1.43am.
"Ni macam mana nak setel ni?", tanya pak polisi satu dengan nada tegas. Pelan-pelan dia cabut button 'Saya anti rasuah' yang tersemat dekat dada dan simpan dalam kocek seluar biru. Pak polisi satu sedang keluar dari kereta sambil berhentikan bunyi siren. Anjing menyalak tak henti-henti, ganggu beliau mahu tidur mungkin.
Pak polisi dua pulak cuba nak pancing undi, "Ni kalau pakcik saman ni, rm300 ni. Sekarang macam mana nak setel?"
"Pakcik dah lama tak dapat duit raya ni." Sampuk pak polisi satu sambil tangan urut-urut janggut kumis. Aku perhatikan dia memang fail bab-bab cukur janggut. Tak seragam, dan serabut. Panjang pendek janggut kena sama, baru nampak kemas.
"Kamu tu langgar lampu merah. Kalau pakcik saman habis duit kamu RM300. Kamu student kan?", kata pak polisi dua memancing lagi.
Aku hanya angguk tanda setuju. Hidup sebagai student ni kalau terbang rm300 memang cukup sakit. Boleh tahan makan sebulan tu dengan rm300.
Lama jugak aku fikir. Dalam dompet ada 5 note RM1. Mungkin kalau di daerah terpencil di Botswana rm5 boleh buat seseorang tu dicop kaya raya.
Akhirnya aku nekad.
"Boleh pakcik, kalau saya nak bagi pakcik duit raya boleh, tapi meh saya catit nombor ID polis pakcik dengan nama. Alah, kalau report dekat Jabatan Pencegah Rasuah apa ada hal. Pakcik kan dah banyak dapat duit raya. Sekarang macam mana nak setel ni?"
Aku cuba berani tapi masih bernada takut-takut. Bayangan budak kena tembak di belakang tengkuk dah terngiang-ngiang dalam kepala.
"Kita sama-sama beraya dalam lokap pun boleh pakcik, saya tak kisah. Boleh merasa makan rendang dalam lokap."
Pak polisi satu dan dua dah terdiam. Mungkin teringat anak bini di kampung, mungkin juga teringat ibu bapa menunggu kepulangan anak di perantauan.
Radio Kenari Hitam tak sia-sia bukak stesen Hot FM. Lagu Dendang Perantau mungkin mengubah persepsi pak polisi satu dan dua dalam meneruskan niat jahat mereka.
"Hmm, ok lain kali jangan buat lagi.", kata pak polisi satu sambil menghulurkan kad pengenalan dengan lesen aku.
"Dah jalan."
Selamat Hari Raya pak polisi. Maaflah kalau saya mengecewakan pakcik, tapi saya ni memang jenis tak bagi rasuah.
31 journeyed together:
ni rekaan semata2 ke apa?
kau berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna. bagus ..
oooooo
pak polisi tu takut kot masuk lokap la tu
errrr tukaq background pleasee
haha. aku pon ada kena 2,3 bulan lepas. tapi aku cakap kat dia, sy nak g minum pon bawak seringgit, camne nak belanja abang2 ni semua minum?
wadehel. memang tak la aku nak kasi rASSuah.
kewl gile babi kowt...
SALUTE!
gyahahahahah~
memang mesra cepat dan betul
best gile...boleh pakai gak cara ko...kah2...
perghhhh..kaw mmg cool..
tp pak polisi tu lg cool trangtangtang cabut button n smpn..ceyttttt..anti rasuah kpala hotak dya..
ok percaya ehehehhehe
biar betul? haha..respek2
cuba buat cerita pendek ikut script ni mcm parid..
terbaek wok~ errrr ter"aril" plak...huhuhu~
tak realistik langsung. Mana mungkin polis berjanggut?
cerita betol ke tipu ni?????
kalau aku sumpah gelabah pas tu ikut rasuah sama..hahaha
ada idea la lepas ni klu kena tahan..=p
nice....
pergh!
terbaik dari ladang...kalau dia baca ni mesti terasa..
terbaik!..
lagi best sebab tak yah bayar..
kah!
oit...mmg tebaik la bro... bkn sume org brni cam ko... saluuuuttt la....
haha sama je situasi n aku pada jumaat malam sabtu yang lepas. pak janggut gak. langgar lampu merah. nasib lepas.
cisss btol lah
kalau gua try buat muka nak nangis, dia lepaskan tak?
errkk...ada lagi polis mcm ni, haisshh
errr...
gua rase tipu..citer tipu kan??ahahaha
BAGUS!!! Daripada kasi deme duit raya baik kasi aku ni ha, tahun depan nak kawin ni tak ada duit ni
lain macam je dia punya berani..
mantap jawapan kau tu!
huuuu.....bagus2...
=)
aku tak pernah lagi ketemu polis macam tu. tapi kalau aku, mahu aku jadi bodoh cakap "bagi je lah saman tu dari saya buat dosa bulan puasa ni"
melayang RM300~ LOL
lu kencing pe ni? haha!
tp klu betol, lu mmg berkarisma. haha!
Post a Comment