Jun 13, 2010

.event lagi best dari Projek 400 Nuffnang

Selamat siang semua.


Akibat dari ketensenan yang teramat sangat masa nak check result exam haritu, aku buat satu event yang jarang orang buat dekat Facebook. Aku invite orang untuk join event Berak. Ini bukan berak secara individu, tapi secara berjemaah. Cuma tak la dalam 1 lubang tandas.

Aku invite sikit saja masa subuh tu, bila aku bangun ramai pulak yang pilih attend. Tak sangka pulak event macam ni boleh dapat sambutan ramai. Siap invite kawan-kawan diorang sekali tu.

Event ni untuk mendidik semua umat manusia, supaya tak rasa taboo sangat nak sembang pasal berak. Apa nak malu kalau cakap pasal berak, semua orang berak kot.

"Berak adalah satu amalan mulia. Berak secara berjemaah bukan saja membantu sistem pencernaan, malah meningkatkan kualiti kesihatan. Di samping itu ia juga boleh merapatkan silaturrahim sesama kita.

Jadi datanglah.

Beraklah anda sebelum anda diberakkan."


Itulah kata-kata hikmat yang ditulis untuk event Berak dekat Facebook haritu. Event dimulakan pada pukul 4.00 petang waktu Malaysia, bertempat di Tandas-tandas sekitar Malaysia.

Sebenarnya sebelum pukul 4.00 pun ramai orang dah mengadu dekat aku, tak tahan nak berak. Tapi berkat motivasi aku pada diorang supaya menahan najis dari terkeluar. Kemut, dan tahan sampai pukul 4.00. Ada jugak yang kelam kabut cari pisang, katanya nak melancarkan pergerakan najis.

Sebelum pukul 4, gadis-gadis penanggah dah standby dekat pintu masuk, untuk menyambut ketibaan Dif-dif kehormat yang akan hadir merasmikan upacara gilang gemilang ni. Antara yang menjadi perhatian Dr Rozmey yang bertindak perasmi acara dan penaja besar event ni. Ada jugak budak-budak kompang yang standby dengan lagu tema Jusmate5.


Hensem. Walaupun Abu Bakar Ellah seh, mak tetap laku.

Lepas je pelancaran, semua orang tanpa mengira faktor usia, bangsa, dan agama ramai-ramai berpusu-pusu ke tandas berdekatan untuk melepaskan apa yang patut. Masa ni aku syukur gila la sebab security buat kerja dengan baik.



Selepas aktiviti berak beramai-ramai, semua pengunjung diminta untuk mengkaji tahap kesihatan najis dan bontot, supaya pengunjung dapat memperbaiki cara hidup mereka.

Untuk aku, semestinya sihat. 3 kali sehari purata, kalau tak sihat jugak tak tau lah.

Peniaga paling berjaya masa tu adalah Paeh, dengan catatan keuntungan berlipat kali ganda dari berniaga di pasar tani. Semua orang berebut nak beli pisang dekat dia. Ada jugak yang mintak Sunsweet Pitted Prune, tapi hampa.

Event manager saudara Takamine Kuswadinata nama saja event manager, tapi kerja langsung tak buat. Marah betul aku. Manager tandas konon. Pui.

Lepas aktiviti beramah mesra dengan dif-dif kehormat, berlangsung konsert Berak For Life dari artis-artis terkemuka tanahair seperti M. Daud Kilau, Jaafar Onn, Latifp Borgiba, Haziq AF dan yang paling dinantikan Arif AF yang mendendangkan lagu-lagu popular mereka. Aril Af ni bagus, atas dasar semangat berak yang ada dalam diri, dia nyanyi sambil shuffle sambil berak. Semua orang kagum, termasuk aku.

Hangat diperkatakan di pihak media massa, sampai masuk suratkhabar.

Sehari sebelum event tu berlangsung pun, media massa sibuk cover story pasal benda ni. Termasuk mempromosikan artis yang akan hadir.


Berbaju melayu lengkap pun kalau dah sakit perut tu berak jugak.

Rata-rata pengunjung yang datang semua berpuas hati dengan event ni, sampai ada yang sambung berak di rumah akibat dari seronok sangat.

Event ni akan dilakukan sebulan sekali, diharap kau jugak dapat datang untuk memeriahkan suasana, dan memeritkan lubang bontot.

Ada jugak suara-suara sumbang yang mengutuk keras aktiviti ini dari berlangsung lagi, tapi salah ke berak?

Cuba kau tak berak 5 bulan, tengok macam mana rasa?

Keraih mikang kata orang Perak.

29 journeyed together:

Kuwe said...

apa cilake.
bagus. ada kemajuan. lagu ni ana suka.

gua scroll scroll cari gambar lu berak.

atiqahidrus said...

ish sigg. berjaya lah. knp x pakai tiket. nk msok kna byr.

annadzirah said...

aku bukan nak kata apa, tapi aku sukalah!.

hahak.

paeh said...

terbaik. nanti buat lagi. buat siri jelajah pulak!!!

NAZ said...

haha macam tak percaya je

Unknown said...

siao masuk paper haziq nk berak..hahaha..mantop..mne gmbr kenangan??aku nk tgk..ahahaha

Huda Luna said...

haha tgk la pic tu sape supply
kihkihkih

Epul Azimi said...

sori,aku terberak kt umah so takleh join event ni........

EJAY said...

aiseh... aku baca ni time mkn plak. wrong timing la beb. huhuhu.

Pojiepooh Abdullah said...

Sengal!

Love,
PojiePooh Abdullah

rammyd said...

nape lu tak letak gambo taik macam entri dulu? baru meriah sikit?

Aslina said...

weyy... aku lambat 54 minit 51 saat...

still bleh join kan...

wohooo...

whoii...tak berak sehari pun gua rasa pitam macam nak maki-maki orang... ni kan plak tak berak 5 bulan...

Anonymous said...

cakap kat orang surat khabar tu, english dia fail la.

lepas perkataan 'akan', verb mane boleh ade 's' kat belakang. so beraks tu salah tu.

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

wei cilakak time tu aku ad interbiu di radio la

bukan aku saja2 xnak wat keje

green said...

awesome! haha







next time aku nak invest.

Neyra Shazeyra said...

jangan lupa jemput aku nanti jadi admin lg. haahha

Unknown said...

hahaha..lawak la.pe bende ni..ish busuk la.

fezaL Mohd said...

ok .

CikMinahSayang said...

Hari tu taik aku warna hijau .
Banyak kali dah . Sejak aku lapan tahun .
Kalau nak masuk hari selasa lepas , dah masuk 8 kali .
Asal taik aku hijau ah ? Sihat eh ?

deus X machina said...

kah kah kah

Misshy Innz said...

lawak nye.
haha !
yg haziq tuh xD

ainasuhana said...

haha..
xleh hidop tanpe beraks..
hahaha

MissHyde said...

buat aku nak terberak la entri nih.wakakakaka

syaf said...

pundek betul...kejadah kempen yg korang buat ni ha...berak pon bley buat kempen ke? siap jemaaah lagik..memang lahanat..nape x bagi taw awal2...bley aku join sekaki

enyheartsdiamond said...

hahaha.. eny pelanggan yg memborong paling banyak produk dr rozmey :))

Ainee Cumi said...

aku benci betul lah kau ni! bak sini metobolisme ko tu..ko suwuh aku makan pisang, aku makan tapi result sama je..tak guna punya idola! ko bagi harapan palsu kat aku ehh...

Yuki Yusuf said...

haha..gua suka lu sigg

MrSup said...

wahaha.. nape aku x tau pasal event ni?? dah la dr yg rasmi, ramai lak artis yg hadir.. promoter tak buat keje la ni.. huhu

noorafzan.blogspot.com said...

aduh ecah perut aku baca lawak serius sigg ni.