Aug 9, 2010

.glory hunter tipikal

Selamat siang semua.

"Semalam ada orang nak kencing aku."

Kata rakan sekursus aku masa tengah sedap-sedap nak setting bantal untuk parking kepala. Baru 5 minit perlawanan sumbangsih berlangsung. Dah sedap-sedap empuk kepala, aku tanya balik rakan sekursus, "Sapa kencing kau?"

"Ada sapa tah mamat tu, nak jual jersi Man Utd tak ori. Ingat aku bodoh sangat ke?"

Bentak rakan sekursus sambil hirup teh ais kurang manis. Aku jeling tajam. Hirup-hirup jugak, pandai order pandai la bayar balik. Hutang piutang tak boleh buat main, rm1.20 pun boleh sampai bunuh-bunuh.

"Apa yang dia nak tipu kau?"


"Ingat aku bodoh sangat ke, aku kenal la baju Man Utd macam mana. Ada ke dia nak jual aku jersi yang ada tulis iklan AON. Aku ni true Man Utd kot nak tipu-tipu aku. Cibai betul."

Tegas dan serius, sambil hirup air lagi.

Aku hanya mampu jawab "Owh" sambil gelak dalam hati. Ilmu berperangai elok bila pergi rumah orang masih tersemat dalam diri. Kurang ajar melebih karang, tak pasal-pasal aku kena halau.



Tak apa lah rakan sekursus, aku halalkan saja teh ais kurang manis kau.


Tipikal Glory Hunters.



12 journeyed together:

deus X machina said...

dan dan lak reka cerita time m.u menang

hellioz said...

ini lawak....

gyahahahahahahahahahahahahahah

x-po said...

adeh, awat ko tak balas blk bro? maki je trus lagi bgs dari gelak dlm hati hehe

Rasuah polis atau tak? RM300 atau RM50? Pilihan anda?

Mr. Schomey™ said...

glory glory man united. jom nyanyi sekaliiiii. wahaha

AyuE SurihanyOt said...

aku tak dapat cam pon baju tu ori ke tak...ada org kesah ke??

CERITA LEBAT said...

MAN U SEMESTER INI DITAJA OLEH TM!GUA ULANG "TM"..OKE BAI

MOFASAD said...

peminat manyu semua tak tahu apa... hahaha

Fhad said...

halalkan kan jela sigg.. aku ade sedikit revieaw dan gambar ko dekat blog aku.. hahahaha

otak ketat said...

haha. symptoms2 awal takpat terima kenyataan jersey baru man u huduh.

lalink7 said...

glory Man u..xpedulik la jersi2 nie..pkai baju pagoda sudey..hohohoho =p

fndrocka said...

Jersi tak true xpe...tu semua duit punya hal.jiwa true tak siapa tahu.hihu

ishiko said...

ko nih.. sekali sekale halalkn je larr.. 2kali 3kale baru lo ko bekire..hehehee..