Dec 9, 2009

.percayalah

Selamat siang semua.

Petang tadi aku lepak sorang-sorang dekat mamak. Melayan perasaan kesedihan membayangkan esok cinta pertama aku akan jadi milik seorang macha dari Batu Gajah. Cinta pertama aku beb. Senang-senang saja mahu beralih tangan ke macha Batu Gajah. Siap jual murah pulak tu. Tapi nak buat macam mana, Puan Hamizah cakap kena jual jugak. Apa-apapun, Sunny, I sayang you sangat-sangat tahu?

Kepulan asap rokok memenuhi ruang udara mamak seraya mengikis dinding paru-paru aku senipis-nipisnya. Senipis lapisan ozon di Antartika. Membakar neuron-neuron dalam otak dan berbau macam bakar bulu ketiak. Harum. Menghornikan.

Tengah aku sedap melayan jalan pintas ke kematian, datang sorang brader ni. Naik Caldina, standard tak ada bikin-bikin. Pecut laju-laju, then brek erat-erat sampai bunyi "srett" macam cerita Gerak Khas. Park betul-betul depan mamak. Memang pailang sungguh.

Dia keluar, muka puas hati. Aku tak pasti dia puas sebab dapat berlagak brek bunyi "srett" atau awek dia baru berikan dia kerja tiup masa dia tengah drive tadi.

Awek cun. Berdada burung (baca : besar) dan pinggang ramping. Perut dia boleh buat pinggan hidang makanan. 35 24 36. Hampir mencapai figurina perfeksi. Para gadis, sila jeles dengan dia.

Muka boleh tahan lah. Ada iras-iras Fatine. Bukan awek tu, tapi brader tu. Bayangkan.

Rambut crew cut. Aku rasa dia askar pencen kot, then masuk skim cepat kaya. Muka memang ganas gila lah. Aku tak tau macam mana awek cun tu boleh terpikat dengan dia. Mata duitan mungkin.

Pakai seluar jeans BMW. BMW ada keluarkan jeans ke? Memang tak boleh cari makan lah Levi's lepas ni kalau orang kaya-kaya pun dah mula pakai jeans BMW.

Baju pun pakai FCUK. Quote dekat baju tulis "FCUK means Love". Menambahkan keganasan dia. Mafia-mafia Sicily dengan Palermo kalau nampak dia dengan baju tu, aku gerenti diorang sujud kaki dia mintak restu.

Rantai ganas. Silver lah, tak main emas-emas ni. Haram. Sipi-sipi nak rupa macam choker yang bulldog selalu pakai tu. Bau wangi. Aku yakin, bukan Burberry ke Bvlgari ori. Beli dekat Gerbang Malam kot. Macam ada sikit-sikit bau minyak attar.

Duduk macam bos. Order makanan mahal-mahal. Awek manja-manja peluk lengan dari mula sampai habis. Bodek lah tu. Ke sangap, ntah. Tak baik buruk sangka. Heh.

Sembang kuat-kuat. Gelak kuat-kuat. Nak bagi semua orang dengar. Sembang Melayu, biasa lah. Bisnes juta-juta lah, nak angkat AMG satu lah, nak bawak awek dia melancong ke Paris lah, memang macam orang kaya. Pakai pun handphone Blackberry Storm.

Kalau driver saja, mana mampu pakai Blackberry Storm, apatah lagi beli jeans jenama BMW kan?

Aku lepak saja perhatikan aktiviti dia. Aku memang suka tengok orang macam ni, sebab kalau silap sikit, memang jadi modal aku nak tulis dekat blog. Heh.

Sekali handphone Blackberry Storm dia bunyi. Handphone mahal dia keluar ringtone "Percayalah...kasihmu lama tersulam, di ruang paling dalam, terlalu jauh tak terselam"

Aku dengar, aku terus cancel Roti Telur, aku bayar air dan blah. Celaka memalukan korum orang kaya berlagak saja.

Siti Nurhaliza beb. Ini baru hardcore pailang.

"Srett"!

0 journeyed together: