Sep 26, 2008

.pulang

Selamat siang semua.

Semalam hari last aku berbuka di Penang. Tadi sahur terakhir. Pukul 10 nanti aku akan bertolak balik ke Ipoh.

Puasa dekat rumah satu saja yang best. Boleh mintak apa kita nak makan. Boleh borong makanan dekat bazaar tanpa perlu fikir bajet. Petang ni aku nak pergi bazaar terbesar dekat Ipoh. Borong semua.

Seronok? Sikit saja. Seperti entry lepas, aku sudah cakap raya kali ni bosan. Ya bosan. Tak ada Encik Ariffin. Tak ada abang kegemaran. Kakak balik malam raya.

Aku tak shopping raya pun lagi. Tak terfikir. Kalau rotate baju raya (bukan baju melayu raya) tahun-tahun lepas, agak-agak orang perasan tak? Baju melayu kakak aku dah belikan. Aku mintak dia beli. Hehe.

Pakai baju melayu dengan skinny jeans boleh?

2 journeyed together:

Perempuan Kalis Peluru said...

adek ku sayang..bukan mangeta yg bonkarkan rahsia..akak sendiri..dah bosan hidup sembunyi..nak gak kuaq beraya..hehehehe

siggplus said...

haha..bagus2..ingtkan magenta bongkarkan..dia kan mama juwie..haha..
neway selamat beraya ok?nanti nk dekat2 raya kite wish betoi2