Jun 8, 2010

.macam ni aku takut lah!

Selamat siang semua.


"Salam, teman teman, sila delete gambar-gambar anda yang terdapat di facebook, kerana sekarang Israel dikatakan sedang scan body perempuan muslimah kerana pangkalan data facebook adalah hak milik Israel. Forward !"


Jadi apa lagi semua muslimah, body anda sedang discan oleh para Yahudi laknat, silalah delete gambar-gambar anda di Facebook.

Tapi, untuk pengetahuan semua, bukan Yahudi saja yang scan body perempuan muslimah.

Tadi masa aku makan, aku pun scan body gadis tudung baju ketat di sebelah aku. Pakcik lebai baru balik solat Maghrib tadi pun scan body Janda warung Kopi.

Jejaka Lombok pun sedang scan body gadis-gadis yang berpotensi dibawa lari ke Lombok.


Dari Mark Zucherberg susah-susah nak pegi cari 1-1 gambar gadis muslimah, baik dia pegi scan gambar-gambar fanpage pornstar, Aletta Ocean misalnya. Dah terang-terang bogel, tak payah susah-susah guna software kasi baju kurung/kebaya jadi seethru.

Mungkin juga Mark Zucherberg berfetish suka tengok gadis-gadis muslimah, mungkin lah. Itu hanya andaian.

Dan disuggest jugak anda tutup akaun di Facebook, dan bukak akaun di MillatFacebook, yang diuruskan oleh orang-orang IT Muslim.

Masalahnya, Millatfacebook ada ke Farmville? Airline Manager? Cafe World? Galacticos Football? My Empire? Nightclub City? Hotel City?

Kalau ada, mungkin Nightclub City diubah jadi Shisha City. Farmville takkan ada bisnes penghantaran hadiah Babi. Airline Manager diubah bagi boleh hijack oleh terrorist. My Empire mengisarkan Empayar Uthmaniyah sebelum diguling Mustafa Kamal Atartuk.

Sekadar andaian.



Dan orang Melayu saja yang kecoh pasal hal ni. Kenapa bangsa Islam lain tak ada?

Sebab Melayu cukup suka dengar khabar angin tanpa usul periksa. Serupa isu Crocs. Pantang ada rupa macam tulisan ALLAH sikit mula lah melenting.



Aku nak delete akaun Facebook kejap, gambar aku tengah kena scan Pak Yahudi ni. Nanti tak pasal-pasal gambar aku bogel keluar dekat Youjizz.

35 journeyed together:

NUR SYAFIQAH said...

hahahahhaha... bongok la ko sigg...

Huda Luna said...

bila fikir logik balik
selama org pernah buat sesuatu system

even customer delete data diorg
database still keep information tu

melainkan dia guna delete forever nye code

so bila fikir balik
lantak la
dia nk bogel pun bogel la

klu xpnh bogel di khalayak rmai buat ape nk takot

paeh said...

terpikir gak aku... hurmmm.... bahaya nii...

x-po said...

berlambak dpt email2 camni..sape caya mmg bodoh

-----------------------
Makin berumur, makin teruk perangaikah?

Hellioz said...

tu semua typical mindset
gyahahahahah

kan kita negara 3rd class minded
haruslah ade orang2 macam itu
gyahahhhaahahahahaahahaha~

cik panadol said...

kalo semua gmbr diorg da scan bogel, nnt sume pornstar da xdapat carik makan lg la...

sbb sume org pon da ade gmbr bogel masing2 dalam internet...korang pon lepas ni berstatus pornstar jugak la....hahaha

NAZ said...

hahaha logik

Unknown said...

kadang2 tu la, mmg melayu ni cpt sgt melenting
huhuh
aku bukan x peka isu mcm tu, tp baik berfikir dan soal siasat ape sebenanye yang dorg dok kecoh2 tu

siggplus said...

@nur
ok kau terang kt aku apa yg bongok. betul lah, baik berjaga2. karang gambar kena scan org yahudi kan susah. heh



@huda luna
exactly. sebab tu jangan upload gambar seksi dkt mana-mana social network.



@paeh
bahaya gila weh! cepat delete facebook kau sebelum jadi mangsa. haha



@x-po
amek kena sebijik. haha



@hellioz
tu lah pasal. aku pun tak faham. kata boikot yahudi lah apa lah, tapi makan jugak mcd, minum jugak starbucks, guna gak produk nestle. heh minda kelas ketiga


@cik panadol
jadi aku pun skrg ni pornstar la eh? hebat jugak


@naz
apa yang logik?



@ery farieha
yup. siasat dulu, sebelum tuduh. ni main serkap je. entah bila mentaliti macam ni nak berubah entah

Hellioz said...

tapi lepas gwa carik carik dan carik,
gwa da jumpe locus standi gwa on this case...

nanti gwa publish
gyahahaahahhah~

Reen said...

hahaha
serius ke weh?
cess
aku dah tak larat nak denga isu neh weh!
propa jaa tuh!

Verdict said...

manusia nie skali ketuk sudah menggelabah. biasa..

tak kira la kapir / islam.

millatfb atau gamba seghairah rozita che wan skalipon , kalau gamba terpampang kat mane sje org ley amek , kerat gunting dan tampal.

mot said...

aku nak software tu! haha..

deus X machina said...

zuckerberg tak bagitau gua pun....so chillax sudah...erk888

intanurulfateha said...

.hakhak
.dah try millatfacebook tu
.gile bpk lambat loading!

Nurul Huda Rahim said...

dah pulak. delete fesbuk sume kekwn. moh maen myrakan. erk? wujud lg ke mende tuh? kah kah kah.

Fitriah said...

orang melayu memang kecoh. nak2 bende2 kontroversi.

fndrocka said...

ramai je budak2 yang reti forward je..bila aku tanay kata tak tahu menahu..yang di atahu forward je buta-buta..

Latest Entri : Shahir Si Pencuri

fndrocka said...

**tanya..


typo pulak.hoho

redballerina said...

crocs tu mmg x boleh nak belah.ha haa

annadzirah said...

baek aku fikirkan masalah bintikbintik merah yang menodai tubuh mulusku ni dari fikirkan masalah laen.
boleh tak?.

5069 said...

aku nak letak gambar bogel la xyah dorg susah2 scan gambar aku kan?..bukan ape, aku dulu suka sorok senjata kat celah kangkang..hmmm..

Anonymous said...

gua upload gamabr bogel terus lah. takyah diorang susah-susah.

tidak dikehendaki said...

perlu ke nak delete? kalau henpon pun boleh retrieve balik gambar & video yang dah dipadam.. apa la sangat mukabuku tuh...

Khairi Mohd said...

salam

hehe. mcm mana nak scan tu. pelik2 betol!

Kuwe said...

Apa cilake?
Nanti i buat 1Facebook u join ya?

kehkeh.

black_mel said...

haha..mana link aletta tu?bagi la link..senang org search..

cik helena said...

typical mindset

gile ke hapa..nak gelak lagi ada ha ha ha ha

banyak kot nak scan satu satu ngee

siggplus said...

@hellioz
ok silakan publish. gua nak jugak tengok pendapat setan-setan macam lu ni. haha



@reen_sofee
melayu kan suka propa-propa ni. jadi kau nak percaya yahudi scan gambar kau?




@fiq
sebab tu aku nak delete gambar aku, nanti yahudi bogelkan gambar aku. aku takut sangat. hahaha




@mot
aku ada. nak? rm500 skali cd case. heh



@deus
dia tak bagitau kau? kau yahudi gak ke? hahahah




@intannurulfateha
millatfacebook tak ada farmville. kan tak best tu.




@otak ketat
myrakan? apa tu?



@fitriah
biasalah, sebab tu ramai tercongok depan tv bila melodi start



@fndrocka
forward buta2 tak apa, menyampaikan. tapi yang percaya tu, memang bengong.



@redplasticbag
aku pakai crocs, sebab tu aku tak kesah pasal ni, sebab aku belek2 langsung tak nampak kalimah Allah dkt logo tu



@annadzirah
ada bintik2 merah? nak tengok boleh? hahaha




@wong ah ian
aku sekarang ni pun sorok senjata celah kangkang. panjang, tirus. kena mata boleh buta oh. nak tengok? haha



@j. love
lu ada upload ke? apa nama fb lu? meh gua nak add friend. hahaha



@enciksedap.com
tu lah pasal. lain kali fikir dulu sebelum upload



@khairi
mungkin guna scanner printer. tak pun scanner kaunter pembayaran tu.



@kuwe
mestilah i join. semata2 untuk u sayang. haha



@black_mel
lu search saja. gua malas nak bagi link. karang tak pasal2 gua kena tangkap polis



@helena's
silakan gelak sama orang berminda kelas ketiga. haha

PuanPepel said...

haha... da abes tade koje gamaknye eh.... bila la pak yahudi ni nk insap...

ustaz sigg..sila g ajaq dorg..

Unknown said...

meow! i rela gamba i bogel dipaparkan! hehe.

Liliyuli said...

kalau gambar muka je tak nampak badan mcm mana pulak?

EJAY said...

nasib baik aku bkn org Melayu...
*stmnt bunuh diri

Razman said...

aku dah lama letak gambar bogel aku. tapi takde spe nak scan! aku kecewa.

Aizuddin Jaafar said...

Aku tumpang kecewa atas kekecewaan Razman.

Bagaimanapun, bangsa melayu adalah bangsa yang " amat prihatin". Jadi tak pelik pun.