Mar 30, 2010

.aku benci April

Selamat siang semua.

Dalam banyak-banyak bulan yang ada dalam setahun, aku paling tak suka bulan April. Bukan sebab aku tak suka kena prank masa April Fool, tapi sebab Abah pergi bulan April.

Unexpectedly, itu yang paling menyedihkan.

Dulu masa aku Form 5, Abah pernah kena heart attack teruk.

Dia ni instinct kuat. Sebelum sakit lagi dah boleh agak. "Nami, you siap barang-barang I, kita pergi hospital cepat", kata dia sambil duduk atas kerusi, mengah-mengah.

Masuk kereta, tak sampai simpang jalan, dia dah mengah teruk.

Aku rasa itu lah saat paling mencemaskan dalam idup aku.

Tangan aku ni la yang genggam erat tangan Abah masa mama bawak kereta. Tangan ni la yang urut dada dia masa tu dengan niat nak bagi reda sakit dia tu. Mulut ni jugak yang tipu abah kata hospital dekat dah, padahal jauh lagi, supaya dia rasa tenang.

Ingat lagi masa dekat simpang jalan, traffic light merah. Mama tak boleh nak jalan terus. Bila horn banyak kali pun orang buat tak nampak je. Aku rasa macam nak dukung je Abah sampai hospital.

Masa sampai wad kecemasan, abah tenung aku, sambil cakap sangkut-sangkut, "Anak abah", sambil usap ubun-ubun kepala aku. Lepas tu dia terus tak sedarkan diri.

Masa tu aku dah redha and boleh terima hakikat dah kalau abah pergi time tu. Thankfully, as a strong willer, abah survived that.

Kaki ni jugak yang ulang alik depan Emergency Room, kerisauan, sambil tangan tak henti-henti call adik beradik yang lain.

Dia cakap, "Abah rasa macam lemas dalam air masa on the way pergi hospital". Kau bayangkan rumah aku ke hospital ada la dalam 30km, dan dia tahan nafas sepanjang masa tu.

Dan doktor cakap, "Thank God you made it at the right time. A little later than this and he's gone".

He recovers and live a healthy life, but yet he's gone the year after.

Qada' dan Qadar. You just can't beat that.

"Anak abah" - Encik Ariffin, 2005

230747-110407

5 journeyed together:

fitriah said...

:)

Anonymous said...

rndu pak teh. kecik2 dulu..dr jaoh dh bleh tau tu pak teh kalo dh dgr bnyik vespa die.

.Huda Luna♥™ said...

abah sentiasa dgn awk

annadzirah said...

aku ada abah tapi abah yang xpedulikan anak.
(:

allysum Vs Wn said...

oh.
sy nangis bc..
Al-fatihah tuk awk.