Mar 15, 2010

.rumah ni dah macam zoo dah

Selamat siang semua.

Betul. Selain budak gemok pemalas tau makan tido je macam Joni ni, rumah aku jugak ada binatang lain jugak. Aku sebutkan binatang saja ya, entiti paranormal lain aku tak nak sebut kat sini sebab dah cerita dah haritu.


Joni boy. Sampai sekarang proses menguruskan badan tak berjaya lagi.


Ini sugar glider kawan aku. Yang ni mak. Bapak dia pemalas dengan penakot. Asal nampak orang saja, pegi menyorok dalam tempurung kelapa tu. Dah la kuku tajam. Pernah sekali berdarah jugak lah tangan aku kena toreh dengan kuku diorang ni. Jadah. Ha dia ada anak 2 ekor baru lahir. So sapa-sapa yang berkenan boleh la beli dekat kawan aku ni.

Selain dari 2 ekor ni, ada beberapa binatang lain yang menghuni rumah aku.

Ulat buah. Ini memang aku bela dengan kawan aku. Memang banyak lah dalam rumah ni. Cuma bagi makan sepotong epal, dah gemok gila babi ulat tu. Ulat buah ni memang faveret sugar glider dengan Joni. Macam KFC diorang lah.

Semut. Pantang ada air bergula sikit, kejap je hurung minuman tu. Yang paling celaka dia nye laluan pergerakan sebelah tilam aku saja. Aku ni jenis tido suka peluk dinding. Dan tilam aku berposisi betul-betul dekat laluan dia. Jadi setiap pagi aku akan keluarkan semut yang terperangkap dalam telinga aku. Padan muka, rasakan radiasi taik telinga aku.

Lipas. Ini dah jadi macam kawan dah. Toleh kiri, nampak, toleh kanan, nampak jugak. Kalau nampak main pijak-pijak lepas tu campak dekat housemate yang penakut ya amat dekat lipas. Ada jugak ura-ura nak buat pertandingan larian lipas kudung, tapi sampai sekarang belum dapat penaja lagi.

Paling celaka sekali sekarang rumah aku ada tikus. Ini tikus jangan bawak main-main weh. Ini tikus jenis gigit kaki orang. Setakat kami tahu kewujudan dia, dah 3 orang kena gigit dekat kaki. Gigit bukan jenis gigit merasa, tapi gigit kunyah dan menikmati. Aku tengok kaki kawan aku, banyak jugak lah isi tapak kaki dia yang mengenyangkan perut tikus tu.

Memang tikus bandar betul lah, pancing dengan ikan masin tamau. Rumah dekat Ipoh aku pancing belacan saja dah dapat 2-3 ekor 1 malam.

Mungkin kehebatan tikus bandar kot, reti panjat tangga, reti makan biskut weetameal, reti makan megi. Haritu rilex saja dia panjat tangga depan mata kami. Tak boleh nak buat apa-apa sebab laju sangat.

Tapi kalau dapat nanti, aku lapah kulit dia licin-licin. Amek sos Heinz BBQ lumurkan dekat dia, peram beberapa jam. Lepas tu bakar buat satayyyyyy

Nyum-nyum.

2 journeyed together:

gunturina said...

Bro, jinak ka hedgehog tu?

Jual brapa baby dia?

asia said...

Malaysia mummy hookup connection available WhatsApp us +60145397129. You are welcome to agency sugar mummy hookup organisation in Malaysia. Sugar mummies are beautiful and rich women and single girls that need urgent hookup. We are the best agency in Malaysia and Singapore. Sugar mummies pay you RM8,000 per hookup everyday. This agency sugar mummy hookup organisation is legit, registered and approved by government. If you are serious and ready to meet sugar mummy in your location message me on WhatsApp +60145397129. Note: we connect 17YRS and above. We block stupid people. We respect serious customers. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’―πŸ’―πŸ’―πŸ’―.