Selamat siang semua.
Mohd Rizal Mohd Zain seorang anak jati Malaysia. Dilahirkan di Bandar Penawar, Johor. Berumur 20 tahun. Dia anak seorang diplomat Malaysia. Bapanya wakil Malaysia dan dihantar menjadi Duta di England.
Mohd Rizal Mohd Zain berbadan tegap. Berketinggian 185cm, memang dia nampak biasa jika berada di kalangan mat saleh. Macam mana orang Melayu boleh setinggi itu? Aku tak pasti. Mungkin dia rajin makan CalciYum, mungkin juga dia terlebih minum susu cap kantung.
Waktu kecik dia bersekolah di area Merseyside. Nama sekolahnya Liverpool High School. Oleh kerana sejak kecil dia duduk di England, dia fasih bertutur dalam bahasa Cockney pekat. Bahasa Melayu? Ah jangan dibahas. Dari kecik duduk sana, kau bayangkan la boleh ke tak dia cakap Bahasa Melayu. Memang fail. Cakap "makan" pun jadi "maycant". Nak haram sungguh.
Bapanya seorang kaki bola, dan avid Liverpool fan. Masa bapa dia belajar di Nottingham, dia sanggup berulang ke Liverpool semata-mata nak tengok Liverpool main. Memang hardcore betul. Tapi aku kurang pasti bapa dia dulu skinhead, sebab rata-rata Liverpool fans budak Skinhead. Oi oi siga saga. Seluar skinny. Kasut dokmat. Bukan Hatta Dolmat.
Jadi oleh kerana terlalu obses dengan bola, bapanya masukkan Mohd Rizal Mohd Zain ke akademi Liverpool. Memang hebat budak ni. Coach-coachnya touted him as the next Christiano Ronaldo. Tapi dia main di posisi Striker. Skill tak payah nak cakap lah, macam-macam. Setakat Lionel Messi dia geli-geli saja lepas.
Shebby Singh cukup teruja dengan dia. Hasbullah Awang lagi lah. Setiap kali dia main, mesti dia ungkapkan yang Mohd Rizal Mohd Zain mempunyai saudara yang menguruskan kedai Tomyam di tepi Danga Bay.
Semua coach dia berpendapat dia adalah seorang wonderkid. Bakal menggantikan legend-legend bola seperti Pele atau Diego Maradona. Kawan baik dia wonderkid juga. Nama dia Martin Kelly. Sama hebat, cuma Kelly main di posisi Right Back.
Hidup dia tak macam Melayu. Lepas game, pergi bar minum beer. Selebrasi kemenangan dengan kawan-kawan. Gadis-gadis dia bawak pulang sebagai One Night Stand. Ya aku sebut gadis-gadis, sebab lebih dari satu.
Main memang mantap, tapi disciplinary record memang fail. Biasalah, typical Malaysian. Selalu datang lambat training. Selalu kena fine 2 weeks wages. Dia tahu dia salah, jadi dia terima saja.
Oleh kerana krisis injury yang berlaku di Liverpool sekarang, Benitez tak boleh tahan lagi dari simpan dia. Benitez terpaksa bagi dia main, dengan Torres yang injured lagi, dengan Ngog tak boleh nak scorenya.
Memang percaturan yang baik. Sepanjang bermain, dia score banyak. Goal to game ratio dia, lebih. 5 kali main, score 9 bijik. Mengalahkan Torres. Season ni saja dia score 45 gol. Hebat kan? Anak kesayangan Benitez dan Sammy Lee.
Malaysia nak ambil dia main juga main International, tapi susah. Atas sebab Liverpool susah nak lepaskan dia balik. Dan sebab persefahaman tak ada. Dia kan tak boleh nak cakap Melayu. Nak mencarut marah dekat ref apatah lagi.
Kau baca ni, mesti kau macam pelik kenapa tak pernah dengar nama dia sebelum ni kan?Setahu kau, yang berjaya lepas main luar negara ada Titus James dengan Akmal Rizal saja, tu pun main kelab liga bawahan.
Jadi siapakah Mohd Rizal Mohd Zain yang aku maksudkan?
Dia pemain dalam Football Manager aku. Bernilai 35 Juta Pound.
Ini gambar dia. Comel kan? Rambut belah tengah, mungkin idola dia Tomok. Mungkin juga dia Rockensteiners, ahli fan club Faizal Tahir
Nak harap pemain Malaysia macam ni? Memang sampai kiamat pun belum tentu. Pui.
Kalah 14-0 dengan Thailand. Main futsal pun orang tak kalah banyak ni, bhai!
Walaupun itu hanya perlawanan bola sepak wanita negara, kita boleh nampak di mana duduknya Malaysia sekarang. For now and forever.
Dec 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 journeyed together:
Post a Comment