Sep 2, 2010

.teknik mengingat yang betul

Selamat siang semua.

Kalau zaman paleolitik, orang catit dalam buku. Lepas tu bulatkan dekat kalendar guna pen marker warna merah.

Kalau zaman mesolitik, orang catit dalam handphone, Lepas tu buat alarm setiap kali tarikh tu datang.

Kalau zaman neolitik macam zaman sekarang ni, orang tak catit pun apa-apa. Hanya guna Facebook sebagai pacal untuk inform bila tarikh tu datang.

Dan hari ni, aku berjaya buktikan, yang orang sekarang langsung tak ingat tarikh birthday sapa-sapa, hanya guna Facebook sebagai pacal untuk notify bila tarikh birthday tu datang.

Pedulikan makan badam dengan kismis, zaman sekarang tak payah guna dah akal fikiran untuk mengingat. Untuk mengingat mudah saja, kau hanya perlukan satu akaun Facebook. Sementelah itu kau boleh rehatkan semua pergerakan neuron-neuron dalam saraf otak kau termasuk medula oblongata yang lenguh menonton porno sepanjang hari.

Siapa kata Facebook untuk add gadis-gadis comel yang seksi dan masak ranum saja?



27 journeyed together:

Ery Farieha said...

naseb aku x wish

Huda Luna said...

huhu sengalll =PP

Huda Luna said...

huhu sengalll =PP

raina said...

aku disable aku punya bday date, dan aku jarang sgt wish orang sebab aku taw memang tak ikhlas..wahahaha...

deus X machina said...

syok la tu

deus X machina said...
This comment has been removed by the author.
Mr. Schomey™ said...

hek eleehhhh.. tak tertipu da.. keh3

Fiq said...

jemputan kad kawen pon guna fesbuk.tak yah cetak.wat perabih ketas je.

Anonymous said...

hahah..setuju2!!

o kambeng hitam o said...

tp aku takda fesbuk. macam mana?

mR.sYaH said...

aku antara org yg wish itu.. hahaha...

AlexiaAqram said...

andai lah laptop lau rosak, handset kau jahanam. akhinya kena pakai otak jugak.

kan kan kan?

btw.

Allah selamatkan kamu!

mira said...

ah.
mmg btul.
manusie plg rmi wish bday masa ak da ade fb.

klu dlu..
mls nk ingat blik.sadis.

bukan penggoda said...

aku saje je wish. nk tgk respon ko. dah agk dah ko menipu. suka la tu.

AyuE SurihanyOt said...

kad raya pon pakai fesbuk...


memang generasi neolitik betol..

MOFASAD said...

ooooooo

afiqsiddhartha said...

memang celaka aku kena tipu. Btw, dulu-dulu aku ingatkan kau gadis masak ranum. Rupanya..pisang.

Yan said...

salam kenal..

saya jarang guna fb//

*cimOt* said...

impak fesbuk sgt hebat en..so,rmei lew yg wish ko nyer bday en..
hepi bday again^_^

mier@merr said...

aku jarang wish kt pesbuk...

tp... punca dak2 skang malas pikir tu la... sume nak catat kt pesbuk...

sudahnye nnti..ada jugak yg msukkan formula math lam pesbuk tuh...senang aku takyah masuk ngajar lam kelas,......

bg notes kat pesbuk ja....

lecturer pun takyah masuk klas lah...
student takyah bgn aw2 pagi..hak2..itu yang aku plg tak like~~

mier@merr said...

aku jarang wish kt pesbuk...

tp... punca dak2 skang malas pikir tu la... sume nak catat kt pesbuk...

sudahnye nnti..ada jugak yg msukkan formula math lam pesbuk tuh...senang aku takyah masuk ngajar lam kelas,......

bg notes kat pesbuk ja....

lecturer pun takyah masuk klas lah...
student takyah bgn aw2 pagi..hak2..itu yang aku plg tak like~~

wong ah ian said...

nak aku wish ke?...tak ganas la BGG men wish2 bday ni..macam poen je..

Aina Aadnan said...

haaa kan aku dah wish. padah betul la nak jaga hati kwn ingatkan birthday dia tengok2 tertipu pulak. hehe

Ainee Cumi said...

Ko pandai tak apa. Kalau tak mustahillah aku akan tau ko punya bday kan? Kenal pun baru setahun jagung. Hebat tak aku sigg?

Tapi ko jangan tak caya aku ni masih buat tanda tanda merah kat kalendar kot, sebab aku takut aku tak on FB maka terlupa bday kawan aku lepas tu mula nak sentap sentap padahal aku lupa bday je. Bhahahhaha!

NEWAY, HEPI BDAY CHORRR!!

Mohd Hazri said...

ohooooooi

Cik Agogo said...

ahhh...

tarikh exam pun buleh bergaduh sampai bawak ke luar kat fesbuk.

shakinah said...

Aku wish sape yg penting je. Yg tak kenal, lantak kau le. Wish pun tak ikhlas. Ehe.