Selamat siang semua.
Ada orang tanya dekat formspring aku, macam mana aku cari inspirasi untuk menulis?
Bagi aku senang saja. By observation. Sebab dari observation, macam-macam kau boleh dapat. Contoh macam kes abang jeans BMW, makcik PHU551, abang hensem kuat judi. Kadang-kadang orang yang kita tengok normal, boleh jugak buat benda yang abnormal.
Aku juga suka observe orang keliling aku. Terutama Opah Timah.
So kena selalu alert lah. Macam pondan tunggu pelanggan. Lambat, tak dapat.
Mungkin itu kelebihan aku sebagai seorang yang pantas pandang setiap kali ada gadis hot/seksi. Luck, mungkin.
Aku jugak suka baca paper. Dari paper jugak kau boleh dapat info-info menarik, macam contoh dulu aku ada terbaca dekat Harian Metro duta Jusmate 5 , dia tulis "Scott Gritter dituduh mengirim rakaman video MELANCAP di internet". Bagus paper ni, bukan setakat tau iklan Jusmate 5 saja, nak tulis lancap pun sungguh sopan. Direct terus, tak ada sembunyi-sembunyi macam gunakan ayat onani sebagai alternatif lain. Patut aku buat entri tu, tapi sampai sekarang malas nak buat.
Rajin baca blog lain pun boleh jugak buat modal untuk buat entri baru. Tapi olah dengan cara sendiri lah. Jangan plagiat terus-terus. Karang tak pasal-pasal kena hentam dengan avid fans blogger tu.
Dan tipikal penulis, kau kena hiperbola sikit. Anggap macam tulis karangan masa sekolah dulu. Kena gembar gembur sikit. Baru sedap orang nak baca. Baru lah cikgu nak bagi A.
Tapi kau harus tau, aku BM dulu B saja. Sebab dulu aku langsung tak reti menulis. Kau boleh tengok dekat entri-entri aku zaman sekolah dulu. Pendek-pendek dengan bosan saja.
Aku suka selit-selit unsur humour, sebab aku tak suka baca blog sedih-sedih. Jadi aku pun tak boleh lah nak buat entri sedih-sedih. Sekali sekala boleh lah.
Aku jugak suka cakap lepas. Apa consequences lepas tu, aku terima saja. Orang kata, berani buat, berani tanggung.
Aku jugak buat note setiap kali ada idea dalam otak. Cuma masalah kalau idea datang waktu tengah berak. Nak meneran campur cuba hafal idea tu cukup payah. Mengganggu konsentrasi taik nak keluar.
Aku suka spontaneous. Aku tak suka kena paksa tulis. Nanti idea tak mantap. Entri jadi bosan. Entri-entri aku kebanyakan ada main idea saja, tulisan-tulisan dalam tu semua aku tulis apa yang keluar dari otak time tu. Tak ada main bubuh pengenalan, isi, huraian, klimax, peleraian, penutup semua. Spontan saja.
Jadi itu lah cara aku cari idea. Senang kan?
Mar 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 journeyed together:
Post a Comment