Sep 7, 2010

.penyerahan tender

Selamat siang semua.

Setiap kali raya rumah aku mesti ada buat gotong royong secara paksaan beramai-ramai. Ini bermakna tugas-tugas akan dibahagikan secara sama rata, tanpa mengira pangkat abang kakak. Paksaan ini mandatori, kalau tak buat, boleh sampai disisih sanak saudara di pagi raya.

Biasanya setiap tahun tugas mencuci laman rumah akan dibagi dekat abang nombor 2 aku. Tugas mencuci dapur dan isi rumah untuk kakak aku nombor 2. Tugas cuci sawang tu biasanya bagi dekat kakak aku nombor 1. Tugas balik malam raya esok bangun terus capai rendang pulak bagi dekat abang sulung aku.

Aku, macam biasa, kena cuci semua tingkap yang ada dekat rumah ni, dan kerja sampingan buat semperit. Tapi memandangkan Puan Hamizah telah memalukan aku dengan membuatkan aku nampak macam pondan buat kuih raya dekat sepupu sepapat comel yang kalau ikut hukum hakam boleh dikahwini, tender tu aku tolak secara keras sepanjang 2 tahun ni. Biar kurang ajar, tapi jangan jatuh market.

Semua orang memang kena buat kerja dengan gigih, tanpa mengira penat lelah. Samping tu abang nombor 2 aku akan pasang lagu-lagu raya dekat pemain kaset supaya membangkitkan semangat kerayaan.

Masa arwah Encik Ariffin ada dulu, dia pun ada tugas dia jugak. Tugas dia duduk dekat atas kerusi sambil condemn kerja kami. Kadang-kadang ada jugak rasa nak simbah dengan air lap tingkap, tapi memikirkan duit raya yang bakal lenyap kalau aksi tu diteruskan, aku tahan.





Tapi sekarang yang celakanya tender-tender tu dah tak ada main bahagi-bahagi sama rata dah. Sekarang tender tu serah dekat aku sorang saja. Aku sorang.

Semua bukan main pandai mengelat balik malam raya lah, kerja sampai khamis lah, beraya rumah mentua lah. Mengada-ngada betul.

Sekarang aku nak sub tender kan tugas-tugas ni dekat korang. Tolong la aku weh. Please...

21 journeyed together:

cik tipikal said...

kesian lah kat kau...
nak tolong tapi keje aku pun byk... adik2 aku kecil, harap akak sulung dia je lah yang nak buat semua... apa kata kau upah indon atau bangla je buat keje2 kau?

Hellioz said...

msty lu tgh terseksa an?
gyahahahahahah~

kainbatiksaya said...

meh meh aku tolong., lagipun akut ak ada kerja ni. dok goyang kaki sambil minuk kopi kapal api. heh =.=

Anonymous said...

banyak tender lain lagi yang aku perlu uruskan...ni mesti bahana derhaka sepnjg dua tahun lepas taknak wat kuih semperit

Duniakuabstrak said...

semua itu mindset je..ko kena laksanakan tender2 tu dgn hati yg lapang..so keje2 ko smooth je la nanti

mindset je..

bleh mcm ni?

haha

Anonymous said...

buat semperit??? wowwwww!

syahira ariff said...

macho per org jantan gontel adunan buat kuih semperit
=p

Nurul Huda Rahim said...

haha. apa lg, kawen cepat, balik umah mentua. setel. keh keh keh.

Huda Luna said...

otak ketat :
haha aku rs x blk umah mentua sbb aku suka dok ipoh
so aku nnt jd menantu yg paling di sayang
hahahahha =P

tu lahhh kawen cpt nnt org leh tlg awk siapkan tender tu hikhikhik

black_mel said...

hahaha....xlama lagi ko la plak serah tender kat anak2 abang ko..

annadzirah said...

berapa nak jual tender?.

Nurul Ayu said...

haha..padan muka..padah anak bongsu...haha buat2 nanti tak dapat duit raya..

ENCIK TIKUS said...

padan muka kau

Anonymous said...

Itulah apabila adik beradik semua dah membesar, dah memulakan kerjaya dan keluarga sendiri. Wuuu sebak pulak terkenangkan nasib di masa hadapan -__-

Ariffin Janal said...

hahahahaha masing2 ade tender dahhhh~

cimöt said...

wawawa..sian giler weyhh kat ko..tp xdpek eden nk nolongnye..aq pon cm ko gakz bahana xkawen ag en..adussss..sumew ngelat..tp xpe weyh..ko tuntut wet rye manyak2 cm aq buat..

emak. bukan penari tiang said...

aku yang tak keja pun mengelat bagitaw mak aku hari khamis tak cuti..wahahaha..takut kena tolong balut ketupat.. :P

Anonymous said...

uh uh. memang tak ah.

Ainee Cumi said...

Ko bukan cakap nak upah aku ngan adik adik akuc at rumah ko ke weyh?

5069 said...

buleh...tp ko kene ingat, sekali perjanjian dibuat sampai mati takkan terpadam..da macam citer 'mantra' pulak..haha

PuanPepel said...

ko lmbt sub kan la..mak aku da sub kn dlu....

haha


selamat hari raya..maaf zahir dan batin..