Aug 14, 2010

.bernikah dengan tuhan?

Selamat siang semua.

Kelmarin, lepas waktu berbuka.


"Jom?"

Tegas budak rumah aku, lengkap berkain pelikat satin, baju melayu pink dan bersongkok baldu jenama Pak Mat Songkok. Full set macam nak pergi bernikah. Itu belum tengok capal Nabi dekat berandah rumah lagi.

"Pegi mana?"

Jawab aku tenang sambil hembuskan asap rokok Winston Merah. Berbuka puasa kalau makan boleh tunda sampai lewat malam, tapi rokok tu wajib jadi sajian berbuka. Abu rokok aku petik dalam plastik polisterin berisi tepung pelita RM2 5 biji rasa manis nak potong kaki. Mazhab adab mana aku belajar petik abu rokok dalam makanan entah.

"Terawih la, jom?"

"Terawih apa pakai macam ni? Macam nak pegi menikah je", tanya aku dengan nada sinis dan bersahaja.

Puntung rokok aku tekan dekat tepung pelita RM2 5 biji rasa manis nak potong kaki. Puas. Orang nak berniaga, dia pun nak berniaga jugak.

"Aku nak pegi menikah dengan Tuhan, takkan tak boleh pakai cantik-cantik kot? Jumpa kekasih boleh pulak pakai cantik-cantik."

Sinis dan menusuk kholbu.

Dengan serta merta aku rasa macam ada benda berat jatuh atas kepala. Berat ya amat. Air liur rasa tebal nak telan. Kelat dan payau. Aku yakin perasaan ni bukan efek dari nikotina, racun tikus, atau pewarna yang dibenarkan.

Aku pandang pakaian aku. Jeans lusuh 3 bulan tak basuh, t-shirt ungu koyak di bahagian ketiak, dan boxer kepam seminggu.




Cepat-cepat aku tukar baju melayu lengkap, sematkan kopiah dekat kepala, ambil handphone dan hantar pesanan ringkas dekat Huda Luna Moonfang, "You, I pegi terawih tau. Lepas ni you jangan bising-bising I pakai baju serabai waktu dating."





44 journeyed together:

MOFASAD said...

gua nak tanya, tadi agak-agak lu terawih dekat mana?

boleh gua teka?

Plaza Alam Sentral mungkin?


pilihan muktamad

Huda Luna said...

macam tu ai pun serabai jugak

siggplus said...

@MOFASAD

terawih tu sunat, jadi kalau kita ada benda lagi penting nak buat, tak berdosa kalau abaikan terawih.

contohnya, teman orang nak beli cable usb to usb.

Ery Farieha said...

syukur alhamdulillah
:)



ngeh3~
habes due2 serabai je nanti dating
:P

Huda Luna said...

parit :

bukan lu pun terawikh dekat PAS jugak?

then hailam kopitam
kihkihkih

siggplus said...

@Huda Luna

gadis-gadis mana boleh pakai serabai-serabai waktu dating. kan tak menghornikan.

siggplus said...

@Ery Farieha

serabai antara pasangan kekasih tak apa, tapi kalau dengan Tuhan tak manis.

MOFASAD said...

@siggplus

ok. aku tak kisah sangat pasal tu.. yang aku kisah. kereta aku pun tempat bermanja2...

maksiat di mana2..

nanti dalam kubur susah juga nak berkata..

masyaallah

siggplus said...

@MOFASAD

kadang-kadang bila kita berdiam diri bila kita lihat kejadian maksiat, kita jugak terikut sama berdosa.

syubahah namanya.

seelok-eloknya kita sampaikanlah tarbiyah barang sehelai kata-kata dakwah.

MOFASAD said...

@siggplus

nak kata nanti cakap

"sibuk je"

itu gua tak suka dengar..

maklum lah... sudah 2004 hari...


subhanallah

siggplus said...

@MOFASAD

astaghfirullah farry.

alfitnatun asyaddu minal khad.

sesungguhnya fitnah itu lebih buruk dari membunuh.

fikir-fikirkan, dan selamat beramal.

Huda Luna said...

ohh paritt begini ye kamuuu

panggil erk888 kang hahahhahah
mau kah?

MOFASAD said...

@siggplus

itulah manusia... bila kita berkata2 camtu..

banyak alasan diberikan..

ermmm

dunia

oh dunia

cik panadol said...

hahaha...sma gak kes ngan pompuan...

kuar dating pakai cun2...tp bila nk solat, pakai telekung yang dah berbulan2 tak basuh...

kuar dating pakai baju nk corak2...tp bila solat pakai telekong bercorakkan tahi lalat yg dah sebati dengan kain tu...

bila nk raya, beli baju berpasang2...tp nk beli telekong sehelai pon tak boleh...

AyuE SurihanyOt said...

menikam dikalbu..

|arieza| said...

haaa baru terasa umpama lori 20 tan jatuh hempap kepala? :) tu mujur hempap kepala yg kt atas leher tau! hik~ u pose cmne? ok? :) happy ramadhan!

Mr. Schomey™ said...

orang nak berniaga, aku nak berniaga jugak. wakakaka

black_mel said...

selamat bertarawih...
rugi tepung pelita tu..gelap2 leh gak bubuh lilin..

Berd said...

dah la. sifu dok layan parid saja sekarang ni.

nak berserabai juga la sebab sifu bukan tengok gua pun.

afiqsiddhartha said...

sigg, aku rasa mesti kuih tepung pelita manis gila sampai nak potong kaki tu sebenarnya tak menepati piawaian kuih tepung pelita. Aku rasa lah.

jane said...

hahahaah
kelakar

tp mmg betol, nak jumpe bf or gf, bukan main lagi bergaya berwangi2an tapi bile nk jumpe Tuhan, siot pakai biasa2 jer

yg sadis, ada yg tak mandi n tak bersuci pon

>.<

slmt pose sigg n luna

J. Love said...

tak gatal-gatal ke badan pakai boxer dengan jeans tak basuh? tak paham gua lu orang ni.

Pekerja Kontrak said...

terbaik..... memang terbaik....

fiQ said...

hehe...amik sebijik....betul la kita depan manusia nak nampak sempurna sedangkan depan Dia kita macam ambil smabil lewa...

kita lagi amik berat tentang penilaian manusia terhadap kita...


tp lupa penilaian Dia lagi bermakna...

selamat berpose sigg...

kimsalam huda..ckp ngan dia jangan serik call aku,.haha

neyra shazeyra said...

pergh

siggplus said...

@cik panadol

situasi ni sama dengan kakak aku, tapi bab2 telekung busuk la.

dah kena maki dengan mak aku pun cool lagi.

siggplus said...

@AyuE SurihanyOt

sangat!

siggplus said...

@|arieza|

haha bongek. posa so far ok, tak sahur pun boleh tahan smpai berbuka. happy ramadhan too!

siggplus said...

@Mr. Schomey™

aku dah tau trick baru, kalau nak beli makanan jangan beli dkt kedai budak2 muda berniaga. tawar!

siggplus said...

@black_mel

tepung pelita dgn pelita tak sama ya! jangan buat andaian sendiri. heh

siggplus said...

@Berd

kesian anak murid. sifu nak didik parit nilai2 murni geng BB dulu, sebab sifu tengok dia macam kurang didikan lagi.

lepas dia grad nanti, sifu kembali menyayangi kalian semua ok?

dah kesat hingus tu

siggplus said...

@afiqsiddhartha

memang pun. masak ikut suka saja. nanti kalau kompelin bagi alasan bulan puasa tak boleh try rasa.

try rasa pala hangguk lu

siggplus said...

@jane

tak bersuci? maksud kau mandi wajib?

siggplus said...

@J. Love


macam tu baru dikira hot. apa barang keluar dating tak garu2 sana sini

siggplus said...

@fiQ

erk terasa aku. haha

selamat berpuasa jugak :)

siggplus said...

@neyra shazeyra

pergh2 apa? terasa? haha

intanurulfateha said...

Aku pandang pakaian aku. Jeans lusuh 3 bulan tak basuh, t-shirt ungu koyak di bahagian ketiak, dan boxer kepam seminggu.

geli T_______________T

peh, lepak hailam x ajak
benci sey


baguslah lu da pndai g trawih
jgn asek nk mengawan pastu kete goyang3
keh keh keh

deus X machina said...

kau dengan mofasad memang selalu ek buat siri bercakap depan cermin?

wong ah ian said...

"kau dengan mofasad memang selalu ek buat siri bercakap depan cermin?"


ayat deus dan aku tambah sikit


"sambil garu telo"...

reen_sofee said...

sentap mak nokk!!
hahaha
huda luna balas ape wehh?
hahahhaa

siggplus said...

@intanurulfateha

nak ajak kau buat apa, bukan kalau ajak kau nak belanja pun. heh

keta goyang2? lu jangan ungkit kisah lama, tak baik.. hahahaha

siggplus said...

@deus X machina

selalu jugak. ala aku tau jauh di sudut hati kau pun nak jugak buat macam tu. mengaku je.

siggplus said...

@wong ah ian

nape nak garu telo?

siggplus said...

@reen_sofee

kau plak sentap?