Jun 29, 2010

.karma?

Selamat siang semua.

Pagi tadi aku bangun cukup awal. Musim-musim cuti campur bola ni kalau aku bangun lagi awal dari Tok Siak bentang sejadah untuk solat Zohor, memang cukup rare. Breakfast aku waktu orang makan tengah hari. Lunch time saitan tengah menyorok waktu Maghrib, dan Dinner waktu mamak tengah cuci lantai kedai dia. Hebat bukan?

Bila bangun awal ni, perasaan eksaited dia cukup tinggi. Biasalah, rare dia lain macam, rasa teruja dia cukup tinggi. Jadi untuk memuaskan rasa eksaited ni, aku pergi breakfast sorang-sorang dekat gerai laksa dekat Desa Aman.

Gigi tak gosok, muka tak cuci, terus start kereta pergi sana. Apa barang gosok gigi, taik gigi tu lah perasa tambahan ganti otak udang.

Pagi-pagi aku suka pergi kedai melayu sebab suka tengok telatah orang. Tambah-tambah yang kerja kerajaan pukul 10 pun lepak breakfast lagi tak reti-reti nak kerja.

Ada seorang pegawai kerajaan ni, sembang cukup pumpang. Cakap macam dia seorang saja yang hebat, dia sorang saja raja. Sampaikan jenama baju seluar pun nak berlagak dengan anak-anak buah dia. Itu baru pakaian beli masa sales The Store Jalan Kampar, belum beli Bvlgari/Raoul/Topman lagi.

Pakaian cukup rapi. Rambut sisir ke belakang berkilat. Aku kira-kira dia pakai tancho sebab angin tiup langsung tak getar. Kasut macacm askar nak pergi kawad. Agak-agak nak picit jerawat dekat muka boleh guna kasut dia buat cermin.

Antara ayat-ayat dia yang aku ingat sepanjang aku menikmati laksa tadi ialah;

"Ariel Peterporn? Ariel Petergay pun bolehh"

"Duit aku tak tau nak letak mana dah, banyak sangat."

"Bini aku cukup takut dengan aku, ni baru kata lelaki power" sambil dabik dada.

"Kereta aku tak main la barang-barang tiruan ni, aku kalau repair guna yang ori saja."


"Ni deme ni buang sampah kemain dekat depan rumah aku ni, aku nak nengok, kalau deme buang lagi harini, memang aku terajang terus. Main-main la dengan aku, ni orang Lambor wey, mana takut dengan apa-apa. Esok-esok jangan tanya kenapa kalau tangan kena libas dengan parang."

Lambor Kiri ke Lambor Kanan aku kurang pasti sebab waktu tu aku tengah cungkil taik gigi buat otak udang.

Aku bajet rumah dia area-area gerai tu je, sebab waktu dia cakap tu dia anak dia tengah lambai-lambai dia dari rumah seberang jalan. Sampah cukup banyak depan rumah. Aku fikir kesian jugak dia ni, kena dajal dengan orang.

Lepas selesai penat dia gebang, aku tengok dia balik rumah, dan beberapa minit lepas tu keluar dengan beberapa ketul sampah. Dia jalan pelan-pelan ke padang yang 100-200 meter dari rumah dia. Dengan tenang, dia parking sampah dia tepat-tepat sebelah jongkang jongkit.

Beberapa minit lepas dia balik, anjing 2-3 ekor datang aqiqah sampah beramai-ramai.

Dan di otak aku membayangkan, kan bagus kalau anjing-anjing tersebut aqiqah badan abang Pegawai Kerajaan tersebut.


Karma?



17 journeyed together:

otak ketat said...

aku paling benci tgk org buang sampah merata-rata. yg selalu aku tgk, org buka pintu kereta semata-mata nak lempar sampah tisu/kertas ke luar. huk aloh. tak bertamadun gila. menyampah je rasa.

Ainee Cumi said...

eee seram aku bayangkan abang tu kena pelahap dengan anjing-anjing tu..ko ni pun agak-agaklah..kalau abang tu lapah anjing tu takpe gaks weyh..

weyh! burger extravaganza tu kat mana? lokasi bukan nak gi tau kan? aku nak tengok gak abang kurus kurus bermuscle tu..bhahahaha!

Ries Lee said...

pasang telinga..
curi dengar..

@yuE said...

patot ler sembang pumpang....


kawan2 semeja dia tak kata apa pulak...nasib aku tak dak member perangai cam ni...


(-_-")

miss faten said...

betul kan?? org kerajaan kul 10 tak masuk masuk kerja agi. tau makan makan makan dan makan lagi =___=

mimi saidi said...

karma..mayb..

Huda Luna said...

teruk pangai buang kt tmn mainan
bkn nk buang kt tong sampah besar
huh

irahehe said...

hahaha..aku percaye karma@buat baik dapat baik.buat jahat dapat jahat.

reen_sofee said...

ko tinggal kat desa aman ke?
huhuh

Luth Textile said...

bila orang macam tu sembang iya iyakan je.. menyampah!

Farid MOFASAD said...

pppprrrrrrrroooooooouuuuutttttttt

annadzirah said...

orang kate, kalau kita gosok gigi malam hari pagi soknye nak makan xpayah gosok gigi pon boleh.
tu lagi khasiat.

aren said...

siot.kg aku kt lambor kanan.

cik helena said...

cait~cakap lebat macam popcorn!

intanurulfateha ❤ said...

heh, x snonoh weyh

DuniakuAbstrak said...

haha..kalo ko lawan sembang lebat ngan dia mesti dia kalah weh..igt dia paling lebat..ade lg lebat la..haha

hellioz said...

sembang pari
ramai je yg gwa jmpe cmni
gyahahahahaahha~