Kelmarin aku ada pergi satu open house rumah member Dota. Member Dota? Ya, main Dota pun boleh buat member weh. Dan kadang-kadang main Dota pun boleh buat melutut kesedihan waktu result exam keluar.
Setting dah cantik dengan homeboys yang ada, nak pergi malam. Perut kasi betul-betul lapar dulu, baru sedap nak balun apa yang ada tuan rumah nak bagi. Aku yakin, paling koman pun ada meggi goreng semangkuk terhidang atas meja.
Cukup time, homeboys datang amek aku naik kereta. Kelam kabut jugak aku naik kereta sebab lambat bersiap. Bukan saja-saja nak siap lambat, salahkan kakak aku yang mandi lama nak mati.
Himpit-himpit satu kereta la bagus, sambil kutuk mengutuk, boleh jugak main lawan kentut. Dan macam biasa, aku juara bertahan. Kalau ikut teori bolasepak, aku ni boleh dikira Legend dalam pertandingan lawan kentut.
Dalam kereta marah jugak aku kerana Semprit kegemaran aku diperkotak-katikkan penggila tat nenas. Come on lah, sebab semprit orang jarang serve dekat rumah terbuka sebab makanan tu rare, orang kaya-kaya saja yang boleh beli.
Sampai dekat rumah member Dota, aku keluar sambil bagi salam. Kesopanan dan kesusilaan memang kena jaga, walau buruk mana perangai.
Keluar kereta, aku rasa lain macam. Jarang rasa macam ni. Last aku ada perasaan macam ni masa kecik-kecik dulu. Mungkin zaman belum mumayyiz dulu perasaan ni selalu jadi.
Aku pandang bawah. Aku tenung lama-lama. Nak meratap kesedihan pun ada, rasa nak balik time tu jugak pun ada. Tuan rumah dah berdiri depan pintu dengan riak wajah yang bersinar-sinar. Demi kawan-kawan, aku pasrah.
Aku angguk-angguk sendirian sambil bermonolog,"Memang betul lah, memang tuhan ciptakan kita berpasang-pasangan". Sepanjang dekat rumah kawan Dota, aku lebih banyak diam dari bercakap, terkenangkan nasib.
Celaka, lepas ni aku akan pastikan aku takkan pakai selipar sebelah lain sebelah lain lagi. Takkan!
34 journeyed together:
sib baik tak pakai boxer kt luar seluar kt dalam hahah
ape daa~~
jgn ckp awk terpakai selipar acik
gyahahahahah~
hamsap.
sape soh kocoh2.
gyahahahahaha~
ah racist ah lu. biarlah selipar selipar tu nak pasangan lain lain rupa dan bangsa!
ah gua nak rage ah cenggini!
@Huda Luna
tak reti login ke oi?
tah selipar sapa entah. gelap2 mana nak perasan.
@Hellioz
haha. kocoh2 tu apa weh? dikocok2 inul daratista ke?
@J. Love
zaman sekarang ni semua orang kena racist. aku rasa sejak kes sosilamati tu.
rage ah, tapi sekarang ramai sgt yg benci kap lam ya nga.
hahahaha. seronok sangat beraya kann sampai tersalah pakai selipar.
slipar tebalik itu unik..paham unik? Unik mcm 1melesia..
hahahaha
mmg berpasangan
BLL.
=.='
ko menyahut seruan 1 MALAYSIA
uii..itulah fesyen terkini!
haha~
haha .
damn . smart kot !
cakap je ko nk jadi trendsetter sigg..haha
siott. hahahaha
malu mesti sampai raya tahun depn!
hoh... pasni main dota bersama beliau, lu takley kasik muka laa...
bukan apa... kasik muka lebih2 kang... kene bahan selipar sebelah lain sampai 10 tahun tak abes cerita...
malu kot...
haha!comel!
pakai slipa kawen.
gopoh lu ni..haha
ahahaha..mmg sogan..aq ponah dolu pi skolah pki kasut sebelah laen..jenoh aq labuh an kain mo sorok kasut tuh..huhuhu
@nn
aku excited nak duit raya sebenarnya. tapi pulang dengan kekecewaan.
@raina
1Malaysia unik? Kalau 1Hadhari ye lah unik.
@Ery Farieha
yakin! mmg berpasangan.
@annadzirah
BLL apa?
@cik tipikal
yes. kita kena diverse, dan lgsg tak ada sifat racist dalam memasangkan selipar.
@noor afzan
kau penah tgk Adriana Lima pakai macam tu ke?
@fezaL Mohd
sgt smart. nasib baik diorang tak perasan.
@hdyh
ye, aku kan hipster, mesti la kena set trend baru sebelum rempit2 kuasai trend tu.
@redballerina
tak lah. sampai deepavali je.
@Cik Agogo
"malu kot..."
celaka sinis betul
@cik helena
aku comel?
@Fiq
asik cerita kawin2 jiwang2 je, ada apa2 ke?
@*cimOt*
ok. gila malu macam tu. kalau aku tukar sekolah dah.
senang je beb coverline. kau kena lari setempat laju laju. kan warna pelangi kalau pusing laju2 jadi putih.
Post a Comment