Sep 10, 2008

.rindu abah

Selamat siang semua.

Bila baca blog perempuan jomblo, saya sebak. Teringat Encik Ariffin. Oleh itu saya tulis pasal dia hari ini.

Sepanjang hidup saya dengan Encik Ariffin, saya tidak pernah lihat dia marah sangat-sangat pasal benda kecik. Hal tu kerja Puan Hamizah. Encik Ariffin lebih tenang. Typical lelaki, tenang dalam semua hal. Bila aku kantoi ponteng mengaji, dia diam. Bila aku kantoi dapat result masa sekolah dapat corot, dia diam. Bila dia dapat tau aku merokok, dia diam. Mungkin kerana dia perokok lebih tegar dari aku, aku tidak pasti.

Tapi ada satu kali tu aku buat kesalahan terbesar dalam diri aku. Dia mengamuk habis. Berbirat habis badan aku kena dengan batang mop. Sakit tak dapat digambar. Seminggu aku tak dapat berjalan dengan elok. Belakang badan, ada kesan kena libas dengan getah paip. Sampai sekarang masih ada. Kalau orang tanya, aku jawab selulit. Dan selepas itu aku marah sangat dengan dia. Ye la kan masa tu zaman tengah rebellious. Sekarang, aku berterima kasih dekat dia. Kerana itu lah aku tidak akan lupa kesalahan yang aku buat tu.

Dia sayang.

Kalau dia tak sayang, aku takkan jadi manusia berguna macam sekarang. Kawasan perumahan aku ghetto beb! Kalau hisap dadah tu, depan-depan je tak payah nak berselindung belakang rumah. Curi-curi pecah masuk ni dah macam perkara biasa.

Tapi dia bijak. Dia masukkan kami ke sekolah-sekolah di bandar.

Aku pernah dengar saudara sekampung aku dulu cakap buang masa je hantar kami sekolah jauh-jauh. Dia boleh cium bontot aku sekarang. Anak dia, dengan anak Encik Ariffin sekarang, jauh berbeza. Kami lebih bertamadun, kerja lagi bagus-bagus. Bukan nak bangga, tapi it's a matter of fact. Kalau kami dihantar ke sekolah cabuk dekat rumah kami tu, pasti kami sama je dengan saudara sekampung itu.

Sejak kecil, Encik Ariffin tatang kami bagai minyak yang penuh. Anak dia diberi pakaian mahal-mahal. Susu first class. Makan sedap-sedap. Dia seorang yang berfikiran jauh. Tetapi satu saja yang kami tidak dapat masa dulu. Kami miskin, jadi semua terbatas. Namun Encik Ariffin tetap berusaha bagi semua pada kami. Makan, cakap aja apa mesti dapat. Walaupun ambil masa yang lama. Kalau nak makan KFC, kena tunggu birthday Angah baru dapat. Angah ni dulu kesayangan Encik Ariffin. Bijak.

Alhamdulillah kami berjaya ( Aku hampir, Insyaallah). Sekarang anak-anak dia semua dah ada kerja bagus. Gaji rm2k ke atas. Masa ni, adik beradik yang dah kerja balas balik pengorbanan mereka. Mereka semua sudah merasa belanja Encik Ariffin dan Puan Hamizah.

Aku tak sempat.

Encik Ariffin pergi 11 April 2007. Tuhan lagi sayang dia. Aku harap dia di atas sana tersenyum tengok anak-anak dia berjaya. Itu yang dia mahukan dari dulu.

Puan Hamizah ada cakap kat aku sebelum Encik Ariffin pergi dia pernah cakap yang dia nak ada anak dia yang jadi engineer. Aku masih ke jalan tersebut. Aku mesti berusaha ke jalan tersebut. Aku nak buat Encik Ariffin senyum lebar sampai ke telinga.

Abah apa khabar? Baik? Baca paper Star ke kat atas sana? Sekarang bulan puasa abah. Makan semua sedap-sedap. Walaupun semua tak sama lepas abah takda, adik still cuba untuk dapatkan ritma yang sama masa abah ada. Puasa kali ni adik ponteng sekali. Silap besar kan abah? Sorry.

Abah, adik sayang abah sangat-sangat. Sorry adik tak sempat nak bagi abah apa-apa. Abah pergi cepat sangat. Adik tak sempat nak tengok abah sebelum abah pergi.

Adik rindu abah. Adik rindu lullaby yang abah nyanyi kat kami masa dulu. Adik rindu nak peluk abah masa naik motor. Adik rindu nak pergi makan tengah malam dengan abah. Adik rindu dengan lawak bosan abah. Adik rindu nak hulur tangan salam abah, cium tangan abah. Adik rindu dengan bantal busuk abah. Dah puas adik cari tapi tak jumpa.

Abah jaga diri baik-baik tau. Jangan ngusik budak-budak kecik kat sana tau. Cinta sejati abah rajin sedekahkan bacaan Quran untuk abah. Adik rasa setiap hari. Kenyang abah kat sana.

<3 Encik Ariffin

7 journeyed together:

Huda Luna said...

org pn rindu abh..
x pnh sempat jumpe pn...

tingin sgt nk jumpe...

Tijah said...

akak speechless! sob! sob!

siggplus said...

huda : dia pon nak jumpa awk..dlu dia ckp awk la yg dia nak wat menantu..wlaupun dia xknal awk..skrg tinggal angan2 je..

kj : :~(

Huda Luna said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Adexx Boxx said...

kaklong rindu bapa...
dulu bapa paling sayang kaklong...
sekarang bapa dah tak dak...klong harap bapa bangga dengan pencapaian klong...

al-fatihah untuk OUR HERO...All the greatest dad in the world!

siggplus said...

yeah!semoga mereka ditempatkan di tempat orang-orang beriman ye..amin..

kita buktikan, kita tunjukkan yang kita sayang diorang dengan jadi anak yang baik!hee

sHa said...

sedeh.
T.T