Selamat siang semua.
Pagi tadi aku bangun awal untuk pergi kelas. Minggu ni aku determine taknak langsung ponteng kelas. Rasanya last aku seminggu pergi kelas full, time diploma kot. Mungkin ini juga salah satu faktor untuk kekurangan nilai CGPA dalam slip keputusan aku.
Jangan salahkan aku, salahkan telinga aku. Handphone yang berbunyi lagu rancak Klaxons - Atlantis To Interzone yang bapak annoying tu pun tak dapat membangunkan aku yang tido mati ni. Kawan-kawan aku yang tido dekat bawah pun selalu sound aku bunyi alarm aku annoying gila, tapi aku yang duduk betul-betul tepi handphone tu tak dengar langsung.
Kadang-kadang aku cuba jugak tukar pada lagu Gin And Milk, tapi masih belum mencapai nikmat bangun pagi dengan baik.
Sebelum tidur, aku letak tepi telinga. Bangun pagi, handphone dah pandai berjalan ke bawah tilam dekat kawasan terletaknya kaki aku. Sila ambil nota, aku selalu tido ganas. Jadi sesiapa yang bakal jadi bini aku, silalah bersedia. Aku rakus di ranjang. Heh.
Lepas mandi tadi, aku panaskan air. Gila orang putih lepak dekat verandah rumah hirup air kopi dengan pakai bath robe, sambil tengok matahari terbit. Sayang tak ada kerusi malas dengan suratkhabar saiz dulu-dulu dengan cigar terselit dekat tangan kiri. Dekat atas meja ada pulak caviar mahal. Fuhh memang rasa macam orang-orang kaya lah kalau macam tu.
Lepas sedap melayan syahdu embun pagi, aku bersiap ke kelas. Aku kenakan bespoke yang ala kadar saja. Nak pergi kelas bukan nak ke club pun. Cukup dengan t-shirt, jeans dan selipar jepun. Memang tak nampak langsung ciri-ciri pelajar tajaan JPA. Dekat kelas, biasalah, kalau minum pagi, mesti rasa nak kencing. Aku memang jenis macam ni. Kalau minum pagi, wajib kencing.
Jadi aku cepat-cepat pergi tandas. Sampai dekat tandas, aku tengok tak ada langsung orang. Ada makcik-makcik indon sedang tungkus lumus cuci tandas sebelah. Sebelum dia masuk tandas laki, baik aku cepat-cepat lepaskan hajat. Karang tak pasal-pasal makcik indon tu horny pulak tengok aku melampiaskan sisa-sisa pagi tadi.
Berak? Aku dah set dalam diri aku, tak boleh berak dekat campus. Tak selesa. Lagipun taik jadi segan-segan nak keluar bila masuk tandas yang dia tak biasa. Pemalu.
Aku halakan bahagian kote ke urinal. Masa ni belum bukak zip seluar lagi. Ambil mood dulu. Lepas dapat mood, aku bukak zip, cuba cari lubang celah boxer untuk keluarkan sikit kepala darth vader. Bukan apa, tunjuk sangat nanti orang kata berlagak pulak besar sangat.
Aku masih belek-belek cari bukaan celah boxer. Lama jugak aku mencari. Biasanya ada, kenapa kali ni tak ada pulak. Aku musykil. Aku lorotkan sikit seluar jeans aku ke bawah, untuk check bukaan dekat boxer tu. Lepas check, aku cepat-cepat tarik seluar, tuck in kan baju, dan cepat-cepat masuk ke cubicle. Malu takut orang nampak.
Celaka, aku pakai boxer terbalik!
Mar 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 journeyed together:
Post a Comment