Apr 30, 2010

.pengubat hati runsing

Selamat siang semua.

Bila otak tengah serabut, kepala tengah runsing, ini video yang kami tengok sebagai selingan masa study.

Bukan setakat selingan tengok-tengok saja. Siap menari bersama ikut dendangan lagu, meliuk lentok ikut irama. Dan memang terbukti ia dapat melepaskan semua masalah yang terkumpul dalam kepala.



Video ni memang cukup mengingatkan rasa hidup di perantauan. Duit tak ada, hidup serba kekurangan.

Dan muka penyanyi sebijik macam Nabil Raja Lawak kan? Haha.

Post Scriptum : Ada jugak orang rindu aku update kan? Ingatkan tak ada orang baca blog picisan ni. Heh.

Apr 28, 2010

.dua tag sekali tembak

Selamat siang semua. Aku combine 2 tag ni dalam 1 entri terus sebab aku ni cukup liat nak buat tag. Tapi buat jugak lah, lagipun sekarang ni aku tak ada idea nak update apa. Tag pertama dari StaplerKertas. THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
  1. Swimmer.
  2. Nama betul aku.
  3. Kasmian Pandapotan Gorigon (ok ini tipu)
THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
  1. Hari aku sunat
  2. Hari jadi orang terdekat dengan aku.
  3. Hari kematian orang terdekat dengan aku.
THREE WAYS TO BE HAPPY:
  1. Masturbasi.
  2. Berak.
  3. Makan.

THREE OF YOUR FAVOURITE SONGS AS FOR NOW:
  1. The Only Exception - Paramore
  2. Roulette - System Of A Down
  3. Rebecca - Meg & Dia

THREE PERSONS (group) YOU MISS FROM THE PAST:
  1. Cinta hati saya
  2. My Homeboys (Kemai, Lowed, Paraxixth, Along)
  3. Encik Ariffin

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE
  1. Dildo
  2. Duit
  3. HTC HD

THREE OF YOUR FAVOUITE HOBBIES:
  1. Berak
  2. Berak
  3. Mengumpul setem
THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATIONS:
  1. Amsterdam
  2. Phi Phi Island
  3. Sabah (aku nak cari sumandak sabah)
Semua syurga maksiat kan? Heh.

THREE MALLS YOU USUALLY GO TO:
  1. Jusco Kinta City
  2. The Curve
  3. Mid Valley

THREE FAVORITE DRINKS:
  1. Tewwowais sattu!
  2. Tewais sattu!
  3. Milowwowais sattu!

THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG:

Ok ini aku assume beg kelas aku.
  1. Ipod Touch
  2. Roti setengah yang aku simpan dari awal sem haritu
  3. Kotak pensel
  4. Kertas A4
  5. Nota lecturer yang renyuk.
  6. Cebisan keropok yang aku simpan dari tengah sem

THREE FAVORITE COLOURS:
  1. Kuning
  2. Hijau
  3. Merah
Abang-abang Long mesti suka lah warna-warna ni. Mari abang kita salam sambil rasa nadi sikit.
THREE HANGOUTS:
  1. Rumah
  2. Mapley
  3. Pusat-pusat sukan

TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH:
  1. Laksa
  2. Daging masak kicap mama
  3. Cendol (cendol betul, bukan hingus)

TOP THREE FACES YOU LIKE:
  1. Johnny Depp
  2. Aril AF
  3. M. Daud Kilau

THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW:
  1. Stadi
  2. Makan
  3. Berak

TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME:
  1. Tengah final exam.
  2. Hujan tadi. Jadi lagi seronok kalau tarik selimut.
  3. Membaca entri-entri blog lain secara silent reader.

Tamat tag 1.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mula tag no 2. Ditag oleh Awynn.
  1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
  2. Select the 8th photo in that folder.
  3. Post that photo along with the story behind it.
Dia kata dia ragu-ragu dengan folder dalam laptop aku. Aku rasa dia mesti ingat aku ada koleksi gambar Maria Ozawa dalam folder ke 8 laptop aku. Tanggapan dia jauh meleset. Koleksi gambar Maria Ozawa ada dalam folder ke 10, jadi selamat kali ni. Heh.

Folder ke 8 dalam laptop aku termasuk dalam kategori Families. Dan gambar ke 8 adalah gambar ini.



Ini gambar aku yang rambut kerinting baju hijau/kuning (aku pun tak sure warna apa, aku kan rabun warna) , dengan 2 orang kakak aku. Gambar ni Encik Ariffin yang amek dekat tepi sungai depan rumah Opah Timah. Basikal tu basikal rakyat. Kami orang miskin, jadi basikal tu kena kongsi antara kami berlima.

Masa ni rumah kami dekat Kg Seri Kinta tengah under construction, dan kami tak ada rumah. Jadi kami menumpang rumpah Opah Timah dekat Kg Temiang. Kg sebelah saja.

Aku dari baby sampai umur lebih kurang dalam gambar ni membesar dekat sini.

Pakaian tu memang pakaian rasmi aku. Jenis stok Rocky One 1 set seluar dengan baju. Kalau ada jenama lain pun Kiki Lala, dan jenis 1 set jugak.

Aktiviti kami dekat rumah Opah Timah ni suka main tangkap katak dan kacau anjing yang berkeliaran dekat situ. Basikal tu jugak jadi pengangkutan utama kami untuk lari dari kena gigit anjing. Heh setakat ni belum pernah gigi anjing-anjing tu dapat cecah betis aku ni.

Kakak aku yang riba aku tu sekarang kerja Exec Maybank Bangsar. Umur dia nak masuk 30 dan masih belum kahwin. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin cita-cita dia nak jadi andartu kot.

Kakak aku yang kedua tu, sampai sekarang tak besar-besar. Umur dia 5 tahun lagi tua dari aku, tapi aku lagi tinggi dan gemok dari dia. Sekarang dia kerja dekat Petronas KLCC as Geologist.

Pokok yang kami duduk tu berhantu. Aku tak sure lah berhantu macam mana, tapi orang dulu-dulu selalu buat pemujaan dekat situ. Ini pemikiran orang kuno lah percaya atok nenek (yang jenis kencing dekat hutan kena mintak izin "Tok nenek, cucu tumpang kencing" tu). Lepas tamat zaman orang kampung puja-puja tu, pokok tu tukar tampok pemerintahan dengan mat-mat kaki judi. Pokok tu jadi tempat diorang mintak nombor ekor. Hari-hari ada orang puja letak limau la apa la. Aku tengok tak kaya-kaya jugak.

Kami jugak yang kenyang hari-hari rembat limau dekat situ. Sekarang ni pokok tu dah tumbang dah.

Sungai tu dulu kami selalu mandi. Dulu lah, sekarang ni kalau kau nak mandi sambil tengok pampers penuh taik hanyut tepi kau pun boleh jugak, tapi dengan syarat lepas tu kau pergi hospital.

Sungai sekarang dekat Malaysia semua jenis macam dekat India. Kau nak penyakit free-free, kau try la mandi.

Seberang sungai tu port India. Ada kovil. Padang depan tu pun kami tak pernah nak main. Biasalah budak-budak semua racist. Jadi kalau kami pergi padang tu pun, untuk bertumbuk dengan macha-macha sana saja.

Dan tebing sungai tu jugak jadi port kami main meriam. Lawan dengan kampung sebelah time bulan puasa.

Hah tamat pun tag ni. Kepada Awynn, kan tak ada gambar-gambar yang tak sepatutnya kan? Lain kali kau nak tengok gambar Maria Ozawa ke, Audrey Bitoni ke, mintak lah tengok folder lain. Haha.







Apr 26, 2010

.kesian abang Kasmian Pandapotan Gorigon

Selamat siang semua.


Rajah 1 : Ini rupa paras Abang Kasmian. Cantik bak bidadari. Kulit putih halus mulus. Bibir mekar.

Abang Kasmian Pandapotan Gorigon belajar Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Kejuruteraan Awam. Sekarang sudah masuk semester ke 5. Kira sekarang ni dia tengah mengalami proses yang merosakkan otak iaitu final exam.

Abang Kasmian ni cukup malas. Benda paling liat dia nak buat ialah study. Akibat dari tu result semester 4 dia hancur teruk.

Dia berazam untuk berubah. Abang Kasmian sekarang bukan macam dulu lagi. Dulu dia belajar sambil kejap-kejap online. Sekarang dia tak sentuh langsung laptop.

Paper dia hari ni, tapi dia mula belajar untuk subjek ni 4 hari lepas. Memang konsentrasi penuh. Asal celik mata saja, bukak buku, tido pun hari-hari 3-4 jam saja. Dia buat ini demi untuk mendapat gred yang lagi bagus dari semester lepas.

Sepanjang 4 hari, dia belajar cara design Pile Cap, design Retaining Wall, design Torsion, Cantilever Method, design Slender Column, kira Yield Line, design Continuous Beam dan design Flat Slab. Dia beli kertas A4 1 bundle haritu, habis semua untuk design benda-benda ni saja. Memang berazam sungguh.

Sebab Abang Kasmian Pandapotan Gorigon ni dah belajar 4 hari lepas, dia yakin, dia memang boleh buat paper Reinforced Concrete Design hari ni. Kalau past year dia boleh buat, takkan soalan hari ni tak boleh buat kan.

Tapi tidak.

Bila dia selak soalan, dia ternganga.

Soalan tahap PHd. Langsung tak sama dengan soalan past year yang dia buat. Soalan pelik-pelik.

Abang Kasmian Pandapotan habiskan masa 1 jam untuk faham soalan betul-betul tapi tak faham-faham jugak. Tinggal lagi 2 jam untuk buat semua soalan yang ada.

Akhirnya Abang Kasmian Pandapotan Gorigon pasrah. Buat saja apa yang dia boleh buat. Dia kira-kira, memang cukup susah nak lulus.

Tamat peperiksaan, Abang Kasmian duduk termenung. Dia ingatkan dia sorang saja yang repeat paper ni, tapi dalam 400 orang yang amek paper tu sekali, semua pun duduk termenung sama mengenang nasib.


Rajah 2 : Rupa Abang Kasmian mengenang nasib. Lidah kelu tak terkata.

Dia dah mula fikir nak ambil kelas repeat dengan sapa semester depan.



Atau mungkin, dia berhenti belajar dan kerja di Old Town White Coffee.

Dengar-dengar, dekat Plaza Masalam tu nak pakai orang. Gaji rm4.50 sejam, siap ada elaun-elaun lain lagi. Dan dengar-dengar jugak, dekat sana ramai artis suka lepak.

Haritu Abang Kasmian lepak makan dekat sana jumpa Awal Ashari. Kereta BMW putih nombor plet AW41. AWAI.


Rajah 3 : Kereta Awal yang dia jumpa haritu. Gambar kredit pada Gugel.

Abang Kasmian pasang angan-angan nak jumpa Rozita Che Wan. Nak ukur saiz buah dada dia guna pembaris secara real life. Dah jemu dah dia ukur dekat TV. Nilai tak jitu dan persis.


Sudah, Abang Kasmian nak qada tidur sambil pekup bantal dekat mata. Jangan tanya kenapa kalau mata dia merah-merah dan mata agak berkaca.


Kesian Abang Kasmian Pandapotan Gorigon.

Apr 25, 2010

.saya kecewa

Selamat siang semua.




Saya kecewa sebab sampai sekarang Abang Yunus yang hensem lagi bijaksana tak reply entri saya.








Abang Yunus ni tak ada kote ke?

Apr 23, 2010

.abang Yunus dah marah saya, alamak takutnya saya

Selamat siang semua.



Ini komen saya pasal entri cik Arieza Pok Pek Pok Kek pasal kes buang bayi lepas tu bakar.

Ini entri dia.

Kehadapan abang Yunus yang hensem lagi bijaksana. Baik budi pekertinya dan cantik rupa parasnya. Nama ala-ala Nabi dah, tapi otak masih tak bijak macam para Anbia.

Untuk pengetahuan Abang Yunus yang hensem lagi bijaksana, saya amatlah menyokong konsep hukum qisas iaitu bunuh dibalas dengan bunuh. Ya betul pendapat abang Yunus yang hensem lagi bijaksana yang dosa tu biar dia tanggung dengan Allah, tapi kita sebagai manusia yang waras, di arus kemodenan ini, haruslah berfikir seperti manusia. Bukan berfikir seperti binatang macam abang Yunus yang hensem lagi bijaksana ini.

Abang bayangkan, saya ni memang sukakan budak-budak. Saya memang sayang dekat bayi walau rupa macam mana pun. Orang kata kita tengok bayi ni hati kita sejuk saja. Sebab apa? Sebab bayi suci dari dosa. Ini dikira sangat bagus kalau nak dikira dengan lihat muka abang yang berperangai binatang ini.

Dah lah zina, bunuh budak tak bersalah pulak. Memang combo betul dosa.

Bayi comel. Rasa nak peluk ketat-ketat. Rasa nak ciom laju-laju. Bau bayi saja dah boleh buat saya orgasma bertalu-talu. Even bau busyuk achem susu yang tumpah kat badan dia pun wangi.

Macam mana boleh tergamak orang buang bayi, lepas tu bakar pulak tu? Anak sendiri pulak tu.

Saya suka perumpamaan kamus Dewan Bahasa edisi ke 15 yang berbunyi, "Jangan salahkan ibu mengandung, salahkan bapak yang pancut serong"

Cuba abang Yunus yang hensem lagi bijaksana ni bayangkan, waktu abang Yunus yang hensem lagi bijaksana ni masih lagi pakai pampers, hari-hari merengek nak nenen, abang suka ke abang kena bunuh lepas tu bakar? Kena campak dalam tong sampah pulak tu. Biasanya pampers yang sarat dipenuhi taik saja yang arah tuju dia ke dalam tong sampah, ini abang Yunus lagi hensem ni pun kena jugak?

Abang tahu tak, anak yang mati belum akil baligh boleh tarik mak bapak dia masuk syurga sekali dengan dia tahu? Kalau mak bapak dia sendiri pun buat kejam dengan dia, macam mana dia nak tarik? Ingat main tarik tali ke?

Saya dari dulu lagi berharap hukum qisas ni ada dekat Malaysia. Sebab apa? Sebab kes-kes macam ni memang patut diberi pengajaran. Dan tak ada hukuman yang lagi sesuai untuk orang sekejam ni selain dari bunuh dia balik. Saya amat berharap saya boleh apply kerja jadi pembunuh si pembunuh. Bila saya bunuh diorang saya rasa puas sebab binatang ni dah tak wujud dalam dunia ni.

Saya dulu cukup suka main tagan guli. So saya memang expert lah bab rejam-rejam ni.

Abang Yunus yang hensem lagi bijaksana, saya ni pun bukan lah orang yang alim ulamak sangat. Saya solat pun kadang-kadang miss jugak. Baca Quran pun jarang sekali. Tapi saya masih boleh fikir baik buruk. Mana dosa, mana pahala. Dan saya mintak maaf kalau saya ni nampak macam jahil. Biasalah, manusia mana ada yang perfect. Tapi Rozita Che Wan tu memang memenuhi cita rasa saya lah. Bagi saya body dia perfect.

Waitseminit, abang Yunus yang hensem lagi bijaksana ni, yang sokong sangat pembunuh bayi ni kenapa? Abang Yunus yang hensem lagi bijaksana ni ke yang bunuh dan bakar bayi tu? Abang Yunus yang hensem lagi bijaksana ni ke bapak pada bayi tu?

Kalau betul, tahniah lah sebab budak tu takkan tarik abang Yunus masuk syurga. Dia boleh lambai-lambai dekat abang Yunus yang tengah kena seksa neraka, sambil minum Slurpee kegemaran dia warna Biru. Sambil dayang-dayang mendodoi dia dan pakaikan dia pampers.

Sudahlah saya mengarut. Diharap abang Yunus yang hensem lagi bijaksana ni boleh menjawab persoalan ni, tapi tolong lah jadi bijak sikit bila berbicara ok?

Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

Post Scriptum : Saya taburkan sikit bedak Johnson and Johnson atas surat ni. Wangi kan? Bau macam bayi kan? Mesti abang Yunus yang hensem lagi bijaksana yang cacat akal ni suka kan?

Apr 22, 2010

.aku rasa boleh teka apa penghujung telenovela Adamaya

Selamat siang semua.

Aku ni jarang jugak la tengok TV. Kalau aku tengok pun sebab ada gadis-gadis comel/ada Rozita Che Wan/ada Angel Locsin/ada M. Daud Kilau tengah gelek-gelek sambil pakai baju mengerlip-ngerlip/ataupun Aril Af tengah nyanyi lagu Menatap Kotemu sambil shappel.


Gambar dicuri di http://wazy84.com

Cerita Adamaya ni aku kategorikan sebagai cerita yang boleh tengok la. Salah satu sebab dia adalah tak ada macam cliche cerita Melayu yang asyik berebutkan harta, dan heroin dia comel sangat.

Fenomena baru orang Melayu lepas Mawi dan Aril Menatap Kotemu.

Tapi bagi aku yang jenis sekali sekala tengok cerita ni, sangat tak puas hati dengan jalan cerita dia. Harini aku tengok dia student lagi, esok aku tengok dah kahwin, esok tengok dah mengandung dah. Maksud aku cerita ni selalu sangat dia fast forward.

Dan aku rasa penghujung cerita ni, akibat dari cerita yang selalu sangat fast forward, cerita ni bukan pasal Adam, Maya ataupun Dani dah, tapi pasal cucu kepada cucu diorang. Kalau ada scene pasal Adam, Maya ataupun Dani pun, scene dekat kubur diorang.

Post Scriptum : Yang paling tak boleh belah dalam cerita ni berebut awek hot (yang kena rogol tu). Hot sangat-sangat!

Apr 21, 2010

.walimatul urus

Selamat siang semua.

Walimatul urus bukan setakat untuk ajak orang kahwin saja. Ia jugak boleh digunakan untuk menjemput seseorang manusia untuk pergi ke salah satu majlis keramaian. Sebagai contoh untuk parti buih.



Macam semester lepas, aku ada janji nak buat parti buih lepas habis final kan? Kali ni ada orang organizekan untuk aku. Aku hanya jadi client saja, yang anjurkan bebudak ni la.

Bayangkan, semua gadis-gadis akan berpakaian bikini saja macam dalam poster tu. Apa jenis kulit kegemaran kau semua ada. Tapi melayu adalah sangat digalakkan.

Kepada yang agak-agak rabun, ni aku tulis balik apa yang dia tulis.

"The biggest wet and wild party is back once again.

Party people get out those fav bikinis and flip flops and party wild with us!

Envy Club present superstar guest Deejays and MC to rock the partayyy"

Aku pun bukan faham sangat bahasa Inggelish ni, jadi aku rasa dia tulis guest Deejays tu dia ada jemput DJ Dave dengan Jay Jay. Lepas tu rock the partayy tu aku rasa ada makan-makan kot. Maybe makan satayyyy.

Bukan tu saja, dia juga ada promosi secara pukal.



Tawaran terhebat kan?

Tengok tu, kau boleh beli alkohol umur 12 tahun tu. 12 tahun tu, stok budak-budak belum akil baligh lagi. Bulu pubis pun belum tumbuh lagi.

Murah saja kalau kau nak mabuk-mabuk sampai tonggang tonggeng. Kalau dah mabuk-mabuk, mesti lah ada aksi bukak-bukak, gigit-gigit, jolok-jolok kan? Ini lah waktu yang paling teramat sangat ditunggu-tunggu oleh semua orang yang hadir parti tu.

Main buih tu weh, apa lagi, aku dah pilih untuk attend dah event tu. Haha.

Jadi apa lagi kau tunggu? Cepat pergi beli bikini jenis micro supaya menampakkan susuk tubuh yang seksi walaupun nasi lemak kau baru harga 25sen tak ada ikan bilis.

Kalau yang dah ada bikini tu, pergi rendam kasi buang bintik-bintik taik lalat tu dulu. Bukan apa, nanti malu orang tengok.

But remember folks, jangan lupa pakai protection. Nanti 9 bulan nanti ramai pulak orang nak beranak dekat hospital. Kesian misi dengan doktor kena bertungkus lumus beranakkan anak haram.


Post Scriptum : Benda ni budak sekor ni yang invite aku dekat Facebook sebab dia tahu aku cukup suka event-event maksiat macam ni. Apa-apa hal kau nak mintak pil perancang ke, kondom ke, kau pergi mintak dia.

Apr 20, 2010

.makan dalam itu perlu demi merosakkan perpaduan ummah

Selamat siang semua.


Housemate : Weh, kau berak hisap rokok kan tadi?

Aku : Rutin. Apsal?

Housemate : Lain kali, puntung jangan buang dalam lubang jamban.

Aku : Kenapa lak tak boleh?

Housemate : Kau flush puntung rokok tu tak masuk sekali. Nanti tersumbat tangki jamban tu nanti.

Aku : Oh maaflah. Tapi lain kali, kau pun jangan la berak dalam lubang jamban tu, sebab kau punya taik besar gedabak tu elok je terapung dekat dalam lubang jamban sebelum aku berak tadi. Nanti tersumbat tangki jamban tu nanti. Kesian tangki jamban tu.

Apr 19, 2010

.belasungkawa

Selamat siang semua.


"SIG-19 2010-04-18 Flight Phase: 3 CBN - KBR
Accidently hit a cow on runway during landing. After further evaluation, the cow seems to be okay. A little shocked, but okay.


Signed Captain"

Hebat jugak lembu ni, kena langgar kapal terbang pun masih hidup sihat walafiat lagi. Hari-hari minum susu lembu gamaknya.

Haih, susah jugak kerja bawak kapal terbang ni. Kena buat kenduri doa selamat lagi, kapal terbang kena mandi bunga lagi.

Besok-besok langgar babi masa landing lagi susah, kena samak pulak. Ingat senang nak cari air mutlak sekarang ni?

Terbang lagi $1 juta repair damage.

Babi.

Apr 17, 2010

.keputusan contest ayahku sayang

Selamat siang semua.

Masa aku tulis entri tu, langsung aku tak fikir nak menang. Aku hanya join contest untuk suka-suka saja. Lagipun itu kali pertama dan terakhir buat masa ni aku join contest. Menang ke tak aku tak kisah sangat, janji hati tu puas type entri merindui Encik Ariffin.

Jadi bila dipilih nombor 2 dalam contest tu, memang rasa terkejut sangat, campur syukur. Sebab orang hargai penulisan aku. Itu yang paling penting.

Aku kalau tulis pasal Encik Ariffin, takkan ada entri lain selain entri sedih. Cukup dekat situ, sebab kalau aku tambah karang mula la entri ni jadi entri sedih. Heh.

Dan aku memang expect cik Millalara yang akan menang contest ni berdasarkan entri dia yang penuh dengan gambar dan cerita yang best. Tahniah la Milla sebab menang dengan bergaya.

Aku nak ucapkan terima kasih dekat cik Bard yang anjurkan contest ni, dan selamat pengantin baru in advance.

Untuk keputusan contest penuh kau boleh rujuk entri cik Bard ni.

Dan kalau kau nak baca entri contest aku tu, boleh rujuk entri ni.

Post Scriptum : Duduk rumah memang cukup best. Dari tadi aku tak henti makan. Aku type entri ni pun sambil makan cupcake. Jangan tanya kalau nanti kau jumpa aku tanya kenapa badan aku makin bertambah kurus-kurus bermuscle.

Apr 16, 2010

.syarikat pembekal perabot terkemuka pun kuat mencarut

Selamat siang semua.



Si anak tanya kepada ibunya, "Ibu, ibu nak pergi Ikea cari apa? Nak ikot!"

Ibu pun jawab, "Tak payah ikut la. Ibu nak cari kotte kejap je"





#masukkan efek cengkerik

Apr 15, 2010

.syurga dunia bukan setakat maksiat semata-mata

Selamat siang semua.

Apa yang dikatakan dengan syurga dunia selain dari maksiat?

Bila test sudah setel semua, dan taktik meniru sangat berjaya.

Bila presentasi hanya tinggal 1 saja lagi dan segala slide presentation, handout dengan hard copy report sudah siap.

Bila nak bersukan petang-petang tak risau injured dan tak boleh buat semua kerja.

Bila makan tak payah cepat-cepat takut kerja tak siap. Boleh makan macam pengantin makan beradab. Sebutir demi sebutir nasi suap dalam mulut, bukan macam biasa sepinggan sekali suap.

Bila boleh online dengan tenang tanpa perlu multi-task antara cari notes untuk slide presentation dengan bukak Facebook.

Bila kakak kata, "Adik, Sabtu ni jom balik sekali". Perfect. Tak perlu habis duit bayar tiket.

Bila tak perlu lagi berhari-hari tido hanya sejam saja berturut-turut.

Bila bantal dan tilam panggil, sahut seruan. Tak perlu tahan diri dari menyahut.

Bila kentut depan kawan-kawan tak perlu risau kena penerajang sebab stress sangat.

Bila boleh ejek housemate yang masih ada common test hari sabtu ni padahal aku tengah sedap-sedap makan Laksa Kedah dekat padang polo masa tu.

Bila berak lancar saja tanpa perlu gusar masa berak akan bazir masa untuk buat semua kerja yang tertangguh.

Bila berak taik keras, bukan jenis cair cirit yang biasa berlaku akibat stress.


Syurga dunia.

Dan apakah yang paling teramat sangat syurga dunia yang didambakan dan tidak ternilai harganya?

Bila mama hantar message, kata, "Ma dah beli daging nak masak daging masak kicap itam faveret adik. Malam ni mama perap, esok mama masak. Nanti kamu balik dah boleh makan terus."

Syurga dunia yang tak ada tolok bandingnya.

Apr 14, 2010

.harga minyak turun mendadak besok [RON95 dan RON97]

Selamat siang semua.




Kalau sapa-sapa yang kereta/motor/lori/beca dia dah habis minyak, jangan beli lagi, sebab esok harga minyak turun secara mendadak. Kalau kau beli sekarang, memang rugi la. Baik tunggu esok pagi lepas pukul 8 baru pegi isi minyak.

Pukul 8 pagi besok baru harga baru minyak ni berkuatkuasa. Ini akibat dari penurunan harga minyak di pasaran dunia.



Baru tadi Menteri Minyak bagi pengumuman dekat internet. Aku rasa berita pasal ni orang memang cukup suka, apatah lagi yang selalu guna kenderaan. Dan yang paling kecewa peniaga-peniaga bangang yang suka naikkan harga barang-barang macam Choki-Choki dengan harga mahal atas alasan harga minyak naik. Aku teliti dekat resepi Choki-Choki tu tak ada pulak tulis minyak petrol jadi bahan dalam teknik pembuatan Choki-Choki.

Harga minyak naik, harga barang naik. Harga minyak turun, harga barang tak turun-turun jugak. Gampang.

Sejak dari kenaikan harga minyak yang menjulang tinggi, tak ada lagi berita penurunan harga minyak.

Sampailah sekarang.



Mahal kan harga minyak sekarang? $1800 untuk 1000lbs.



Tengok graf tu sekarang. Biasa pagi dalam pukul 8.00am aku mengantuk macam mana pun, mesti bangun untuk isi balik tangki minyak syarikat perkapalan aku. Biasa waktu-waktu macam ni harga pasaran minyak dalam game ni jadi $400 saja untuk 1000lbs.

Beli 10 juta lbs pun tahan setengah hari saja. Kapal terbang dah banyak, guna minyak pun banyak. Berjuta jugak aku berhabis sehari semata-mata nak bagi kepuasan pada pelanggan airline aku ni.

Jadi buat apa bayar lebih bila kita boleh beli murah?

Sudah, stewardess-stewardess aku dah panggil aku temankan diorang berbikini tepi pantai. Aku pergi layan diorang kejap ye. Bos kena lah jaga hati pekerja. Sapukan losen SPF-15 dekat badan, baru pekerja sayang.




Apr 13, 2010

.aku sahut cabaran buat satu entri tak lucah























































































Post Scriptum : Susah jugak

Apr 12, 2010

.bantuan anda amatlah diperlukan

Selamat siang semua.

Tolong bagitau aku, bila last aku tido? Sebab serious aku dah lupa.

Mata sudah macam panda. Kadar tenaga dalam badan tinggal 5% saja lagi.

Dan waktu-waktu macam ni aku memang cukup suka marah orang. Cukup suka menjadi lebih sinis dari biasa. Sapa-sapa yang terasa tu, memang padan muka kau. Sapa suruh pundek sangat fucker.

Malam ni test, esok 2 presentasi, lusa 1 presentasi dengan 1 test, tulat 2 presentasi, tonggeng 1 presentasi.

Ok tonggeng tu aku reka sendiri. Esok-lusa-tulat-tonggeng. Cicit-cucu-nenek-moyang-monyet.

Lepas tu destinasi - Ipoh. Sudah 2 bulan tak balik tido bawah ketiak mama. Sudah 2 bulan tak peluk ciom opah yang bau orang tua tu. Sudah 2 bulan tak pekena Laksa Kedah padang Polo.

Ahh, knocking on heavens door.

Apr 11, 2010

.puisi pertama aku dalam bahasa inggelish [silalah review]

Selamat siang semua.

When I was younger
I saw my daddy cry
And curse at the wind
He broke his own heart
And I watched
As he tried to reassemble it

And my momma swore that
She would never let herself forget
And that was the day that I promised
I'd never sing of love
If it does not exist

But darling,
You, are, the only exception

Maybe I know, somewhere
Deep in my soul
That love never lasts
And we've got to find other ways
To make it alone
Keep a straight face

And I've always lived like this
Keeping a comfortable, distance
And up until now
I had sworn to myself that I'm
Content with loneliness

Because none of it was ever worth the risk

Well, You, are, the only exception

I've got a tight grip on reality
But I can't
Let go of what's in front of me here
I know you're leaving
In the morning, when you wake up
Leave me with some kind of proof it's not a dream

And I'm on my way to believing
Oh, And I'm on my way to believing


----------------------------------------

Amacam? Hebat tak aku copy paste lirik lagu Paramore - The Only Exception? Aku edit-edit sikit sampai ada orang yang konon-konon kipas-susah-mati Paramore sendiri pun tak dapat nak detect.

Ini konversasi sebentar tadi.

nitrogieniq: heh
nitrogieniq: ntah
nitrogieniq: nak baca puisi ptama aku dlm english tak?
shax: heh
shax: pe dia? bak
nitrogieniq: *masukkan lirik dekat atas tu*
shax: peh, boleh tahan
shax: you are the only exception tu macam ada tajuk lagu tu
shax: ape eh
nitrogieniq: hahahaha
nitrogieniq: paramore - the only exception
nitrogieniq: hebat tak aku copy paste?
shax: haaaaaaaaaaaa
shax: hahahahahha
shax: camne aku leh lupa!
shax: cis

Katanya, lagu-lagu dalam mp3 player dia sentiasa ada lagu Paramore. Hari-hari Paramore. Aku tipu Hayley dah nak quit Paramore sanggup sengkang mata google pasal tu.

Die hard fan Paramore lah sangat kau ni Shax.


Post Scriptum : Aku sekarang tengah bersiap-siap pakai smart-smart untuk berlakon video projek German aku. Rambut taruk Tencho dan sikat rapi-rapi belah tengah ala-ala tomok. Mudah-mudahan lepas ni A. Razak Mohaideen panggil aku berlakon jadi Hero movie genre cinta bodoh dia. Tak kisah lah, yang penting Rozita Che Wan kena berlakon jadi Heroin aku. Dan ada adengan di ranjang.

Apr 10, 2010

.fuktards

Selamat siang semua.

Aku baru lepas meniup keluar wap (baca : blow off some steam). Tadi aku main takraw dengan rakan-rakan. Waktu orang tido, satu rumah turun main takraw. Lepas tu mandi hujan ramai-ramai. Memang kerja gila.

Akibat dari kerja yang bertimbun-timbun hempap atas kepala, ini saja cara yang paling sesuai untuk lepaskan geram. Entah bila masa aku tido nyenyak pun aku dah lupa.

Nak pergi club mabok-mabok, paras rupa sekor-sekor jenis tak boleh nak berjaya balik dengan gadis montok di dalam dakapan. Pondan pun belum tentu lagi. Cakap pasal pondan, aku nak cakap yang si Shax ni bukanlah pondan seperti yang aku cakap haritu. Aku pun tak faham kenapa ada orang percaya.

Kesian dia ramai sangat tanya dia ni betul lelaki ke tak dekat formspring dia.

Aku yakin si Shax ni gadis. Sebulan sekali period dan setiap hari berniaga nasi lemak di atas dada. Dan oh ya, pink-pink. Apa yang pink-pink, kau pergi tanya Shax sendiri.

Lepas sembahyang Jumaat tadi dapat tido 1 jam pun rasa dah heaven gila. Lepas tu kena bangun study test malam tadi pulak.

Setel semua kerja yang aku listkan dalam entri haritu, datang pulak list baru yang akan buat aku sibuk sampai hari Jumaat depan. Test, assignment, presentasi.

Masak otak.

Waktu-waktu macam ni lah aku ingat nak berenti belajar dan masuk MLM sepenuh masa.

Keluar kertas, lepas tu "Macam ni bang, kita berniaga ni bukan nak jual barang ke apa, tapi kita berniaga ni berdasarkan konsep profit sharing"

Profit sharing pala butoh hang.

Apr 8, 2010

.sebelum terkam, tutup pintu rapat-rapat

Selamat siang semua.

Antara waktu-waktu privasi untuk seorang lelaki bersenjatakan batang yang belum berkahwin adalah waktu dalam tandas, terutamanya waktu berak. Ini sangat privasi kerana waktu-waktu macam ni lah sifat kejantanan akan jatuh kerana minda, otak, dan jasad hanya fokus pada satu matlamat penting iaitu berak.

Nak-nak kalau waktu tu kau tengah sakit perut memulas-mulas. Memang kalau ada gadis bogel depan mata pun, takkan dilayan. Kangkang lah macam mana pun, lubang jamban lebih hebat penangan dari lubang yang tengah kangkang.

Dan tadi aku sakit perut sangat akibat dari pengambilan gizi makanan yang kurang seimbang. Ini semua punca dari aktiviti mengepow air Nescafe Ais housemate. Perut aku ni memang cukup unik. Kalau kena air Nescafe, mesti automatik sistem pencernaan aku akan bergerak laju, sehingga kelajuan cahaya/kentut.

Jadi dari bawah aku lari naik tingkat atas, lorotkan seluar sampai paras buku lali, ikat tuala ketat-ketat dekat pinggang, dan lari menuju ke tandas.

Tandas bilik aku ni kongsi 2. Kiranya ada 2 bilik kongsi 1 tandas. Dan ada 2 selak bagi setiap pintu.

Aku lari-lari anak supaya cepat masuk ke jamban supaya najis tak terjatuh berciciran sepanjang perjalanan. Nanti kalau tumpah, kantoi lah dengan kawan-kawan yang aku makan tak kunyah ikut sunnah Nabi, tak cukup 44 kali kunyah dah telan. Masa itu emas, setiap kunyahan akan membazir masa.

Memang tak tahan sangat. Kepala taik pun dah keluar sikit-sikit menandakan betapa seriusnya sakit perut ni. Aku kemut dan bagi nasihat kepada bontot yang sabar itu separuh daripada iman, jadi jangan lah keluar lagi selagi aku tak halakan lubang bontot bertemu lubang jamban.

Aku tolak daun pintu kuat-kuat. Jenis tak makan nasihat betul. Sikit lagi mahu berciciran.

Aku terpaku.




Dari nak berak sangat-sangat tadi, terus tak jadi berak.





Di satu sudut kecil tandas aku, ada sejenis makhluk bernama manusia sedang duduk di atas satu kerusi berlubang.

Senyum sinis sikit, sambil jerit "Woi gampang aku tengah berak lah!"

Cepat-cepat aku tutup rapat pintu bilik kecil tu, sambil membayangkan helmet darth vader yang terjuntai keluar, bulu pubis yang kumis-kumis baru lepas cukur Jumaat lepas, dan sedikit sisipan taik berwarna coklat kehitaman yang keluar dari bontot dia.



Ah, nightmare.


Jangan tanya kenapa esok aku muka pucat macam nampak hantu.

Apr 7, 2010

.karier baru buat para manusia

Selamat siang semua.

Keyword-keyword blog aku ni macam biasa lah. Aku rasa tak perlu aku nak explain lagi kalau macam-macam keyword lucah yang sampai ke blog ni. Sebab apa? Sebab orang Melayu cukup suka benda-benda lucah ni.

Sampaikan sekali tu ada orang google nama bini Perdana Menteri punya skandal lepas tu sampai dekat blog aku ni. Aku tak sempat nak print screen sebab malas.



Aku pun tengah cari janda gersang sekarang. Cuma satu yang aku musykil, macam mana kita nak detect janda tu gersang ke tak eh? Selain dari dia bogel depan mata kau dan cakap,"Cepat lah abang, tak tahan dah ni", sambil posing ala-ala Buddha botak tengah baring tu lah.

Baju kurung satin memang aku akui sangat lah seksi. Kain jenis licin ni memang syok tengok, ditambah dengan baju yang macam sarung nangka habis tunjuk susuk tubuh. Fuh, stim! Macam gadis banyak suka tengok lelaki pakai baju Melayu kan, lelaki pun sama suka tengok gadis pakai baju kurung satin. Tak kira lah kau beli dekat Nagoya ke, Gulatis ke, Jakel ke, janji jenis satin.

Mana nak.. Apa? Lain kali, tulis bagi habis dulu kau nak apa, baru tekan butang search.

Perempuan memang akan pancut kalau kegersangan. Ini fakta yang kau harus tau. Ini dinamakan ejakulasi atau nama saintifik lain orgasma. Perempuan jugak boleh pancut di masa-masa lain. Masa-masa lain merujuk pada waktu pundi kencing sangat penuh. Jadi perempuan akan pancut air kencing dekat dalam jamban.

Kerja mengintai tu satu pekerjaan ke? Kalau ada aku pun nak apply kerja. Berapa bayaran sebulan? Ada kira overtime tak? Tolak Socso dengan EPF tak? Kerja ikut shift ke tak? Ada part time dengan full time tak? Setahun berapa kali dapat emergency leave? Kalau mengintai dengan berjaya setiap hari agak-agak boleh dapat bonus hujung tahun tak? Ada dapat komisen tak kalau dapat jumpa port mengintai baru?

Kalau dapat kerja ni, orang pertama aku pergi mengintai Aril AF.

Terbayekk wokkkk!

Apr 6, 2010

.ni anak sapa sekarang ni?

Selamat siang semua.

Aku memang cukup liat nak tido petang. Salah satu sebab adalah aku tak suka tido berpeluh. Tido petang memang merembes organ dalam badan bagi berpeluh.

Kalau aku tido pon, mesti akibat dari kepenatan yang teramat sangat. Penat tu bergantung jugak, dari terlebih belajar (yang ni peluang untuk berlaku sangat lah tipis), bersukan lama sangat, atau malam tu berjaga semata-mata nak melayan marathon tengok series Californication.

Jadi tadi lepas Zohor aku terus bantai tido sampai Asar tadi. Letih sangat sebab 2 hari tido macam tak tido untuk stadi. Demi lecturer Quantities tersayang yang hot gila, aku sanggup.

Kalau aku tido petang, bangun-bangun mesti rasa lapar gila. Even sebelum tido aku mentekedarah banyak mana sekalipun, mesti lapar balik.

Jadi waktu tersedar dari tido tadi perut memang bunyi kriuk kriuk dah kelaparan. Cari milo, habis. Cari biskut, tinggal tong saja. Yang ada rokok. Otak aku dah berkira-kira dah nak guna rokok buat biskut kering.

Nasib baik dekat kawasan Seksyen 4 ni ada jual keropok lekor dekat depan sekolah tu. Tido petang memang syok kalau tido hanya berboxer saja. Tapi sangat tak sesuai kalau nak pergi beli keropok lekor dengan hanya berboxer. Karang tak pasal-pasal kena serbu dengan gadis-gadis nak cabut boxer aku tengok helmet darth vader. Aku taknak dinodai.



Comel kan? Warna pink kan dambaan wanita. Aku punya lebih kurang macam ni lah. Cuma yang bahagian depan tu lebih nampak besar dia.

Pakai baju dengan seluar pendek, aku curik kunci moto kawan aku yang tengah sedap tido. Nanti kalau bagitau pinjam moto dia, mesti dia suruh aku isi minyak la, belikan itu la, belikan ini la. Ingat aku orang gaji.

Tolak moto jauh sikit dari rumah baru start enjin. Ini untuk mengelakkan housemate dari terjaga.

Sampai warung tu, aku tengok dia tengah masak keropok. Memang cun ah. Lapar-lapar dapat keropok panas boleh menyebabkan orgasma.

Masa tunggu keropok siap masak, datang kereta Alphard Hitam. Gaya memang ganas habis dengan rim sukan jenis besar. Kawasan rumah aku ni memang tempat orang elit-elit. Kereta buatan tempatan ni memang jarang duduk sini kecuali student.

Keluar 2 orang. 1 orang macam 30-an, 1 lagi budak kecik. Yang tua tu memang aku syak orang gaji dari segi pakaian dengan gaya rambut. Kau pun tau kan orang Indon kebanyakan rambut diorang macam mana. Budak kecik tu memang muka Melayu habis lah. Comel pulak tu.

Aku nampak tingkap driver diturunkan. Driver macam Datin-Datin. Rantai emas dekat leher dah boleh buat tali sauh kapal. Baju pun macam kain Itali beli dekat Jakel.

"Mbak, beli keropok rm4, goreng pisang rm3 ye!", jerit Datin dari dalam kereta.

"Baik bu", sahut si orang gaji.

"Adik nak makan apa? Meh sini mama bagi duit", cakap Datin dekat anak dia yang ada sebelah orang gaji tu.

Lepas tu anak dia jawab, "Aku enggak lapar ma, aku cuma kehausan. Aku mau minum air kelapa es".

(sila baca ayat di atas dengan bunyi Indon cakap)

Sekarang budak tu anak sapa sekarang ni?

Haih. Lain kali cari lah orang gaji macam Maria Ozawa ke, Angel Locsin ke. Kurang-kurang boleh la anak dia cakap bahasa Jepun/Filipina.

Maria Ozawa, tak perlu aku kenalkan kot. Tapi Angel Locsin?



Ini Angel Locsin. Ini punca utama budak-budak rumah melekat tengok cerita Filipina petang-petang. Kalau ini orang gaji aku, cepat saja aku buat jadi bini no 2.

Heh.

.sejam jugak aku fikir nak update apa hari ni

Selamat siang semua.

Menggeletar tangan ni dah 2 hari tak menulis. Sangap. Macam sehari tak dapat rokok. Semua rasa tak kena. Berak rasa tak lawas padahal dah berkilo taik jatuh mencurah ke ladang gandum.

Bukan taknak menulis, tapi bila bukak new post, rasa macam ada batu jatuh hempap dekat kepala. Buntu tak tau nak update apa. Otak tak boleh berjalan dengan baik sejak kesibukan yang melampau ni.

Sampaikan masturbasi kena letak tepi dulu. Aku sekarang lebih stim tengok nota-nota Preamble Items, Taking Off Sheet, dengan table Shear Stress saja dari tengok Audrey Bitoni bogel depan mata.

Bila nampak Shear Stress diagram, terejakulasi secara automatik. Habis air duit jatuh membuak-buak ke ladang gandum. Kesian ladang gandum. Bukkake.

Jadi maafkanlah aku. Macam biasa lah, dekat-dekat nak final ni, sibuk melampau-lampau. Kena buat video untuk presentasi bahasa German lagi. Aku ada jugak hantar kad jemputan berlakon dekat Maria Ozawa, tapi entah dia tak reply pun. Mungkin kalau aku amek bahasa Jepun mungkin dia timbang tara nak terima jemputan aku kot.

Tentang Rafiqin Darwisy ke apa tah nama dia, aku malas nak komen apa-apa. Memang dia bodoh pun buat macam tu, tapi orang yang komen cakap babi lancau semua tu lagi bodoh.

Apr 4, 2010

.muvi review [Clash Of The Titans]

Selamat siang semua.

Sila jangan tengok movie ni kalau SPM kau subjek Pendidikan Islam dapat bawah dari 5C.

Housemate : Pegi tengok cerita Clash Of The Titans ke tadi? Tak ajak aku pun.

Aku : A'ah. Kau bukan ada dekat rumah pun. Sibuk mengawan je, mentang-mentang sekarang musim hujan.

Housemate : Lancau. Cerita dia pasal apa?

Aku : Cerita pasal Greek Mythology. Pasal agama dengan mitos diorang. Aku tak faham sangat. Dia pasal anak tuhan. Banyak pasal tuhan-tuhan greek lah. Zeus, Poseidon, Hades. Aksi kurang. Cerita serius je dari mula sampai habis. Aksi lawan-lawan pun kurang.

Housemate : Aksi lucah?

Aku : Tak ada. Kalau ada pun tak teransang.

Housemate : Jadi best tak?

Aku : Boleh lah. Tengok Forum Perdana Ehwal Islam lagi best.

Housemate : Cuba baca doa Qunut sampai habis tengok.

Aku : Er, aku naik atas dulu, sakit perut ni.

Apr 2, 2010

.i nak gosip sikit ngn uols ni

Selamat siang semua.

Bertemu kembali dalam blog no 1 di Malaysia...Noks, mak sekarang sibuk sangat noks..... Harini mak kena pergi tolong mekap artis tergebuss ala-ala diva gitew.... Sini mak nak soksek sikit dekat uolss... Artis tu pumpang lebih je noks... Artis ni memang meletups tups tups gitew.... Uolss pun boleh agak dah siapa artis tu... Mak tanak gosip-gosip sini, uollsss teka la sendiri.... Tak kuasa maks noks....

Pundek geli sial.

Sudah.

Aku sekarang sibuk sangat. Assignment belambak. Test berderet tunggu giliran. Semalam aku hampir tak tido malam semata-mata nak siapkan project Geotech yang kena submit pukul 12 tengah hari.

Hari ni pulak kena study untuk test Construction Technology pagi esok. Semua theory. Aku ni memang cukup lemah kalau bab-bab membaca ni. Nasib baik lah ada bantuan handphone yang boleh baca slide powerpoint dengan .pdf.

Agak-agak ada soalan yang tak tau jawab tu, ini lah masa nak letak handphone celah paha, lepas tu senyap senyap bukak balik slide dalam handphone. Kalau tak full mark tak tau lah.

Lepas tu lusa kena submit Tender untuk subjek Quantities. Gila dekat beratus page jugak lah nak siapkan dalam masa 2 hari. Waktu ini jugak lah kegeligaan otak perlu digunakan. Kena buat formula untuk kira slab, wall, roof, foundation dengan column guna Microsoft Excel.

Isnin tu jugak ada test Structure Analysis. Berkat lecturer yang terlalu metrosexual dan tak reti mengajar, aku yakin semester ni mungkin ini salah satu subjek yang aku akan fail.

Rabu ada test Geotech dengan Writing Test untuk Deutsch.

Khamis ada test Matlab.

Jumaat pulak ada common test Quatitites. Dan kena submit Project dengan present untuk Construction Technology. Ini pun berlambak jugak kerja.

Dengan berderet test-test yang bakal berlangsung ni, aku yakin hari Sabtu depan testis aku akan pecah.

Pecah kecai bak kaca berderai-derai.

.jangan gelak

Selamat siang semua.



Boleh lagi ada 9 orang 'like' lagi. Bodoh betul.

Jumaat. Penghulu segala hari.

I have never seen a comedian as funnier than you.

I've just lost a major part of my happiness. The one who gave me laughter when I'm in despair.

No more.

You and your joke will be dearly missed.

Semoga roh Mior Ahmad Fuad ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Ameen.

Al - Fatihah.

Apr 1, 2010

Selamat siang semua.

Kelas cancel 2, 1 lagi aku cancel sendiri harini.

Apa nak buat?

Bosan betul. Rasa macam nak pergi buang anak dalam tong sampah lak. Ke bagi anjing gonggong buat mainan ke.

.air love you?

Selamat siang semua.

Aku ni memang hantu makan KFC. Kalau orang ajak, aku tak pernah tolak. Bagi aku kalau kena pilih antara KFC dengan McD, aku lagi prefer KFC. Aku tak lah suka sangat makan burger.

Semalam aku pergi makan KFC dekat KFC baru seksyen 7. Haram lepas kami pindah lah dekat sana jadi 'hip' gila. Orang tak main lepak Barra/Cinta Sayang/Patio@7 dah, sekarang apa benda pun KFC/Pizza Hut saja. Sampaikan nak makan sana pun susah. Ramai sangat orang bajet study dekat sana, padahal dekat rumah boleh je study.

Ini konversasi antara aku dengan Gadis Kaunter. Inilah jadinya bila aku masuk air melampau sangat semalam.

Gadis Kaunter : Nak makan apa?

Aku : Bagi saya KFC Medium.

Gadis Kaunter : =.="

Gadis Kaunter : Nak makan sini ke bawak balik?

Aku : Dua pilihan je ke? Nak makan dekat tempat lain tak boleh?

Gadis Kaunter : =.="

Gadis Kaunter : Betul-betul lah. Nak makan sini ke?

Aku : Macam mana nak makan sini, kerusi pun tak ada. (merujuk pada kaunter)

Gadis Kaunter : Nak air apa?

Aku : Ai Love You, kurang manis ye.

Gadis Kaunter : =.="

Aku rasa lepas aku makan situ, gadis tu mesti cepat-cepat pergi tulis surat mintak berenti kerja.