Selamat siang semua.
Aktiviti hari ni adalah sangat tak sihat. Semalam macam biasa aku tidur 5-6am. Beronline dari malam sampai awal pagi. Bukan buat apa pun, tapi seronok tengok Roller Coaster Kingdom aku makin nampak rupa Kingdom, dari dulu yang nampak macam funfair saja.
Aku dah tak main Farmville sebab dah tak berapa minat. Dulu aku ada goal, untuk kejar kawan aku sorang tu, tapi dengan masalah internet slow lagi slow dari TMnet 1515, peluang aku nak kejar dia makin tipis. Mana larat setiap kali tuai ke tanam, kau kena repeat balik buat sebab system tak dapat nak recognize aku membanting tulang menuai dan membajak ladang. Habis ratusan ribu pokok mati macam tu saja.
Aku tidur pukul 6, pukul 8 Puan Hamizah dah kejut aku, suruh jadi supir dia. Bawak merata Ipoh. Dia tau aku tidur lambat, tapi still insist nak aku jadi supir dia. Gila ke apa. Aku dah la tengah mengantuk, dia suruh drive lagi. Haish. Setiap destinasi yang sampai, aku suruh dia buat kerja dia, aku turunkan seat, aku bantai tido. Tak puas, jadi tak dapat nak bayangkan tidur bersama dengan Maria Ozawa ataupun dengan Dato' M. Daud Kilau.
Ahoiiiiiiiii....
Setel jadi supir dalam pukul 11, then Kemai telefon ajak lepak. Mandi-mandi terus keluar. Tak sempat nak masturbasi pun. Celaka.
Gerak ke Yik Foong mencari alatan komputer, tapi tak jumpa yang berkenan. Dah la gadis-gadis cina yang jadi salesgirl hari ni tak berpakaian seksi pun. Memang turn off betul. Hormat Raya Haji mungkin.
Kemudian ke karaoke. Tapi kali ni percaturan aku memilih lagu baik. Tak ada lagi ambik lagu tak pernah dengar macam hari tu. Karaoke macam orang baru lepas layan K (baca: ketamine)
Kemudian aktiviti rutin kami, Dota dan kegilaan terbaru, Counter Strike. Riuh CC, padahal main 3 orang je lawan bot. Heh. Budak-budak cuti sekolah semua tengok dekat belakang, tau la kami terer. Nak mintak jadi sifu lah tu. Cit.
Paraxixth rugi kau tak ada. Tu la, aku suruh ponteng kerja sampai minggu depan tak nak.
Balik pukul 7.30pm tadi. Lepas Maghrib, aku terlelap kejap. Bangun tido, mata tak nampak. Kabur.
Aku menulis ni pun dalam keadaan kabur. Tulisan aku kena tenung betul-betul, baru nampak apa yang aku tulis. Kenyit mata sikit, dah jadi kabur balik.
Kurang makan carrot kot.
Makan banyak-banyak carrot, baru boleh jadi macam dalam cerita Shoot Em Up. Abseiling turun tangga pun boleh tembak semua tepat-tepat. Tipu betul.
Lepas ni aku nak tanam carrot banyak-banyak dalam Farmville.
Dec 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 journeyed together:
Post a Comment