Sep 24, 2008

.banyak, ramai

Selamat siang semua.

Ni entry ke 30 aku untuk bulan ni. Tak pernah aku capai banyak ni dalam masa sebulan. Dulu sebulan 1 je. Kadang-kadang sampai berbulan-bulan baru dapat 1 entry.

Orang cakap kita kena selalu buat entry baru. So idea tak berkarat. Aku setuju.

Lepas aku selalu update, idea datang melimpah ruah. Rejeki.

Banyak yang aku nak cakap dalam blog ni, cuma aku tak punya banyak masa untuk menulis. Dan aku sekarang amat sibuk dengan assignment yang berlambak-lambak serta final project yang due selepas raya.

Aku tak tau macam mana aku nak siapkan semua dalam masa yang singkat ini. Raya kali ni tak best, lagi teruk dari masa SPM dulu. Aku raya semasa SPM. Kali ni aku dapat bersuka ria sekejap sahaja.

Aku nak kembali ke zaman aku sekolah rendah dulu. Raya sungguh bermakna pada aku.

Sekarang tak lagi.

Abang aku tak balik raya pertama sebab beraya rumah mentua dan Encik Ariffin pun tiada. Sunyi tanpa suara lelaki dalam rumah.

Aku terpaksa jadi ketua keluarga untuk raya kali ni. Bosannya. Kena beli lemang semua. Kena layan tetamu yang aku jarang atau tak pernah jumpa.

Bila aku ada masa untuk main meriam buluh?

9 journeyed together:

Tijah said...

kalau ko dah berani ajak anak dara org kawen, bermakna ko dah terlalu tua utk main meriam buluh.

hahahaha

yg benar,
puteri buluh perindu

siggplus said...

hahaha..
xkire nak main gak..
nak rasa mcm budak2..
enjoy je raya..
huhu..
puteri buluh perindu?gila xley bla..hehe

Adexx Boxx said...

hahahaha hilang idea nak komen baca puteri buluh perindu...perrghhh...wei tak main dah meriam buluh..lani meriam kelapa... 2kilometer boleh dengaq!!

NieZearm said...

aku sokong k.jah...

siggplus said...

pkp : xmaen la meriam moden ni..xda feel raya ah..meriam buloh jugak bes..ngee

niezarm : kadang-kadang kita nak rasa muda masa raya... aku pasti kau juga suka main mercun masa kecik2 kan..

Tijah said...

salam aidilfitri. maaf zahir & batin kalu ada salah silap selama kenal. 0-0 yer. raya jemput la datang ke rumah di sbn, n9.

lotsaluv,
kjah, carlos & cem

siggplus said...

salam aidilfitri jugak akak.
maaf zahir dan nordin..ngee
datang rumah?dekatnye ipoh ngn seremban..huhu..
insyaALLAH ada kesempatan saya g k

lop said...

slmt ryer bro! Sje singgah blog anda..=]

lop said...

slmt ryer bro! Sje singgah blog anda..=]