangat nak berak sampai aku berak dalam jamban kampus. Busuk dia bukan main, tapi demi tugas yang mesti dilaksanakan aku akur.

Tapi potong, mamat sebelah aku berak cirit. Sepanjang aku berak aku tak henti-henti kena tahan telinga dengar bunyi prett prett prettt dengan nada dan ikut tune Symphony No. 5 in C minor gubahan Beethoven. Itu belum dicampur dengan irama Ahh Ahh Ahh hasil dari kelegaan dia.

Celaka, rosak trankuiliti aku.

23 journeyed together:

pisey said...

Apa pasal tak ehem2 balik kat mamat cirit sebelah tu? Leh mintak tips untuk lebih kepuasan dalam trankuiliti ko. Hahaha.

Huda Luna said...

haha melayu mmg suka percaya kn taboo2 tu

then buat mcm jijik je sebut berak
mcm la dia x berak

eh mamat tu tgh lega
biar la dia hehe

Ery Farieha said...

hahahaa

lawan la pret2 weh

wakakakaka

fitriah said...

maybe yang jijik2 tu rasa tak selesa or malu bila orang membicarakan perihal berak depan2. just my opinion.

AyuE SurihanyOt said...

apasal aku tak penah dengar pon ekk pasal baju tido tu???

kalau malam pertama kena buang baju tepi katil tu aku penah dengar la jugak..

Fiq said...

tranquility berak.


jamban kat egypt macam cilake.

aku rasa ko takleyh rasa tranquility kat sini.

raina said...

paling taboo penah aku dengaq

lepas romen tidoq mengiring blah kanan dapat anak ppuan, tido mengiring blah kiri dapat anak ppuan!

abih kalau tidoq telentang?????



gila menipu!

Fiffy said...

ko kira ok lg xde org kutuk sgt sebab ko llki cerita pasal berak2. mcm anonimos kutuk ak kt formspring tya aku apsal aku suka sebut pasal berak kt fb, dia cakap pompuan x senonoh sebut pasal berak. euwwww, dia xde juboq nak berak.

|arieza| said...

hahah dh try tgk muka mamat tu? hahaha

~TrOpIcAnA~ said...

sangat jeles ngn kadar kekerapan ko berak tu..huhu..aku berak pun sehari sekali je..tu pun susah no nak kua..haish..tu la pasal lemak aku asik btambah je

violetless said...

dan secara tiba tiba otak aku mengeset bau cirit yang terpaksa hang sedut..







wuuu...heaven..haha

♥CIK SHA♥ said...

hahaha..a'a ek..nape org jijik..padahal semua orang pun berak..agaknye kena sebut buang air besar kot..baru org tak jijik..haha..

aku kalau nak berak aku sebut je aku nak berak..takde nak cover2..dh mmg betol..lantak la org nk kata aku tak senonoh pun..kui3..

eh..aku pun sokong cakap tropicana tu..jeles pulak dgn kekerapan ko berak..

green said...

"Bila aku duduk dalam lubang berbentuk bujur tu... "

.heaven gila duk dalam lubang.

.s.o.f.i.a. said...

aku lak ada sindrom malu nak berak..... kalau aku tengah berak pastu ada orang masuk toilet sebelah, aku rela benti berak. pastu sambung kat toilet floor lain..... ha ha...... baru la trankuiliti.......

sastraboy said...

kata tandas kampus. biasalah. haha.

Berd said...

eiiuuww. jijik tau lu cerita pasal tahi.

plumpy.tootsie said...

aku berak lagi byk dr kau.badan aku tak turun2 pun?boleh kau jwb?

deus X machina said...

trankuiliti seksyen 4

Ainee Cumi said...

AKU PALING SUKA BILA ADA KELEGAAN KETIKA BERAK TU! KALAU TAK ADA KELEGAAN TU RASA GILA TAK PUAS WEYH!

Pssstt! Apa rahsia berak 5x sehari??

Catherine- said...

okehh...sgt setuju!


kah kah kah!!

aku pun x suke org ganggu trankuiliti aku..

Is said...

aku kalau hati tak tenang suka belanja org makan. konpem tenang gila.

Hellioz said...

dude
bersyukur dude

mmber gwa kena makan pil ape tah baru bley berak
pergh~
sadis beb.

btw,
gwa pon heran apsal melayu (meleis mostly)banyak sgt taboo.
pening gwa.

myb sbb tu meleis ni kebelakang sket

sebab semua bende nk di taboo kan
gyahahahahahhha~

k.e.r.i. said...

"Jadah apa masa nak kahwin buang baju tido atas bumbung untuk elak hujan masa kenduri"

first time aku dengar ni weh.