Jul 2, 2010

.melaka trip [day 1]

Selamat siang semua.

Kejut bangun pagi tadi mak aku guna cara paling efisyen, iaitu renjis muka dengan air panas. Feeling dia macam kau mandi dalam minyak panas. Cukup mengasyikkan. Sikit lagi aku nak pergi wad kecemasan zon merah tadi.

Bangun-bangun dah bising, marahkan aku tidur lambat semalam. Aku tidur lambat pun bukan sebab apa, google aktiviti-aktiviti menarik nak buat dekat Melaka jugak. Bukan aku layan Redtube pun. Koneksi internet guna Celcom Broadband kakak aku cukup laju. Aku bukak google pun aku boleh pekena bihun goreng 3 pinggan dulu, baru settle loading.

Masuk kereta, panaskan enjin, terus masuk MRR2. Jalan clear, itu satu-satunya kehebatan pergi vakation hari kerja ni. Langsung tak ada jem.

Dalam perjalanan aku makan tak henti-henti nak mengelak mengantuk. Itupun kadang-kadang aku tak dapat control diri, tertidur dalam beberapa saat. Sedar-sedar lori depan mata. Mak aku dengan kakak aku ni fesyen kalau aku ada, aku sorang je kena drive. Diorang buat apa? Mengangkang tidur. Bila tersedar bajet-bajet cakap macam orang putih selalu cakap, "Are we there yet?". Setiap kali kena aju soalan macam tu, rasa nak hangguk kepala dekat stereng bagi berdarah.

Sampai bandar Melaka, perut dah lapar. Cari restoran Melayu tak susah, tapi akibat dari jalan sini yang dari mula sampai habis one way saja ditambah dengan jam ya amat, perut lapar jadi triple lapar. Dah la dari pagi tak pekena nikotina. Buat apa serba tak kena. Rasa nak marah saja.

Lepas pekena nasik 2 pinggan tambah ikan goreng 2 ekor, kuah asam pedas yang kaw punya pedas, perut cukup gembira.

Bila perut dah kenyang, mesti cari tempat nak tidur. Jadi pusing balik keliling Bandar Melaka cari hotel. Stop pertama try Hotel Aldy. Nama macam cool, tapi hotel macam rumah tumpangan. Macam tengah-tengah malam karang ada pondan nak ketuk pintu bilik. Kalau tak ada mak dengan kakak aku, boleh jugak aku jemput masuk hidang teh panas dulu.

Dah puas keliling cari hotel, last-last jumpa jugak Hotel orang Melayu. Hotel Johan. Tak tau la Johan ni Johan bin ke a/l ke a/k ke, tapi berdasarkan signboard "Pasangan Melayu tak dibenarkan menginap jika tidak membuktikan sijil nikah" dekat depan pintu hotel, aku yakin dia Johan bin.

Siap bagi sejadah lagi, cukup Islamik. Aku jenguk-jenguk jugak kalau-kalau dia ada nak jemput berjemaah bersama, tapi hampa.

Masuk bilik, letak beg kemas-kemas, terus landing tak ingat apa dah. Sedar-sedar dah pukul 6.

Perut lapar balik. Aku sajes pergi makan ikan bakar dekat Umbai. Seriously, aku rekomen makan dekat sini, kalau kau pandai menghayati ikan fresh. Aku tengok mata ikan sekor-sekor langsung tak ada ciri-ciri ikan tak fresh. Mata bundar dan ceria macam Ellie Mazlein.

Ikan dia, cair dalam mulut. Lembut, juicy. Aku berani kerat kote lah kalau kata ikan dia tak best.

Lepas kenyang makan, macam biasa aktiviti rutin aku balik hotel untuk berak. Kasi kosong mana-mana tangki yang dah penuh. Lepas solat Maghrib [ya, aku solat, jangan pertikaikan], terus gerak naik Menara Taming Sari. Untuk yang mata gatal, aku sajes sini untuk mengorat gadis-gadis yang kerja dekat sini. Aku hanya ada satu ayat saja untuk describe diorang, mantap. Kalau laki yang kerja situ, err mantap jugak kot. Aku kurang pasti.

Dah feeling-feeling rasa macam burung, rasa nak pergi nak river cruise pulak. Cruise ni sepanjang sungai Melaka. Kau akan rasa macam pergi Venice, sebab bagi aku sebijik. Cuma dia buat style-style Malaysia sikit lah. Ada mural-mural dan grafitti zaman Hang Tuah dulu.

Satu je aku pelik, apsal dekat sepanjang river cruise ni langsung tak ada sampah? Tipu lah kalau dekat belakang rumah kau tak ada sampah kan? Langsung tak Malaysian kalau tak ada sampah belakang rumah.

Dan setiap rumah/bangunan yang ada sepanjang river cruise ni diorang kasi touch up balik supaya nampak cantik. Aku perasan diorang cat dinding yang nampak sepanjang river cruise ni saja. Dinding yang tak nampak semua penuh kulat dan kulapuk. Apa kedekot sangat ke cat ICI nak kasi cat 1 bangunan terus? Puan Hamizah boleh pulak bantai tertidur atas bot tu. Aku ingat dia suka benda-benda macam ni, tapi tanggapan aku silap. Mungkin dia lebih minat pergi main surfing kot.

Selesai hari pertama. Esok kakak aku cakap hari aktiviti bersejarah. Nak pergi Stadhuys lah, A Famosa lah. Dah macam lawatan sambil belajar.

Sekarang aku tengah asah pensel, dengan padam buku nota sejarah sekolah sebab esok nak guna catat nota. Harap-harap tak masuk periksa pertengahan tahun pasal lawatan ni. Heh.


Post Scriptum : Tak ada gambar sangat sebab aku malas ambil gambar. Mengantuk. Chalo betey.

22 journeyed together:

Huda Luna said...

hik hik ape la mama boleh tetido pulak
aisehhh

eh? awk ke yg drive? ari tu ckp x?
cis cis
asah bg tajam2 biaq tembuih habes ketas nnt

nnt p la cafe botanikal kt sn
cousin org keje sn

Ms. Qhayal said...

polis2 pompuan kt taming sari tu cun2 jgak.. awl taun ritu aku pegi diorang siap buat program menari lg kt dpn taming sari tu.dah la cun2.menari pakai baju polis plak tu

intanurulfateha said...

mata ikan mcm eli mazlin?
uishh takot ah nk makan
tamao pegi ah ;D

Nurul Ayu said...

kalau aku pegi makan kat umbai tu ikan dia tak sedap mcm ko cakap boleh aku claim balik tak kata-kata ko tu???

!!~miss kawaii~!! said...

wah !
i bgge jd owg mlake...
hahahaha...
tp an i xpnh pun nek menara taming sari 2...
river cruise pon lom...
g umbai ??
lg la x...
dlm mmpi je...
hukhuk...
:D

siggplus said...

@hudaluna
entah dia, orang tengah sedap2 layan cruise dia boleh bantai tido

ari g kl mmg la tak drive, tp tadi kena drive jugak.

tamau la g. bosan tengok bunga je. heh



@aren
polis menari? serious? ada buat tarian tiang tak? haha


@intannurulfateha
takot apa, comel kot


@@yue
boleh. nak kote aku cakap saja, aku boleh bagi. hahaha


@miss kawaii
ok cun, kau memang org melaka yg bgs ngn statement kau. ni aku nak tanya, kenal tak sapa ketua menteri kau? haha

Anonymous said...

haha. dok melaka mmg besh!
cuz mcm2 ade.
n ikan kat umbai pn mmg d bomb la!

Reen said...

hahahaha
lawak arr ko neh!
best ape g bangunan merah tuh!
aku pon tak penah sampai lagik neh!

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

ces pemalas amik gambar kunun

hipokrit !!!!


hahaha

MOFASAD said...

hati2 shafirul kat sana

Hellioz said...

larh!
lu gerak melaka vacation ke?
mantop2....

report kali ni markah penuh
eyh?
xpenuh
sbb xde gambar awek cun menara taming sari

kalau ade je,
gwa bagi full
gyahahahahahahah~

Unknown said...

best have vacation dgn famili..

LovelyMe said...

sepanjang 2 tahun aku blaja kat melaka, aku xpenah naek menara taming sari ngn river cruise tue.malas aku.hahaha..

tapi kan,ikan bakar kat umbai tue memang femes pon.haha,,

noorafzan.blogspot.com said...

menara tu saya tengok dari jauh je..
pegi time cuti mmg penuh je orang.

river cruise tu langsung x penah naik.
umbai?
penah dgr tapi x penah pegi gak.

eye on melaka tak naik ke?

andymanjoi said...

aku cadang hang pegi jonker walk waktu petang nak ke maghrib. best woo, ade pasar malam( rasa nya pasar malam dia hari jumaat-ahad je)...

kalu nak semayang maghrib jangan risau semayang je kat masjid tengah2 jonker walk tu, antik masjid tu(kalu hang nak semayang le)...

siggplus said...

@knue knue
tu la pasal. aku ingt kejap lagi nak pegi sana makan lagi. heh


@reen_sofee
bangunan merah tu aku pergi cuci mata tengok orang putih saja. haha. kt sana tak ada apa2 pun yg menarik aku selain dari benda2 lama dah lapuk


@kuswadinata
haha makan sorang sudah. mana boleh share gambar2 tu.


@farid
terima kasih gampang


@hellioz
yup, dah tu je destinasi yg dkt n macam best.
gua ada gamba tu, nanti kita lepak2 gua tunjuk. ok? skrg bg markah full dulu. haha



@ries lee
best, sbb lgsg tak guna duit. haha


@irahehe
rugi la kau tak pergi tempat2 tu. kena explore beb, baru hidup jadi bermakna


@noor afzan
tp since aku pergi workdays, orang tak berapa ramai. kalau kau nak guling2 atas menara tu pun boleh. heh

eye on melaka tak ada. skrg dia tgh ada masalah penyewaan.


@andymanjoi
malam karang aku mmg nak pergi pun. nak gak tgk2 apa yg org kata best sgt tu.

kalau hang semayang? ingat aku tak semayang ke? heh

NUR SYAFIQAH said...

hahahahha.. aku yg dok mlake ni pon xpnh nek river crise lg.. hahahah... hang p mandi2 kat wonderland.. cuci2 mate ko kasi bersinar blik.. waahhhh.. hahahah..

Liliyuli said...

kat umbai tu dah 5 kedai dah aku n family cuba rasa masakan dorang..harap2 abes la sume kedai aku try...hehehe

Verdict said...

tulis gaya macam penah pegi venice je..haha

Nurul Aziz said...

opah timah tak ikut sekali ke?

Tfaaaaaa said...

jangan lupe amik gambar pakwe kacak untuk tatapan gadis2.wakakaka

ps// gambar ko xnak

Neyra Shazeyra said...

takde gambar sgt? mmg takde