Selamat siang semua.
Rajah 1 : Ini rupa paras Abang Kasmian. Cantik bak bidadari. Kulit putih halus mulus. Bibir mekar.
Abang Kasmian Pandapotan Gorigon belajar Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Kejuruteraan Awam. Sekarang sudah masuk semester ke 5. Kira sekarang ni dia tengah mengalami proses yang merosakkan otak iaitu final exam.
Abang Kasmian ni cukup malas. Benda paling liat dia nak buat ialah study. Akibat dari tu result semester 4 dia hancur teruk.
Dia berazam untuk berubah. Abang Kasmian sekarang bukan macam dulu lagi. Dulu dia belajar sambil kejap-kejap online. Sekarang dia tak sentuh langsung laptop.
Paper dia hari ni, tapi dia mula belajar untuk subjek ni 4 hari lepas. Memang konsentrasi penuh. Asal celik mata saja, bukak buku, tido pun hari-hari 3-4 jam saja. Dia buat ini demi untuk mendapat gred yang lagi bagus dari semester lepas.
Sepanjang 4 hari, dia belajar cara design Pile Cap, design Retaining Wall, design Torsion, Cantilever Method, design Slender Column, kira Yield Line, design Continuous Beam dan design Flat Slab. Dia beli kertas A4 1 bundle haritu, habis semua untuk design benda-benda ni saja. Memang berazam sungguh.
Sebab Abang Kasmian Pandapotan Gorigon ni dah belajar 4 hari lepas, dia yakin, dia memang boleh buat paper Reinforced Concrete Design hari ni. Kalau past year dia boleh buat, takkan soalan hari ni tak boleh buat kan.
Tapi tidak.
Bila dia selak soalan, dia ternganga.
Soalan tahap PHd. Langsung tak sama dengan soalan past year yang dia buat. Soalan pelik-pelik.
Abang Kasmian Pandapotan habiskan masa 1 jam untuk faham soalan betul-betul tapi tak faham-faham jugak. Tinggal lagi 2 jam untuk buat semua soalan yang ada.
Akhirnya Abang Kasmian Pandapotan Gorigon pasrah. Buat saja apa yang dia boleh buat. Dia kira-kira, memang cukup susah nak lulus.
Tamat peperiksaan, Abang Kasmian duduk termenung. Dia ingatkan dia sorang saja yang repeat paper ni, tapi dalam 400 orang yang amek paper tu sekali, semua pun duduk termenung sama mengenang nasib.
Rajah 2 : Rupa Abang Kasmian mengenang nasib. Lidah kelu tak terkata.
Dia dah mula fikir nak ambil kelas repeat dengan sapa semester depan.
Atau mungkin, dia berhenti belajar dan kerja di Old Town White Coffee.
Dengar-dengar, dekat Plaza Masalam tu nak pakai orang. Gaji rm4.50 sejam, siap ada elaun-elaun lain lagi. Dan dengar-dengar jugak, dekat sana ramai artis suka lepak.
Haritu Abang Kasmian lepak makan dekat sana jumpa Awal Ashari. Kereta BMW putih nombor plet AW41. AWAI.
Rajah 3 : Kereta Awal yang dia jumpa haritu. Gambar kredit pada Gugel.
Abang Kasmian pasang angan-angan nak jumpa Rozita Che Wan. Nak ukur saiz buah dada dia guna pembaris secara real life. Dah jemu dah dia ukur dekat TV. Nilai tak jitu dan persis.
Sudah, Abang Kasmian nak qada tidur sambil pekup bantal dekat mata. Jangan tanya kenapa kalau mata dia merah-merah dan mata agak berkaca.
Kesian Abang Kasmian Pandapotan Gorigon.
Apr 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 journeyed together:
xpe abg kasmian
graf turun la nnt tu
dun worry la.bukan ko sorg rase cmtu..mmg gile ah frust da stdy cm nak mam tp still rase xleh buat..chill k
jgn cepat mengalah abg kasmian. u can do it!
doa dan tawakal sigg...
hikhik.. gambar-gambar kelakar...
gud luck bro..
Comment my new entry gak..klik sini laju-laju
jgn isau la...
oke tuh..
aku pn penah berada dlm situasi cmtuh...
erk888
hoii...gilaa... ni la buat gua cuak nak amik paper signal & system buat kali ke-2 ni...
situasi sewaktu kali pertama adalah seperti yang digambarkan...
soklan tak hengat sebab draf soklan pertama cancel. mangkuk mana tah pegi main jual-jual soklan exam dekat student. kantoi sia-sia je.
soklan baru fresh dari ladang pada semester itu adalah 100x lebih taf dari asal. format pun pusing 360 darjah dari format asal.
sbr ye utk abg kasmian.. klu semua org kata susah, sure markah pass turun :)
sampai habis aku baca.
tu komen aku.
rilek abg kasmi. repeat paper pn oke. mantapkan ilmu. haha. tade ah. semoga kau lulus ;)
heh, sem depan merasa plak jadi abg kasmian tu pun kalu soalan design x secibai sepuluh soalan sem leps.
hahaha...cm lahanat
cam kenal lak tempat gambar 2 diambil..oh ye..dewan kolej upenyer..hahaha
Post a Comment