Mar 28, 2010

.marilah mencuba mee jenis baru dari jepun

Selamat siang semua.

Aku cadang nak tido sampai malam karang, tapi oleh kerana rumah ni panas, aku tido dalam keadaan berpeluh. Dah macam orang baru lepas tamat berjimak di ranjang.

Perenggan bawah ni mungkin jijik. Skip baca ke perenggan kedua jika kau sedang menikmati sesuatu.

Bangun, terus capai rokok dengan towel, dan macam biasa menunaikan rutin harian aku yakni berak. Komposisi harini sihat. Terapung. Mungkin sebab pengambilan diet yang bagus. Bukan senang aku nak makan ikut piramid makanan. Biasa cukup liat nak makan sayur. Jadi boleh nampak cebisan kangkung goreng belacan yang belum sempat dihadam di celah-celah taik.


Rajah 1 : Ini tanda tidak sihat. Lihat komposisi yang agak kecairan keluar dari dubur dia?

Lepas mandi, aku terus pack pakaian nak pergi hantar dobi. Dari baju sampai boxer sampai stokin, semua aku sumbat dalam pelastik. Memang pesen jenis tangan liat nak basuh baju. Hantar dobi lebih efisyen, terutama dalam kes membuang kotoran air duit.

Lepas setel dobi, pergi bantai beli Big Gulp dekat 7E seksyen 2. Ada 2 orang gadis sedang berkonversasi. Aku namakan sorang Gadis Tudung Ketat, dan sorang Gadis Nampak Lurah.

Tak hot mana, tapi kalau kangkang, semiliseken jugak kau terus terkam dia.

Gadis Tudung Ketat (GTK) cakap dekat Gadis Nampak Lurah (GNL), "Aku teringin nak makan makanan Jepun lah. Kau tau ada mana-mana tempat dekat sini ada kedai makanan Jepun?"

"Entahlah, Shah Alam ni aku tak familiar sangat. Tapi kalau kau nak makan Sushi, boleh kita pergi Sushi King dekat Mid", jawab GNL.

"Aku taknak makan sushi lah. Bosan. Aku nak makan makanan lain selain dari Sushi", Tegas GTK sambil tangan ambil Kotex Night Wing. Aku kira-kira dia sedang period sekarang ni. Tak pun belikan Pad untuk nenek dia.

"Habis kau nak makan makanan Jepun apa?", Tanya GNL sambil membetulkan T-Shirt dia bagi 2 tembikai susu dia masuk ke dalam balik. Tu lah, dah tayang tapi takut orang tengok. Apa barang. Maaf, bukan tembikai susu, tapi lebih kepada bijik rambutan.

"Ala aku nak makan apa nama mee tu, ala macam mee sup jugak, tak silap aku nama dia Mee Romen", kata GTK dengan muka serius.

*masukkan efek bunyi cengkerik

Aku tepuk-tepuk telinga kalau-kalau ada taik telinga keluar time tu. Mungkin aku salah dengar akibat dari pengumpulan taik telinga yang tersangat banyak.

Mata aku berpandangan dengan GNL. Iris mata kami makin lama makin mengecil. Langsung tak berkedip. Aku ada rasa dia macam malu dengan aku. Bukan pasal nampak lurah dia, tapi sebab Mee Romen.

Lepas taip entri ni, aku nak pakai kemeja, seluar jeans, sisir rambut kasi nampak kemas, cepat-cepat pergi kedai makanan Jepun terdekat.

Aku nak makan Mee Romen.


Rajah 2. Mee Ramen. Tak ada langsung talian persaudaraan dengan Mee Romen.

0 journeyed together: