Mar 30, 2010

.tak baik buruk sangka agama orang lain

Selamat siang semua.

Aku dah remove Disqus, harap semua bergembira.

Pagi tadi aku pergi site visit dekat Senawang. Pergi tengok kilang precast concrete. Seronok sebab aku memang suka pembelajaran jenis real life ni. Setakat belajar teori dalam kelas, memang haram nak masuk otak.

Kilang ni, kalau ada budak-budak engineer perempuan kerja, aku berani bet takkan sampai sebulan lah. Tengok pada kondisi kilang dia yang hancur, dengan heavy work dia, paling lama pun 2 bulan.

Ramai pekerja, tapi semua batang. Aku tak nampak langsung yang selain dari batang. Dan orang yang kerja atasan situ semua tipical construction exec - gemuk, buncit dan botak.

Aku pun tak tau kenapa, tapi memang fakta lah. Semua yang aku penah jumpa bahagian construction ni - contractor, engineer, supervisor, mesti memenuhi salah satu kriteria tu. Tak gemuk, buncit. Tak buncit, botak. Tak pun, combo.

Masa tengah seronok dengar cerita engineer tu, pundi kencing aku penuh gila. Memang tak tahan sangat.

Aku cepat-cepat lalu celah-celah gadis yang kerumun keliling engineer tu, lepas tu pergi arah belakang kilang.

Sign ke tandas jangan harap nak jumpa, ingat ini public places?

Ada 2-3 orang India tengah buat mould concrete dekat belakang kilang tu. Tekun tapi mulut tak henti cakap. Sembang apa jadah pun aku tak faham. Biasalah diorang ni, kalau cakap biasa pun dengar tonasi macam tengah gaduh.

Aku dekat dengan diorang dengan harapan nak tanya.

"Hallo macha, mau tanya, sini mana toilet?", aku tanya pada salah sorang India tu.

"Assalamualaikum....", jawab India tu sambil hulur tangan nak salam.

#masukkan efek cengkerik

#masukkan efek guruh berdentum.

Slow-slow aku hulur tangan sambut salam dia. Rasa macam nak cium tangan dia masa tu.

Perasaan dia, macam kena panah petir atas kepala.

Harammmmm......

20 journeyed together:

Huda Luna said...

haha

india muslim la tu

Anonymous said...

ahahahhaa.
pesanan kepada amirul taj (macha), jangan terasa weh.

:P

nn said...

hahahahhahahahahahhaha :DDDD

Reen said...

hahaha.
hamek kau!
sentap.....
hahaha

Berd said...

Ramai pekerja, tapi semua batang.

kahkahkah.
celaka punya ayat. memang selamber anjing.
wakaka

pasal ko kena petir tu gua taknak masuk campur. ekeke

lumut said...

elok kene petir bg terencat sikit mesti lepas ni lg best entry bile otk terencat kan?=p

5069 said...

lu la yg buruk sangka..x baik doh..haha

Unknown said...

sentap kau.
ehehehe

gadis sebelah pintu said...

pergh. menusuk!

chokio_nia said...

haha..waslam la len kali jwb..

singkong panggang said...

ak pon penah kena.

ak kata, "wey"

patu dia jawab, "assalamualaikum"

patu ak jawab, "waalaikumsalam"

patu dia kata, "oh islam rupanya."

ak rasa nak flying kick kpala sendiri.

annadzirah said...

patot tuka tajuk entry.
.tak baik buruk sangka warna kulit orang lain

lupa.
assalamualaikum.

T_T

deus X machina said...

tu la asal hitam je ingat hindu
teruk betul perangai
erk888

Unknown said...

padan muke! hahaha!

Fitriah said...

hahaha adoi.

yey xde discus da.

Cheese Monster said...

mau cari doa penenang ke? selongkar la pak gugel.

dengan wajah kau yang ciput kat profile tu, dah dapat bayangkan sigg boroi+buncit+botak mcmane...

stoberycoklat said...

kenpa ko remove Disqus??..
hahaha skali muslim daa...kan da kena...wakaka

|.a.r.i.e.z.a.| said...
This comment has been removed by the author.
|.a.r.i.e.z.a.| said...

waalaikumsalam..
wajib jawab tu weh.. haha u jgn main. klu u cium tgn dia, mcm2 bau minyak u leh bau kang :p

macha_sezs said...

mesti ada yang gatal nak petik nama gua jugak. gua agak dah.

heh.