Selamat siang semua.
+ Opah Timah bernama Fatimah Binti Yusuf
+ Berperwatakan menarik.
+ Berumur 97 tahun. Lahir pada 1913.
+ Masa zaman Jepun guna pedang samurai saja buat potong sayur.
+ Lahir di dalam hutan Chemor. Seriously, dalam hutan.
+ Sudah ada 2-3 ekor piut di bawah jajahannya. Ya itu bermakna ada yang kena panggil aku atok.
+ Berbahasa Perak (Dialek Kuala Kangsar) pekat. Kadang-kadang aku sendiri pun tak faham.
+ Berpuluh tahun duduk di Chemor, Perak. Untuk sapa yang tak tau apa yang best Chemor, meh sini aku cerita sikit. Majoriti bangsa Cina Komunis. Komunis tu lepak minum kopi sama-sama saja dengan Arwah Atok aku. Harimau malam-malam mengiau bawah rumah. Pn. Hamizah cakap masa nak beranakkan makcik bongsu aku, harimau rilex-rilex saja duduk bawah rumah.
+ Sekarang Opah Timah agak nyanyuk. Sangat nyanyuk.
+ Masalah pendengaran yang kronik. Kau jerit tara mana pun, jangan harap dia nak dengar.
+ Mata sesihat bayi baru lahir. Dari jauh boleh nampak semua.
+ Kuat makan ulam. Semua jenis ulam dia bantai.
+ Zaman dulu masa ganja halal di Malaysia, dia tanam ganja buat ulam je belakang rumah.
+ Sejak nyanyuk ni, kuat betul dia menyanyi. Lagu faveret "Dondang sayang.mp3"
+ Pernah menghambat aku keliling kampung sebab tak pergi mengaji. Even dia buta huruf, education comes first in the family.
+ Zaman sekarang tak boleh membezakan antara ikan dengan kain. Acap kali menyiang 'ikan' dikala bosan.
+ Kalau dia tengok televisen, sangat mendalami isu yang dipaparkan. Contoh : Kalau ada orang jatuh ke apa, dia akan jerit sama macam orang tu betul-betul jatuh depan mata dia.
+ Pernah ke Johor-Ipoh-Johor dalam masa sehari. Pergi ke Johor sebab nak pergi rumah anak dia. Waktu tu anak dia tak ada dekat rumah. Dia balik Ipoh semata-mata nak telefon anak dia suruh ada dekat rumah, dan hari tu jugak dia pergi Johor balik. Cuti-cuti Malaysia kan.
+ Cukup anti dengan bangsa selain Melayu. Ya, sifat racism dalam diri dia sangat tinggi. Sebab tu aku macam kena tempias sikit-sikit.
+ Tak reti menulis, tapi pandai sign. Sign nak gempak saja. Aku pun kadang-kadang jeles tengok kecantikan tandatangan dia.
+ Sejak nyanyuk cukup pandai berhalusinasi.
+ Juga jenis cakap lepas. Tak ada lembaga penapisan. Kalau kena tahan jela telinga.
+ Aku ada jugak menulis tentang dia. Boleh lihat disini.
Selebihnya, akan bersambung selepas komersial ditayangkan.
Jan 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 journeyed together:
1st ke? eheh
kami suke opah timah! so funny.. bab siang 'ikan' & travel johor-ipoh-johor.. pergh iron woman tu..
opah mmg superwoman lah!
hoho
opah oh opah..
lawak la opah ni
ok atok mi
minggu depan nek da gi shah alam ye..
hoho..
//npe x wat space2
pnt tenung
huhu
ho ho ho opah!!!
nanged u. nang this and Stop using Internet Explorer now!!!
hahaha...tanam ganja buat ulam...xleh blah...dah la potong sayur guna pedang samurai...tapi bgus la dia masih bole nampak....
atokkkkkkkk da ko upe nyerr
ikan. kain? ada kain masak lamak dok?
ulam ganja? macam gampang.
ada jak idea u kan nak menulis.
serius enjoy.
hahaha.
^___^
aku kagum gila part pegi ulang alik johor ipoh ahhaha
mcm la kt johor tade public fon kan. nak jugak balik ipoh. haha.
kan bagus klu tahu pasal ni awal2
semoga opah timah dipanjangkan usia..
pasal nuffnang tu, buffered aktif dari kul 1pg hingga 5pg, aku pun taktau tau nape siang susah keluar
tu bukan harimau bro
tu hantu rimau
tunggu nak ngap la tu
adei.tak boleh bla. johor-ipoh-johor. alasan yang rilex opah timah bg.haha
ooo..ni la yang selalu perang2 dalam garena ni? name? aku nakk add
johor-ipoh-johor....perghh hebat opah timah aku sendiri blom tentu bleh celen..
ulam kacip fatimah dia mkn???
opah timah cool!
giler la. apsal tak kol dari johor pastu tunggu aje? ha ha. terbaik la opah timah!
membayangkan opah timah seorg yg sgt comel ;)
opah timah reti menari tak?
aku nak ajak dia menari tango lah.
1 je yg gua ingt psl opah lu..
opah bolen..keh2..
Wahh! Boleh ajak opah timah karoK la cmni. ;p
aq duk cemo weh dulu
chemor tuh tmpt kanang anak langkau berperang..
tiba2 plak r aq nk ilmiah kat sinih kan.hidup chemor!
so comel la opah timah..
so comel la opah timah..
hahaha...tanam ganja buat ulam...xleh blah...dah la potong sayur guna pedang samurai...tapi bgus la dia masih bole nampak....
Post a Comment