Mar 18, 2010

.tips penjagaan gigi yang terbaik

Selamat siang semua.

Semua orang nak gigi dia cantik putih berseri kan?



Sejak dari kecik, aku memang diasuh untuk berus gigi setiap hari, 3 kali sehari. Itu hanya ajaran lah. Kalau ikutkan kisah sebenar, aku memang jarang sangat ikut ajaran tu. Aku memang tak berus gigi lepas makan, sebelum tidur pun tak gosok gigi, sebelum jimak apatah lagi.

Purata aku berus gigi sehari kalau ikutkan hanya 2 kali saja. Sekali waktu pagi, sekali lagi waktu mandi malam. Itupun kalau rajin lah. Ada jugak sekali saja sehari, kadang-kadang tak gosok gigi langsung pun ada. Ikut pada kerajinan tangan aku nak gerak atas bawah kiri kanan.

Lagipun sedap apa makan pagi kalau tak gosok gigi. Itu macam perasa tambahan untuk sedapkan lagi makanan. Agak-agak pagi tu makan bihun goreng dan kau rasa kurang rasa masin, kau hanya perlu cungkil sikit celahan gigi kau guna jari telunjuk untuk keluarkan sedikit penambah rasa.

Jangan risau, bahan ini natural, tak perlu was-was samada bahan ni boleh botakkan kepala ke tak. Ini bukan Ajinomoto. Warna saja sama kuning, rasa dia lain.

Masa mencungkil, amat bonus untuk kau kalau kau dapat cungkil seketul besar.

Kau rasa geli? Belum cuba belum tahu. Jadi sila cuba tanpa rasa was-was.

Pagi tadi aku terlambat nak ke kelas. Semalaman bertarung dengan nyamuk yang nak haram banyak gila sampai diorang semua orgy menggigit badan aku. Aku tampar belah kiri, kawan dia gigit belah kanan. Haih jadi badan aku merah-merah dengan lovebite yang dihasilkan dari gigitan manja mereka sekarang.

Oleh sebab lambat, aku kelam kabut nak mandi. Aku kalau kelam kabut, semua benda jadi kelam kabut jugak. Mandi pun aku multi tasking kan. Air pancut atas kepala sambil tangan kanan gosok gigi, tangan kiri sabun badan. Syampu? Ah persetankan. Tak ada sapa nak ciom ubun-ubun kepala aku pagi-pagi macam ni.

Ubat gigi pilihan aku memang jenis yang rasa pudina. Yang jenis sejuk-sejuk bila sedut nafas. Baru segar. Maaflah, aku dah lama tak guna kodomo lion perasa strawberry. Nanti orang kutuk malu walaupun sampai sekarang aku cukup suka makan ubat gigi tu buat jajan.

Tapi pagi tadi rasa pudina dia lain macam. Aku tengok komposisi warna dia pun lain dari yang lain. Biasanya, warna ubat gigi aku jernih-jernih putih, tapi kali ni warna dia gray kehitaman sikit. Ada beberapa ketul kecil benda warna putih.

Aku double check balik.

Patut lah warna dia lain macam. Baru aku faham.

Aku pergi bantai guna pencuci muka Mentholatum with scrub sebagai ubat gigi!

Nescaya lepas ni tak ada lagi pori-pori yang luas terbentang, black head, white head, dick head, dan segala macam head lagi dekat gigi aku. Perkara jadah ini jugak dapat membantu exfoliation pada gigi aku.

Bak kata pepatah Nona Roguy, Kejelitaan Adalah Hak Milik Setiap Insan. Baca ayat ini sambil kau sengaukan hidung.

0 journeyed together: