Jun 19, 2010

.ramai jugak orang rindu aku ya?

Selamat siang semua.

Dah lama betul aku tak menulis. Rasa kekok gila babi. Balik-balik rumah haritu try on P1Wimax, tapi entah tetibe dekat rumah aku ni tak dapat pulak. Jadi aku ambil markerhitam, aku goreskan P1Wimax dan tukar jadi P1Kimax. Marah punya pasal.

Aku online kadang-kadang yang kau nampak tu, aku online dekat mamak saja. Free wifi, tapi nak update blog sangat tak puas. Ini pun aku tulis draft dekat dalam notepad.

Selesai mukadimah, mari aku mulakan dengan entri aku untuk hari ni.

Musim-musim bola ni, kita senang nak tengok karektor seseorang tu. Macam mana perangai dia, macam mana reaksi dia.

Macam haritu masa aku lepak mamak tengok bola, datang beberapa orang pakcik duduk meja sebelah. Pakaian cukup islamik. Pakai serban, baju jubah arab serba putih, ada mafla yasser arafat dekat tengkuk, dengan tasbih di tangan.

Aku kira-kira diorang ni baru balik dari masjid, sebab diorang tengok game pukul 10.00 malam. Bagus jugak diorang ni, ke surau berjemaah, tengok bola pun berjemaah.

Atas meja ada rokok daun. Dasar orang tua. Order air pun kalau tak kopi panas, teh tarik. Langsung tak nak rasa kemajuan langsung. Order la kopi jantan ke, bagi kuat sikit mana-mana yang dah lembik.

Bola pun bermula. Permainan bola tipikal world cup kali ni, bosan, posessive football dan long pass yang entah ke mana. Nervous macam haram. Kata vuvuzela punca lah, bola terlebih melambung lah. Bongok apa, bukan sebelumm ni main liga kampung.

Pakcik-pakcik ni sorang-sorang bukak serban. Mungkin cuaca panas, ataupun panas dengan aksi-aksi yang menghambarkan.

Semakin lama, semakin haram permainan. Aku tengok sorang-sorang pakcik muka kelat. Kopi panas dan teh tarik sudah tinggal separuh.

Masa-masa counter attack pakcik-pakcik ni memang cukup suka. Sampai ada yang berdiri. Aku senyum nipis tengok diorang. Semangat macam tengok James Wong score qualifying Olimpik.

Short pass tak menjadi. Long pass pun tak menjadi. Bila ada peluang nak score, dan-dan kaki buat palat. Melambung macam Wong Sai Kong tendang.

Aku nampak pakcik-pakcik ni kemarahan semakin membuak-buak.

Tasbih semua dah letak atas meja. Terlalu konsentret tengok bola sampai tak ada masa nak berzikir.

Ada sekali tu, team ni attack cukup cantik, tunggu masa nak rembat saja. Sekali rembat melambung.

Tiba-tiba terpacul ayat dari mulut salah seorang pakcik berbaju jubah arab tu. Ayat yang biasa aku kenal. Ayat orang-orang muda.

"Babi! Macam tu pun tak boleh score ke?? Gampang!!!"

Sambil hempas tangan dekat meja. Tasbih bergetar-getar akibat dari tenaga seismik yang dihasilkan dari hentakan padu ke meja.

Semua orang mata dari tengok skrin TV beralih ke pakcik berbaju jubah. Suasana sunyi. Suara cengkerik dari lalang berdekatan kedengaran sayup-sayup.


Perlahan aku hirup tongkat ali jantan yang tinggal saki baki. Sambil fikiran jauh mengelamun, memperbaiki tanggapan aku yang salah tadi.


Mereka bukan dari masjid ni, tapi tipu bini kata pergi masjid. Tak mungkin orang masjid perangai macam ni.


Dasar takut bini.

26 journeyed together:

intanurulfateha said...

.ingt huda luna je rindu kau ;p

Fitriah said...

betul. tak mungkin orang masjid camtu. haha

nn said...

bahahahahaha. naik seh kot tengok bola.

x-po said...

hehe lumrah org tgk bola, mmg camtu, tak kisah la org camne pun

-------------------------
Filem 2 Alam: Dr Rozmey gila atau waras?

Yatre Hayati said...

hahahaa...mesti terkejut giler kan masa dengar pakcik tu cakap macam tu.

Verdict said...

bhahhaha..
masa korea selatan vs argentina lagi best.

ade pompuan pakai tudung agak2 histeria jerit frust bile bola ke 3 bolos gawang korea...satu kedai mamak penuh pakcik2 stare macam nak laser je. hahaha

Neyra Shazeyra said...

1. kopi jantan tuh modelnya dlu adalah tokki ku. kuat betul. jantan terserlah.

2. wong sai kong? nama bos aku. ahh tidakkk! aku dah resign

3. semalam aku tgk bola di kedai. dan ya, ada situasi2 di atas. hahaha

joonie-girl said...

cett hampir ttipu.. takguna btl ya tipu bini mcm tuh

Anonymous said...

Order la kopi jantan ke, bagi kuat sikit mana-mana yang dah lembik. -

ngahahahahahahahah...

noorafzan.blogspot.com said...

hoho..
ayat x voelh belah..
ilang terus 'kewarakan'..
saba je la..

ezdevon said...

lalu sni,,,nice,,,visit mine klu free,,

Phantom said...

Tu lah ! Habis nilai serban,tasbih tu

meo188 said...

helo bro!!!!!!

Marrzie Anna said...

ayah aku gi masjid.

takde la pkai jubah, bwk tasbih.

bila tgk bola pun takde la membuak sampai jadi cam kes pakcik jubah tu..

low profile. hahah

syahira ariff said...

stylo la pacek tu
dia nak sebut barbie la tu
kata pemain bermain mcm barbie
kau yg salah dgr kot
wakakaka
XD

*bsangka baik

khaulah said...

aiseh pak aji..

Dina Zakaria said...

lorrr..tengok bola pun sampai kena tipu bini ke??adoiiyyaiii

Anonymous said...

lu tak baik sangka diorang takut bini. diorang pun manusia jugak. oklah jugak jadi ahli masjid..



ciss apsal gua baik sangat ni?!?

siggplus said...

@intannurulfateha
aku lagi la rindu dia. kau ni pun. hairi tak rindu kau ke? haha


@fitriah
tapi tak boleh tolak kemungkinan kan?


@nn
naik seh tu apa? sori bahasa baru aku kenal. heh


@x-po
tu lah. dari elok2 yg kita kenal tu tikus, bila time bola jd singa.


@yatre hayati
bunyi cengkerik sudah menunjukkan macam mana semua tergamam. heh


@Fiq
aku bajet tu bukan sokong korea sangat pun. semua gara2 terpengaruh tengok cerita korea, tambah lagi suka tengok super junior.


@neyra
1. nak suruh dia buktikan boleh?
2. betul ke nama dia macam tu? tah2 betul dia tu wong sai kong yg aku maksudkan
3. itu normal


@zither
demi tengok bola, kerat tali pusat pun sanggup


@r u s y d a
apsal kau gelak? standard la dah tua semua benda jadi lembik. hahaha


@noor afzan
aku harap lepas tu dia beristighfar banyak-banyak. lepas bola pegi buat solat tahajjud supaya terang hati. haha



@diyana
mungkin serban dengan tasbih tu aksesori. macam kereta, tak ada pewangi kereta macam tak kena.


@meo188
hello? tak reti bagi salam? heh


@purple is love
bagus lah macam tu. dari yang aku tengok tu, buat malu saja


@syahira ariff
haha apsal kau tetibe bersangka baik ni? nak baca blog aku kena jadi orang jahat lah.



@nawal
aku harap dia belum menunaikan haji


@deena awanis
gila kau tak tipu. nak kena tido luar? bini2 sekarang cukup suka prasangka buruk. karang tak pasal2 kena tuduh pegi dangdut.


@j.love
ok ini fakta dari lu yang gua macam musykil keluar dari hati lu.

mana mungkin lu baik macam ni. haha

Reen said...

hahaha
gile rock pakcik berjubah tuh!
hahaha

Reen said...

hahaha
gile rock pakcik berjubah tuh!
hahaha

Neyra Shazeyra said...

nak suruh tokki aku buktikan apa? HAHAAHAHHA

Anonymous said...

ye. mereka bukan ahli masjid :)

Ainee Cumi said...

ahahahaha! teringat aku dulu kerja kat cyber cafe budak2 pakai baju melayu datang cafe tiap2 hari jumaat..ceh! menipu mak bapak..aku gelak sinis dalam hati, aku dah tekad anak aku nanti aku hantar sampai depan pintu masjid...bahahahaha! yang aku tak tahan ada mak tu tau datang cc aku lepas tu anak dia kena piat kang telinga..aku tau ko pun mesti dulu berperangai nakal macma tu kan sigg?

ismishahril said...

aku rasa, diorang dgn bini memang pergi masjid.

tapi lari masa sujud, buat buat kentut.

aemy said...

hahaha.., mmg lawak2 la..
ade ke tipu bini camtu..
kantoi plak pakai jubah tapi mulut cam sial...
wat malu je.. hahaha~