Selamat siang semua.
Situasi semalam.
Semua orang bagi pendapat masing-masing macam mana cara nak bunuh tikus tu kalau dapat. Ada yang bagi pendapat suruh bunuh cara kejam dengan jemur tengah panas, ada yang suruh bunuh sembelih tengkuk tikus tu, ada yang suruh bakar hidup-hidup, ada suruh salai depan rumah.
Aku macam biasa, suruh lapah kulit dia buat handbag, isi potong dadu buat satay.
Tapi semua tu ditolak, sebab katanya, kejam sangat. Sungguh tak berperikemanusiaan. Berdosa. Semua janji nak bunuh dia dengan cepat dan pantas, tak menyakitkan langsung.
Situasi pagi tadi.
Dalam pukul 5-6 tadi aku ada rasa macam benda duk main-main dekat tangan aku. Aku dah seronok membayangkan Maria Ozawa/Jaafar Onn tengah sedap urut badan aku. Nyaris-nyaris mahu capai ejakulasi. Tapi akibat dari mengantuk yang teramat sangat, aku tepis benda yang merayap dekat tangan aku tu, dan tidur balik. Mata tak bukak pun.
Situasi sebelum pergi kelas.
Bangun pagi baru sedar yang main tangan aku tu bukan Maria Ozawa/Jaafar Onn, tapi tikus!
Tikus dah selamat masuk perangkap. Aku goncang-goncang hentak-hentak sangkar tu. Seronok tengok tikus tu terkencing ketakutan.
Selain dia membelai manja tangan aku malam semalam, sempat jugak dia ratah kaki kawan aku sampai berdarah.
Situasi lepas habis kelas.
Balik dari lunch tikus tu sudah ada depan rumah, tengah kena jemur. Bayangkan lah panas dia macam mana.
Member aku ni yang kena ratah kaki semalam nak balas dendam. Aktiviti pertama jirus dengan air laju.
Situasi kedua, lumur dengan sabun.
Situasi ketiga. Bakar dengan lighter + ridsect.
Situasi keempat. Bakar dengan lighter + ridsect, tapi lama-lama. Dekat 10 saat jugak tikus tu kena bakar. Mencicit-cicit dia bunyi. Bau macam ayam kena bakar. Aku nyaris nak amek dia cicah kuah asam. Sedap oh bau dia.
Masih belum mati.
Situasi kelima. Jirus dengan air panas. Ini ultimate. Akhirnya tikus tu selamat jugak jadi arwah.
Kejam kan? Tapi memikirkan beberapa kaki yang dia dah ratah, dicampur dengan penyakit yang dia dah bawak.
Dicampur dengan kos mahal kawan-kawan aku yang kena pergi doktor cucuk elak dari kena meningitis, makanan kami yang dia gigit sampai makanan belum sentuh lagi dah kena buang, sampah yang berterabur setiap malam, kencing dengan taik yang merata-rata setiap malam, baju yang koyak kena gigit.
Memang kami semua puas hati.
Marah dekat kami? Silakan. Aku tak kesah pun nak kata kami kejam ke apa.
Ini pest, bukan pet. Sila maklum.
Mar 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 journeyed together:
Post a Comment