Waktu-waktu cuti ni, semua kawan-kawan sekolah aku akan berkumpul sama-sama. Ya, kami masih contact sesama sendiri walaupun dah dekat 6 tahun tinggalkan sekolah. Persahabatan masih utuh. Sama-sama membutuh. Sekor-sekor perangai macam butuh.
Kawan aku sorang ni ada berniaga burger dekat area rumah aku. Sapa-sapa yang duduk Ipoh, aku rekomen kau try burger dia. Nama gerai dia Extravaganza. Burger macam biasa la ayam, daging, benjo dan hotdog, tapi yang paling rare Burger Extravaganza. Kenapa Extravaganza? Sebab burger dia besar gila.
Lebih kurang macam ni.
Besar gila kan? Siap free tupperware lagi kalau kau beli burger Extravaganza ni.
Jadi musim-musim cuti ni masa aku akan habiskan melepak dekat gerai ni. Dan kalau kau nampak ada budak kurus-kurus bermuscle tengah masak burger sambil hisap rokok, itu aku lah. Boleh juga kalau kau nak request aku masak, tapi warna burger akan jadi hitam legam. Mungkin abu rokok bersulam dengan ketidakpandaian aku jaga api.
Dan gerai burger ini cukup stylo. Ada laptop, dan ada wifi. Jadi kalau kau nak online sambil makan burger, datang sini dan bawa laptop.
Tuan punya kedai yakni kawan aku ada bawak laptop untuk semua pakai. Dan semua akan berebut tunggu turn nak online. Nak bukak Facebook lah, Fantasy World Cup lah, Redtube lah, Youjizz lah. Entah apa-apa. Aku kalau online, aku bukak SaifulIslam je.
Kalau sorang guna laptop, semua yang lain akan duduk tepi. Masa-masa macam ni lah nak bubuh password cukup leceh. Kalau macam aku tulis laju-laju tak apa lah, diorang susah nak detect apa password aku tulis.
Ada sorang kawan aku ni dia cuba nak login Facebook.
Keletap keletup dia tekan keyboard. Semua yang di sebelah tengok skrin cuba tangkap apa password dia nak tulis.
[Masukkan nama e-mail yang ganas-ganas]@yahoo.com
Aku tengok dia tekan huruf tab untuk masukkan password pulak. Mata-mata yang di sebelah dia jadi bundar tengok skrin, bulat macam mata Elly Mazlein.
Keletap keletup pelan-pelan tekan keyboard.
Dan di sebelah ruang e-mail dia, lepas @yahoo.com tu keluar huruf pelan-pelan, seiring dengan bunyi keletap-keletup dekat keyboard tu.
jiwanglove33.
Apa yang berlaku lepas tu, aku biarkan kau untuk berimajinasi sendiri. Cuma ada hint sikit, aktiviti lepas tu berkaitan unsur-unsur nasihat supaya tekan 'tab' tu kuat dan double check dah tukar tab ke ruang bubuh password.
Dia ganas? Tidak lagi.
14 journeyed together:
hahaah siapa lah agak nye?
kemey ke?
haha
shafirul sombong tak komen blog saya
ahhaa..password jiwang...hoho
password saya rahsia..
nk tau password gwa ape?
password : "password"
confirm xde org boleyh teka
gyahahahahahahahahah~
brilliant tak otak gwa?
eyh?
apsal gwa letak password gwa kt sini?
gyahahahahahahah~
huk aloh. kantoi terang-terangan. malu weh. nasib baek password aku macho. kah kah kah.
tak paham laa weh?
yelah tuh buka saifulislam jer. hahahaha
perenggan akhir tu aku tak paham la...(-_-")
saifulislam tu website ape???belog ekk???
HAHAHAHA..malu siotttt..patut la semua org leh detect password dia..
burger extravaganza harga berapa?
owhh....maksud ko
~ kawan ko tuh lelaki
~ name email giler ganaz
~ tapi password jiwanglove33
hahaha...sib baek bukan 69 ek...
tak pernah pergi tesco yang itu lagi.
tersemboq hinguih aku baca hang bukak saifulislam ja...haha
Post a Comment