Semalam, semua perancangan baik.
Aku dah siap-siap comfirmkan pinjam motor member. Baju pun dah siap-siap hantar dobi, so pagi dah ada baju untuk pakai. Boxer memang pakaian dalam, tapi kalau dah 3-4 kali recycle pakai memang menempa sifilis.
Aku janji dengan diri malam semalam sebelum tidur, esok mesti bangun awal. Mesti siap-siap sebelum pukul 8 pagi.
Kelas encik Abdul Aziz Samson tak boleh tertinggal. Aku suka dengan bahasa slanga Britpop dia. Macam Noel Gallagher ajar Calculus dekat depan.
Kunci jam pukul 7.15. Tutup lampu bilik. Baca doa tidur. "bismikallahumma ahya wa amut" terpacul dari mulut waktu kelopak mata dah 80% nak tertutup. Berkat didikan agama Puan Hamizah, ayat tu jadi ayat lazim aku sebelum tidur, selain dari "Pundek la internet tak dapat" akibat dari koneksi internet yang mintak terajang.
Cuaca agak panas. Aku tidur berbekalkan bantal busuk seketul, dan boxer sahaja. Baju entah mana aku campak. Kalau pakai baju aku yakin mesti berpeluh macam malam pertama.
Beberapa minit lepas tidur, aku tersentak. Rasa macam tak selesa sikit. Badan jadi seram sejuk. Aku toleh tingkap, tak tutup rupanya. Bunyi anjing menyalak bersahut-sahutan. Mungkin anjing jiran belakang rumah nampak sesuatu.
Di hujung tingkap, samar-samar aku nampak kelibat sesuatu. Yang biasa aku lihat, dan tak mahu lihat.
Rasa tak selesa tu masih ada menyerigai seluruh tubuh. Ada satu tempat di tubuh yang rasa tu cukup tak selesa.
Aku hulurkan tangan ke tempat tu. Berdegup-degup jantung aku bila cuba menyentuh. Sahutan anjing makin galak.
Aku beranikan diri. Hujung jari sampai ke destinasi yang dituju. Rasa takut yang menyelubungi diri semakin dalam.
Aku garu.
Celaka punya nyamuk, memang menempa maut gigit skrotum aku.
16 journeyed together:
malam pertama pakai baju ka?????eyhh??
alaaa. gigit2 manja. boleh geli2. keh3
macam terbantut nak layan porno..haha
Nengkak lah skrotum tu?takleh proses air man lah kan
hahaha. nyamuk memang nak tempa balaaa kan. :D
nyamuk pun pandai target tau~~~ =P
orgasmic sangat sampai tergigit. hebat tak hebat lu ni.
sengal...
gyahahahha~
heh atal nye nyamuk!
ceit!
cerita kau makin lebat
jaat nye jamok didit
pup puk dia
hahahaha...nyamuk tu bru nk mnje2 ngan ko...
wei..
klaz td ade kuiz dowh...
isnin nie pon ade kuiz lg..
tutorial yg dia bg tue kena hntar gak isnin nie..
bg siap suma..
k..
tu je..
ko stim x nyamuk tu blowjob ko?
saspender citer neyh..
ci!
barangkali nyamuk dah dapat detect darah dah byk tertumpu dan terkumpul kat bahagian situ.
"yeay! lubuk darah!", sahut nyamuks.
well done nyamuk!
lorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...hahahahaa
Post a Comment