Aug 24, 2010

.testis

Selamat siang semua.

#tidididit, tidididit

"Ok time's up. Please make sure you've stapler all your answer. Write your name and your group."

Lecturer dah kelam kabut nak mintak kertas jawapan. Apa yang kelam kabut sangat entah, waktu lunch bulan puasa takkan nak drive through McHakim Lunch kot.

Kertas jawapan aku masih ada lagi 1 jawapan tak berjawab. Bukan taknak jawab, tapi agak kucar kacir jugak lah nak tiru orang depan belakang kiri kanan. Apa guna ada kawan bijak-bijak. Itu kita namakan konsep profit sharing bak kata orang-orang MLM.

"Submit all your paper sheets in 3 minutes or else I won't accept your test paper."

Ayat lecturer memang suka main ugut-ugut.

"Ah lantaklah. Malas aku nak tulis dah."

Aku bermonolog dalam hati. Aku bangun, pow stapler kawan, dan tulis nama serta group.

Dalam kepala nampak katil saja. Dalam masa 48 jam baru 2 jam tidur memang tak bagus untuk otak. Jangan salahkan aku, salahkan Chuck Season 3. Sapa suruh buat cerita best sangat.

Aku pack pensel, pembaris, dan kertas lebihan masa jawab test dan masukkan dalam beg. Keluar kelas, semua buat-buat pandai nak compare jawapan test nak tengok sapa betul. Aku tengok dari jauh saja tingkah laku konon pandai diorang ni. Katil dah memanggil-manggil.

Aku tengok jam. 1.20pm. Kelas seterusnya pukul 4pm. Masa ni aku patut guna sebaik-baiknya untuk qada waktu tidur yang tergendala.

Sampai rumah, terus kiok.

#2 jam 50 minit lepas tu.

"Ok now I'll explain to you how concrete deterioration affects the concrete durability. Everybody have their notes right? Take it out now."

Aku bukak beg, keluarkan kotak pensel, dan beberapa helai kertas nota fotostat. Dalam helaian kertas fotostat ada beberapa helai kertas lain tersisip dalam tu. Berstapler, dan bertulis "Test 1".


#Scene seterusnya diteruskan dengan aksi aku merayu-rayu dengan lecturer supaya terima kertas test aku tadi.


"Bukan taknak hantar, terlupa miss. Sumpah!"


17 journeyed together:

Atiqah idrus said...

yela tu terlupa. hoh

Puteri Nurhafizah said...

Ya rabbi ... so cmner terima tak rayuan kau tuh?

Vanilla Popsicle said...

haha! dia terima tak?

hairunnisa said...

aiyoo...leh lark terlpe anta..
tu la...sebok ingat katil...
kan dah jd begitu..
so how ur lec??
accept it?

Huda Luna said...

adoiii boleh lak mcm tu

lecturer tu amik x ketas tu

raina said...

xmau komen entry..cuma nk bgtau aku dah folo hang..and dan baca blog neh sampai 2008 ja..aku addicted tp aku tepaksa mekontrol..okeh! Aku dah folo! Phew!

deus X machina said...

siswa zaman 1Malaysia...cenggini lah

محمد زهراوي said...

hahahahhahaha..kesian2..tp tajuk mmg seswai dgn situasi..ahaha...saya bersimpati..adehhh..hahaha

MOFASAD said...

siswa terbaik lahir dari uitm

contoh sudah ada

Ann said...
This comment has been removed by the author.
Ann said...

tu lah layan citer lagi..dh otak xleh berpikir ngn betul..len kali buat lagi k...hehe

black_mel said...

hahaha....hope dia percaya kalau ko pegi merayu pakai baju kemeja lengan panjang dan berkolar..

AyuE SurihanyOt said...

haha...lain kali cukupkan tido dulu derr...

afiqsiddhartha said...

itu baru tengok chuck punya penangan! Kalau tengok simpsons entah apa jadi kertas tu aku pun tak tahu

me, nelly said...

bile da tgk cite chuck, keclumsy-an chuck tu pon dah jangkit.
adoii..

abeh camne?? test je pon, blom final.. ;p

noor afzan said...

agaga..
betul ke 2 jam 50 minit tu ang tidur.
ke sibuk betulkan jawapan.
tapi kalau betul2..
memang sadisssss~

Anonymous said...

gila ah!abes tu die terima tak?