Sep 16, 2008

.tauhu ke, topu ke, takua ke, sama je..

Selamat siang semua.

Pernah baca berita tentang penyerbuan MPKJ ke kilang tauhu di Kajang? Mesti tau kan. Ala yang dia guna air berlumut untuk proses tauhu dan kilang tuh kotor dengan tahi anjing dan lalat tuh.

Aku tau ramai yang suka makan tauhu. Nak nak kalau buat masak lemak kan. Tapi aku lain. Aku tak pernah suka tauhu. Bagi aku rasa dia pelik. Banyak-banyak benda lain aku dah makan, tauhu still top ranking aku makanan paling tak sedap. Benda-benda pelik yang aku dah makan ialah jantung pisang cicah sambal belacan (sedap!), mengkudu (pahit tapi boleh terima) dan ulat Sarawak (rasa susu, tapi sedap). Dan benda berasas tauhu pun bagi aku semua tak sedap, macam tempeh, su'un , dan taufu fa.

Kalau aku order megi goreng dekat mamak, aku akan mintak tak nak tauhu. Aku tak nak bila aku makan nanti aku terkunyah. Dan rasa itu akan spoil mood aku makan.

Blog ni dah jadi macam blog kak jah pulak kan. Haha.

Aku mahu buat special front yang anti tauhu. Kami akan menentang pemakanan tauhu di dalam dunia ini. Mungkin ia akan jadi sehebat Greenpeace.

Aku benci tauhu.

4 journeyed together:

Adexx Boxx said...

alaaaa...sayang oiii...awat la hg benci sumber protein yg tinggi lecithin tue? ko ada kes ka ngn tauhu tue? atau soya??? atau pak mat tempe?? emmm aku suka mkn taufu ngn air gula merah...tersengguk2 aku mkn, air soya pun aku minum pekat2....mau2 yg proses sendiri...

ishhh kita dah kena rasuk ngn KAK JAH nie!!!

siggplus said...

tah..xsuka..xedap..
soya boleh trima ckit2..
tp tah, lidah ni xley trima rasa dia..

kak jah la punca cite psl mkn2 ni..hee

Tijah said...

tengok tu. ahkakkkk jugak yg salah. hahahaa..apa lagi yg merangsang orgasm berganda selain makanan???

siggplus said...

ye betoi2..
untuk kita mknn la..utk pkp yang meransang orgasm dia tomoi..hehe