Selamat siang semua.
Tipikal rumah bujang lah, takkan pernah ada ashtray yang betul. Selalunya ashtray dekat rumah aku akan dicustom-made dari botol plastik, tin minuman kosong, botol kicap, dan kadang-kadang lantai saja. Tapi yang paling extreme sekali ashtray rumah aku, dibuat dari mulut. Ini akibat dari pengaruh Bang Bang Boom lah, asyik nak prank orang saja. Kawan tengah sedap-sedap tidur, dipetik abu rokok dalam mulut dia.
Sampai sekarang, kawan aku tu tak perasan dia telan abu rokok. Bangun dari tidur tenang saja macam tak ada apa-apa berlaku.
Atau mungkin dia tau, dan menikmati rasa menelan abu rokok tu. Mungkin lah.
Balik pada tajuk, nak tau tak macam mana bau arak?
Aku buat entri ni, bukan untuk promosi arak ke apa, jauh sekali nak promosi barbican/istak. Ini untuk pengetahuan umum supaya nanti mudah untuk mengesan bau arak dekat kawan-kawan kau yang jenis kaki tonggang.
Cara dia senang saja. Bahan-bahan yang kau perlukan adalah air tin jenama Justea perisa Teh Hijau dan Pic yang dah diminum setengah. Beberapa titisan abu rokok, digalakkan puntung rokok tu pun dimasukkan sekali untuk menaikkan rasa.
Figura di atas hanya replika semata-mata. Untuk efek maksima, sila pilih yang warna Oren tu.
Dua bahan tadi diadun dengan sebati supaya rasa antara dua bahan tadi jadi 'ngam'. Biarkan adunan tadi terperuk di dalam suhu bilik selama beberapa hari. Jika rajin, tambahkan sikit perasa tambahan macam taik hidung yang dicincang halus, kuku kaki dan tangan yang diketip petang tadi dipotong dadu, dan akhir sekali dihiasi beberapa helai bulu pubis yang digunting nipis waktu sebelum sembahyang Jumaat tadi.
Blend hingga sebati.
Ikut sunnah Nabi, hari Jumaat kena gunting bulu-buluan, kan?
Lepas semua syarat dah diikuti, kau boleh berpuas hati dengan hasil yang dicapai dalam resepi tadi. Sebijik bau arak. Sebab apa aku tau bau arak macam mana? Sebab si opportunist dulu kaki tonggang. Aku selalu heret dia malam-malam angkat tido atas katil. Kalau tak, dia tido dekat rak kasut lah jawabnya.
Tapi masalahnya sekarang ni, macam mana aku nak tido kalau bau arak ni sebelah tilam aku je?
Sapa gampang sangat kasi tumpah ashtray ni? Pundek betul!
Mar 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 journeyed together:
Post a Comment