Apr 15, 2010

.syurga dunia bukan setakat maksiat semata-mata

Selamat siang semua.

Apa yang dikatakan dengan syurga dunia selain dari maksiat?

Bila test sudah setel semua, dan taktik meniru sangat berjaya.

Bila presentasi hanya tinggal 1 saja lagi dan segala slide presentation, handout dengan hard copy report sudah siap.

Bila nak bersukan petang-petang tak risau injured dan tak boleh buat semua kerja.

Bila makan tak payah cepat-cepat takut kerja tak siap. Boleh makan macam pengantin makan beradab. Sebutir demi sebutir nasi suap dalam mulut, bukan macam biasa sepinggan sekali suap.

Bila boleh online dengan tenang tanpa perlu multi-task antara cari notes untuk slide presentation dengan bukak Facebook.

Bila kakak kata, "Adik, Sabtu ni jom balik sekali". Perfect. Tak perlu habis duit bayar tiket.

Bila tak perlu lagi berhari-hari tido hanya sejam saja berturut-turut.

Bila bantal dan tilam panggil, sahut seruan. Tak perlu tahan diri dari menyahut.

Bila kentut depan kawan-kawan tak perlu risau kena penerajang sebab stress sangat.

Bila boleh ejek housemate yang masih ada common test hari sabtu ni padahal aku tengah sedap-sedap makan Laksa Kedah dekat padang polo masa tu.

Bila berak lancar saja tanpa perlu gusar masa berak akan bazir masa untuk buat semua kerja yang tertangguh.

Bila berak taik keras, bukan jenis cair cirit yang biasa berlaku akibat stress.


Syurga dunia.

Dan apakah yang paling teramat sangat syurga dunia yang didambakan dan tidak ternilai harganya?

Bila mama hantar message, kata, "Ma dah beli daging nak masak daging masak kicap itam faveret adik. Malam ni mama perap, esok mama masak. Nanti kamu balik dah boleh makan terus."

Syurga dunia yang tak ada tolok bandingnya.

9 journeyed together:

Neyra Shazeyra said...

=)

Huda Luna said...

nak laksa polo

nk masakan mama!


nk balik ipoh!

T______________T

Aizuddin Jaafar said...

Perfect. Tak perlu susah-susah keluar curi-curi malam-malam nak buang bayi.

Drunbella Khoo said...

itu hari p pekena laksa kedah padang polo.
haish.
punya lah sedap tak terkata.
makan dengan penuh kekusyukan walaupun panas terik mcm nak mati.
=___=
tapi aku tidak goyah.
wakakaka.

izzahfarhana said...

apa ni feveret sama.hahah.masak kicapppp i loike ;D

Fitriah said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

nn said...

ouh rindu daging masak kicap mak aku masak...

redballerina said...

masakan mak is the best

Ainee Cumi said...

tak sangka ko anak manja juga kan??