Selamat siang semua.
Tadi, aku keluar kejap. Ada hal sikit nak buat dan sambil menghitamkan paru paru dengan tar/nikotina.
Sambil drive isap rokok. Feel dia lain macam. Seronok campur takut, takut kantoi Puan Hamizah terbau asap nanti. Aku bukan takut dengan Puan Hamizah, tapi hormat. Ceh.
Fikir idea nak tulis apa dalam blog. Dah dapat idea, aku try karang dalam otak. Cari punchline. Dapat punchline, aku senyum sorang-sorang. Dapat time tengah jam. Budak kecik kereta sebelah dah pandang aku lain macam. Cibai punya budak. Lain kali tengok depan saja, jangan pandang kiri kanan. Bahaya.
Aku karang baik punya. Beberapa ayat dah aku karang dalam otak, tunggu masa aku nak semadikan dekat blog ni saja. Aku rushing buat semua hal, then cepat-cepat balik rumah. Pecut laju, setakat BMW 7 series dan seluar BMW semua aku bagi diorang makan asap.
Sampai rumah, aku on laptop, on P1. P1 agak cibai, nak tunggu masa dia fully connected ambil masa 10 minit. Aku boleh setel korek hidung, berak, kencing dulu baru dapat connection.
Laptop dah depan mata. New post pun dah habis load.
Lepas aku ketuk keyboard tulis "Selamat siang semua",
Aku blank. Jadi aku tulis benda ni.
Celaka punya budak kecik.
UPDATED : Intense Debate aku sekarang tengah problem. Komen dia kata tak sent, tapi padahal dah. So memang komen kau akan berulang-ulang banyak kali. Aku tengah resolve problem ni.
Dec 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 journeyed together:
Post a Comment